• Home
  • Cbox
  • Follow
  • Dashboard
Powered by Blogger.
twitter tumblr instagram pinterest facebook

𝙮𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙢𝙮 𝙚𝙘𝙝𝙤


Pangsapuri Sri Utama, MITC, Melaka | 5 Januari 2019


Assalamualaikum!
First post for 2019! Finally, after such a long time I am contemplating on what to post, put a few unfinished ones to draft, akhirnya, macam biasalah, yang tak plan tu jugaklah yang bergerak.

       2019. How young are you guys this year? I'm 21 this year. Wow dah lebih dua dekad hidup hahaha. Alhamdulillah. To be honest, since I become a university student, new years no longer give this special feeling I always feel when I was in school. Mostly because every year end and new year beginning is final exam season. So, tengah sibuk-sibuk nak exam tu anda rasa saya ada masa nak sambut tahun baru? Oh, which reminds me that when the clock strikes 00:00 on the 1st January 2019, my friends and I tengah dalam kereta nak drive thru McD hahaha. Our 2019's first meal 😂 And tengok bunga api dari dalam kereta je, ada la orang dekat dataran(?) dekat-dekat MITC tu pasang bunga api. Lepastu balik rumah macam tak ada apa-apa berlaku. Teruskan kehidupan makan tengah malam macam biasa.

       Azam pun, dah lama dah takde. Dah tahu dah bukan tercapai pun hahaha lagi-lagi azam nak kurangkan mencarut 😂 But this year, since dah umur doplohsatu kan, kenalah matang sikit. So I listed myself a few new year resolution and target.


        I'm not gonna elaborate everything because it's gonna be toooo long, you know la me bila dah start membebel. So the thrid point! If you don't know lah kan, this girl right here, is 21, and doesn't own a driving licence, YET, because I'm gonna get that ting this year!! InsyaAllah. Which is also why I need some time between diploma and degree, nak kumpul duit and all. 

       And then, degree! I didn't apply for direct entry for my degree because aku nak a fresh air (cewah) dekat tempat lain pulak. Baru tadi buat survey, and I think I've already set my eyes on a few uni 👀 And then by the end of this year, my diploma graduation, InsyaAllah kalau panjang umur, murah rezeki. Also, I nak tanya in advance, how do people graduate without crying for the whole day eh? I mean, kalau akulah kan, confirm dah emo teruk sebab YA ALLAH TAK SANGKA GRADUATE JUGAK. Hahahaha.

      Organize an event ni hehehehe as you might know or not know, I'm a kpop fans, so there is this trend of fandoms organizing birthday events or lebih famous as cup sleeve event, buat dekat kafe-kafe. You guys can search je on twitter and banyak result akan keluar for you guys to get the idea what kind of event it is. So my friends and I plan to organize one, and I'm honestly so excited hahahaha. So yeah, if we get to organize that event successfully, that will be a great achievement for me!

      Be more active in blogger, let's just wait and see hahahahaha.

      And last but not least, the last point. I actually have a lot of internet friends from outside of Malaysia. I know them from twitter, and yes they are also kpop fans, loving the same group that I love, which is GOT7! My internet friends actually mean a loooot to me (not that my in real life friends don't), but it feels even more special because we've never met each other, yet we give each other support and motivation when we need it. It's beautiful, honestly. They literally live across the ocean, Philippines, Indonesia, Brazil, Mexico, yet they treat me so kindly and I'm forever thankful of that. I even receive gifts, like physical gifts from one of them 😭 And, for that, I want to give them something back. And I hope I'll be able to do it this year!

     So that's all, so far, for my 2019's resolution. If you ever posted yours, do drop down the link in the comment! I would love to read them and be inspired. Selamat Tahun Baru semua!! Walaupun dah lebih separuh bulan Januari pun kan ahshahshs. 

Bye, Assalamualaikum! 😊

Dan Zahidah masih lagi dengan bahasa rojaknya. Korang sabar je lah eh?
Share
Tweet
Pin
Share
21 comment(s)
Segamat, Johor | 24 Mac 2018 


Assalamualaikum!
Harini entah kenapa rasa nak bukak cerita ni. I personally think cerita pasal aku dengan crush form 1 aku ni menarik, tapi aku tak ada skill bercerita yang menarik so let's see how this will turn out 😂

       Masa aku form 1 tu rasanya term 'crush' ni tak wujud or tak digunakan secara berleluasa (gittew) lagi so masa tu tak panggil crush la kot? Masa mula-mula masuk sekolah tu aku suka orang lain ekceli, sampai la satu masa ni ada sorang classmate aku ni usik sorang budak lelaki ni nama dia D**** dengan aku. Padahal kitorang tak pernah bertegur apatahlagi berborak. So aku macam '???? asal lak kaitkan mamat tu dengan aku????'. Pastu aku start notice D tu, and baru aku perasan D tu comel gak ehehehehew. Tapi disebabkan classmate aku usik-usik kitorang, kitorang tak pernah bercakap pun. Berdiri jarak 5 meter pun ada bunyi-bunyi, macam mana nak berkawan?

      Interaction aku dengan D tu kira dalam setahun form 1 tu boleh kiralah berapa kali je. Paling selalu pun eye-contact. Tu pun dah boleh buat hati mak yang berumur 13 tahun yang masih innocent ini berbunga-bunga. Selain tu adalah pernah berdiri sebelah-sebelah dalam makmal and bercakap sikit masa tengok result experiment, pastu dia pernah lompat kerusi, I mean dia nampak kerusi lepastu dia lompat melepasi kerusi tu dekat luar kelas lepastu aku tegur, sebab dia atlet yang lari berpagar tu. Setakat macam tu je lah. Lagipun aku duduk asrama, and crush aku tu budak luar so aku tak ada phone nak text ke, main fb ke apa ke memang jarang sangatlah. Rasanya kitorang friend kot dekat fb tapi tak pernah chat pun. Cuma masa tu, dekat blog nilah aku cerita pasal dia, tapi masa tu link blog lama lah. Sekarang dah tukar. Tak sure aku delete ke archieve je post aku. Tapi, setakat tu je lah.

      Oh, ada satu ni cute gila. Pada aku yang berusia 13 tahun masa tu cute la okay. Masa tu dekat luar surau, ustaz buat kelas PI dekat situ, tapi masa tu cam leklek la tak belajar sangat. Rasanya tengah buat hafazan kot so yang tak menghafaz cam lek lah kan. Aku masa tu tengah tolong gunting apa entah ustaz suruh. So, bayangkan eh susunan kitorang ni semua duduk bersila atas lantai lepastu ada rehal kayu sorang satu, budak lelaki dekat depan then baru budak perempuan. Aku duduk barisan budak perempuan yang depan sekali. Kiranya lepas budak lelaki tu barisan akulah kan. Aku, dengan si D ni memang payah sangat sangat sangat nak bertegur and bercakap okay. Lepastu, tengah gunting-gunting tu, tiba-tiba si D ni yang duduk tak jauh dari aku pusing belakang and bergerak sikit so dia menghadap tempat aku, yang macam nak borak dengan aku tu!! TAPI!!! Ustaz nampak so dia cam "Aipp tu buat apa tu pandang depan!" lepastu D ni dengan muka kecewa pusing depan balik. Lahai. Please cakap ni cute ahahahahah.

       Ada satu kali tu, D tertinggal botol air dia tau dekat atas meja. Lepastu aku ambik botol air dia tu, bawak balik asrama. Then esoknya aku basuhkan and isi air untuk dia ahahahaha lepastu letak atas meja dia WEH AKU SWEET GILA KOT!???!?!!??! Please cakap aku sweet.

      Masa aku form 1, aku sekolah menengah dekat Johor. And masa tu, dah dapat tahu masa form 2 aku kena pindah Pahang sebab abah tukar tempat kerja, cuma tak tahu exactly bila. Mungkin awal tahun, mungkin tengah tahun, camtu. So aku cam adalah rasa syahdu nak pindah, nak tinggal crush kan huhu. Tapi, rupa-rupanya!!! Crush aku pun nak pindah tapiiii dia nak pindah hujung tahun masa form 1 tu. Kiranya, tahun depan, dia memang dah takde terus tu. Pergh aku punya sedih dan rasa dikhianati masa tu takyah cerita la. Sedih kot? Dahlah kitorang ni tak berkawan pun? Lepastu dia dah nak blah dah? Korang faham tak perasaan aku masa tu? Tapi, kitorang masih takde effort nak berkawan hahahha. Aku just usha dia dari jauh and senyap-senyap je. Tak tahu nak approach dia, nak lagi rapat dengan dia macam mana.

      Sampailah minggu last sekolah, aku decide untuk bagi something lah dekat dia. Aku bagi dia kayu (ya kayu) tapi ada lukisan akak dorm aku, comel jugaklah lukisan tu ala-ala anime gitu, dengan ada aku tulis-tulis sikit tapi aku tak ingat apa aku tulis. Hari last sekolah, aku bawak benda tu pergi sekolah, nak letak dalam beg dia. Aku target waktu rehat je lah, sebab hujung-hujung sekolah ni bukan belajar pun so memang spend time dalam kelas je. Waktu rehat je lah yang free untuk aku jalankan misi aku ni. Masa rehat, aku nak keluar kelas nak beli makanan, and D tu ada dekat luar kelas, dia sorang je, pastu kitorang ter-eye-contact tau, tapi cam biasalah awkward pastu aku blah camtu je. Lepas aku balik kelas, D dah takde. So aku pun jalankanlah tugas aku. Berjaya jugaklah aku letak kayu tu dalam beg dia. Lepastu, sampai loceng terakhir, loceng nak balik tu bunyi, kitorang still tak bertegur or cakap apape. And tu last day dia kot :') Last day aku jumpa dia kot :') Tragis weh tragis.

      Tapi, tu belum cukup tragis lagi. Lepastu, aku dengan dia memang lansung tak contact. Tak tahu khabar apa-apa pun. Kalau tak silaplah. Pejam celik pejam celik, dah form 2. Maknanya aku pun dah pindah sekolah dekat Pahang. Tetiba, ada satu malam ni, D chat aku dekat fb. Aku cam terkejutlah kan sebab manalah kitorang pernah bertegur, berborak sebelum ni. Kitorang pun borak-borak and ada sekali tu D kata dia tak percaya dia tengah borak dengan aku, walaupun through fb je alolo comel. Lepastu, D ni ada ungkit tau pasal kayu yang aku bagi tu. Aku gelak je lah sebab bila ingat balik macam segan pulak. Masa tu pun aku dah lupa apa aku tulis dekat kayu tu. And then tak lama sangat kitorang keep in touch masa tu sebab aku tak ada access to internet selalu, masa tu noob lagi rumah takde wifi. So jaranglah kitorang contact. And still, nothing happened.

      Then, pejam celik pejam celik lagi sekali, dah form 3.Dah ada crush baru dah pun. Crush baru ni yang ada harapan sikitlah sebab kali ni kitorang sekelas tapi kitorang bercakap, borak, blablabla. And nampaklah dia pun macam suka aku ahahahaha (you know who you are, mana tahu baca ke kan hahahaha) Tak macam aku dengan D dululah. Masa aku form 1, aku ni sejenis obses dengan cartoon Domo tau. Kalau tak tahu domo tu apa boleh google. Then ada satu beg domo ni aku selalu bawak pergi kelas, pergi prep semualah. Tetiba satu hari masa aku dah form 3 tu, kakak aku nak pinjam beg aku. Aku pun haa kk jap nak bawak keluar semua barang. Aku seluk segala jenis poket, then tetiba ada satu kertas lipat-lipat dekat poket beg tu. Aku pun excitedlah sebab aku ingatkan tu surat kawan aku Haliza pernah bagi masa sebelum aku nak pindah, surat perpisahanlah kiranya. Aku memang cari surat Haliza tu merata-rata tapi tak jumpa. Aku happy-lah bila aku nampak surat tu.

Bila aku pusingkan surat tu, ada tulis, (please jangan muntah), 'Untuk sumber inspirasi, Nurul Zahidah'. Aku macam... ???? Haliza???? Sejak bila pulak aku sumber inspirasi dia ni??? Lepas tu aku bukak... Korang tahu tak scene dalam drama bila orang baca surat and terkaku, ter-speechless, terdiam dan terkejut dan segala jenis ter lah. IT'S FROM D!!! Aku jumpa surat dia after 2 freaking years??!!! Weh... Sumpah aku terkejut gila time tu. And guess what? He confessed in that letter... Surat tu dia bagi masa last day dia dekat sekolah tu. The same day aku bagi kayu dekat dia. A few things yang aku ingat dia tulis dalam surat tu, dia sedih sebab kena pindah sekolah, nak tinggalkan kawan-kawan yang dia grow up with, lepas tu nak tinggal crush dia (aku la tu hehehe) weh sumpah sedih do. Lepastu dia suruh jaga diri :-( Lepastu dia tanya lepasni aku nak suka siapa pulak lepas dia takde :-( Lepastu dia kata aku buat dia happy :-( Sumpah cute :-( Lepastu, paling cutelah ni aku rasa, dia belajar bahasa korea sebab aku suka korea :-( :-( :-( Dia minat group korea yang aku minat :-( :-( :-( :-( Dia tulis saranghaeyo dalam tulisan korea :-( :-( :-( :-( :-(

Sedihlah gais....

      Patutlah masa dia mention kayu tu, dia macam... Tak habis-habis cakap pasal kayu tu, dia macam nak nak trigger aku and aku rasa dia nak buat aku cakap pasal surat dia tapiiii masa tu aku tak jumpa lagi surat dia 😭 Sumpah aku terharu gila dengan surat dia. And tulisan dia pun lawa gila (k ni random). Tapi serious, that's like the cutest letter ever. Tapi... Aku tak pernah bagitahu dia pun yang aku lambat jumpa surat dia tu. Lepastu aku cerita dekat kawan aku ni, Manisah, pasal dia. Aku tak ingat D dengan Manisah ni friend dekat fb before tu lagi ke, or lepas aku cerita pasal surat tu, tapi D ni kenal Manisah tu as kawan aku lah. Manisah kata D tu selalu je tanya pasal aku dekat dia.

Aku rasa masa tu aku tak buat apa-apa pun sebab aku pun dah ada crush baru. Nasib baik last-last bercinta jugak dengan crush baru tu, tapi last-last putus gak hahahaha.

       Sekarang, aku betul-betul tak tahu mana D. Last contact yang kitorang ada, wechat (ye I dak wicet dulu). Fb aku dah tak bukak lansung. Lepasni aku bukak, nak cari fb dia, ntah-ntah dah kawin dah orangnya hahahaha manalah tahu kan? Aku je sibuk cerita lagi pasal dia hahaha.

Sampai sekarang bila aku fikir and teringat pasal dia, ajaib betul macam mana aku boleh jumpa surat dia tu 2 tahun kemudian. Aku selit surat tu dalam diary form 1 aku, tapi aku tak tahu diary aku tu dekat mana lepas dah berpindah-randah ni. Nanti kalau aku jumpa, aku update. InsyaAllah.

Wherever you are, D, thank you for being cute and giving me such cute memories!

Okay, tu je kot. Assalamualaikum 😊

I miss the feeling of having crush that actually likes me back 😂
Share
Tweet
Pin
Share
12 comment(s)
Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang | 28 April 2018
Assalamualaikum!
So, yeah, another unplanned update. Life is like that. What you plan just won't work, anyways so... PEKABAR SEMUA? *Safiey Ilyas' voice* KAU PUASA KE TAK?

Tak retilah nak buat intro terus ke main point je la eh.

       Sooo, sekarang ni aku tengah cuti study week, sebenarnya macam biasalah seminggu kan tapi hasil bertungkus-lumus siapkan final projek media seawal yang mungkin, project workshop pun dah settle, dapatlah balik awal and cuti jadi 2 minggu!! And Alhamdulillah dapat berpuasa dekat rumah. Study week of course la dengan set combo dia iaitu final exam (yang aku tak start study lagi). I'm not sure what to expect from this sem honestly. Especially dengan adanya subjek Digital Media Design. U know, edit gambar, poster, and design stuffs. Benda-benda macam tu kadang-kadang pada mata kita cantik, tapi pada mata seni lecturer tak. Mungkin teknik tak kena ke apa ke. So, I'm scared and worried jugak lah.

      Subjek lain yang aku risau, Statistic. Seriously, sepanjang 2 tahun di UTeM, ni lah subjek paling aku tak faham (anggap je lah subjek Pak Surya tu aku faham sebab dia bagi aku A-). Ape ni dah lah simbol pelik-pelik pastu storyline dekat soalan dia susah-susah like '???? what are you trying to say????'. Or it could be I'm the dumb one hahah. No surprise, it's maths anyways. Never fond of it. Assignment semua pun banyak Syaurah dengan Shahadah yang tolong. Kalau tak... Tapi, itulah. Final siapa nak tolong? Kalau aku nangis dalam dewan time exam, harap semua beri kerjasama,

Other subjects... Rasanya boleh lagi kot nak goreng-goreng huhu.

     A month from now, 25/6/2018, I'll be starting my Latihan Industri. Aku mintak dekat sekolah kakak aku je, SMK Pelabuhan sebab sekolah dia pernah ambil student IT untuk intern tahun lepas, so memula sekali memang aku call SMKP dulu, and Alhamdulillah diorang terima dengan hati yang terbuka. Ngehngeh. Banyak je office lain yang aku boleh mintak since Kuantan memang banyak pejabat kerajaan and all tapi tak sehaluan untuk abah hantar so yang sehaluan sekolah and kilang-kilang je. And aku honestly takut nak kerja dekat kilang. The anxiety is too much to handle. Like kalau mostly lelaki nanti aku takde kawan macam mana 😟 kalau ada gender discrimination macam mana 😟 And it's not an environment that I'm used to or familiar with so... Yeah, sekolah it is. Dengar cerita dapat duduk makmal komputer. Ada aircond, yeay! Tapi pergi kerja dah tak boleh pakai jeans dengan sweater je 😂

      Sekolah pun, I don't know what to expect, honestly? Sebab kakak aku sesi petang, aku akan masuk sesi pagi. Macam mana nak buat kawan dengan orang dewasa? Like dewasa 30-40-50 tahun punya dewasa (lowkey masih rasa diri ini seorang kanak-kanak walaupun umur 20 tahun). Nanti kena cakap pasal apa? Borak pasal apa? Resipi memasak ke? Tips jaga anak ke? Takkan nak diam je? Macam mana kalau aku ter-konghaja dengan diorang? Dulu duduk asrama pernah jugak kena label konghaja dengan senior ajsjsjsjsks. Nak buat kawan dengan yang sebaya pun den tak reti. Tu sebab member ada 5 orang je ahahahaha. Lepastu, kalau budak-budak lagi besar dari aku macam mana? Kalau aku kena buli dengan budak macam mana?  Eeeee banyaknya kena fikir. Belum lagi bab buat kerja hahahahaha mati la nak...

      Anyways!! Lepas LI for 2 bulan lebih camtu, terus start sem 5- which is my third year in diploma! Cepat betul masa berlalu. Soon, genap 2 tahun daftar masuk UTeM. Good 'ol days. Masa tu fikir penat naik tangga 5 tingkat, lauk ikan keli bakar dah habis ke belum, masalah paling besar pun kena fake smile bila Dr. Mahadi suruh senyum tiga hahahaha. Btw, third year means dah kena halau dari hostel UTeM. Kena duduk luar. We've found a house, Alhamdulillah. Honestly I'm excited nak duduk luar?!?!?!? Dah tak payah fikir hal sticker kereta, menghadap polis bantuan UTeM, guard Satria, we'll get our night life again, yeay!! Paling rindu nak keluar malam. Sejak UTeM tukar curfew pukul 9 malam, nak keluar makan dekat luar pun malas sebab kena rushing. Dah takde feeling aesthetic night car ride sambil bukak tingkap rasa angin sejuk sejuk. Lepas ni duduk luar, lapar pukul berapa pun boleh pergi beli makanan!!! YEAYYYY!!!

      I'm excited, except when I have to think about all the resposibilities like- bayar sewa rumah, barang dapur, wifi maybe kena sendirian berhad, nak gi kelas jauh, etc etc. Adulting is so hard like I'm only twenty why should I think about all these things 😭

Ya, saya sedar 20 tu sebenarnya dah tua tapi still in denial.

Anyways, what can I hope other than hoping that everything will be okay? InsyaAllah. Hopefully takde drama-drama dah. Sis. Dah. Penat. Please let my last sem be the best sem. 

That's all I think, thank you for reading uwu
Assalamualaikum 😊    

Selamat berpuasa fellow readers 💜
Share
Tweet
Pin
Share
3 comment(s)
Bukit Kepong, Johor | 23 Mac 2018

Assalamualaikum!
4 and half months through 2018, and I only posted one entry on my blog 😊 So productive 😊 Anyways, so far, everything has been good I guess? Cuma sem ni kemalasan aku semakin memuncak ya. Nak pergi kelas malas, nak bangun tidur malas, nak beli makanan malas. Something me and my friends always say as an inside joke, "Baik mati je lah". Hahahahaha.

       So, aku ada cuba something yang aku tak pernah cuba sebelum ni, which is translating article. Ceritanya bermula apabila aku takde duit. Okay, gurau je, bila je aku ada duit? *background music sedih* Pada suatu hari, aku yang tak ada boyfriend nak whatsapp ni scroll la twitter macam biasa. Tetiberrrrrrr!!!!! Ternampak satu tweet ni...


So aku pun macam, tulis artikel?!?!?!? Takde qualification?!?!?!? Bahasa Malaysia?!?!?!? Kemon, ni mesti senang kacang piang piang ni. Aku pun meng-grab peluang and terus DM tuan empunya tweet. Then dia explain payment apa semua, not sure if I can share this, tapi mestilah boleh kan? Payment RM6 per article. Lagipun bukan kena tulis artikel sendiri, tapi artikel dalam English, translatekan ke Bahasa Melayu, for this one website. Sel-sel otak aku pun start berhubung and kira-kiralah kalau betul 10 article sehari kayo jugaklah den kan hahaha. Lepastu kena try translate satu article ni, pasal China haramkan Winnie the Pooh kot kalau tak silap aku. Aku pun tak tahu pasal ni so aku fikir berguna jugaklah translate article boleh tambah pengetahuan am. Gittewwww. Acah.

       Lepastu, aku baca article tu dulu, then aku rasa macam aku paham. Aku fahamlah the general idea artikel tu. Bila aku start meng-translate, boleh dikatakan setiap dua perkataan, aku bukak Google Translate. Aku baru sedar, selama ni, aku baca artikel ke, anything in English, aku sekadar faham macam, oh perkataan tu maksud dia macam tu, tapi tak tahu pun exactly apa perkataan tu dalam BM. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Okay aku bagi contohlah, censored. Korang faham kan censored tu apa? You get the idea what the word means, right? Okay, censored dalam BM apa? Ditapis? Dikaburkan? Diharamkan? Tak tahulah kalau aku je yang kurang pandai (terma baik sikit bagi bodoh hahaha) dalam BM tapi bila aku jumpa perkataan tu, aku cam ??????? Apa eh?????

Itu baru satu perkataan. Dari situlah aku sedar, and start takut, seriuslah, boleh ke aku nak buat ni? Aku dah cuak. Aku bajet macam bolehlah aku selit-selit buat kerja ni even though aku ada kelas hari-hari, sebab mesti sekejap je nak settle. And for that article, I took almost 2 hours! 2 freaking hours! Kalau sehari 10 artikel tak ke 20 jam tu hahahaha. Tapi, dah ter-DM dah pun, dah ter-over confident dah pun. So hantar jelah article tu lagipun dengan ayat aku yang nampak awkward nya, aku tak rasa aku akan terpilih. Masa tu dah habis positive dah, tak apa at least aku dah tak pandang rendah dengan BM lagi hahaha.

Long story short, aku terpilih jugak tapi as backup je hahaha. So, disebabkan ni kerja online sahaja, we worked in this one apps named Slack. It's a platform for working, boleh send gambar, documents, ada group chat, personal chat, boleh tengok siapa tengah online atau tak, boleh set 'Don't Disturb' mode which korang takkan dapat notifications mesej on the set period of time, and yang hantar mesej pun akan di-notified yang korang tengah dalam 'Don't Disturb' mode --which is, I think super cool and convenient, and very uhm, friendly(?) Is that the right word? Instead of group whatsapp kan kadang-kadang kita malas nak bukak or terlepas pandang ke. Anyways, my first job was to translate 2 articles, so aku dapatlah RM12. Okay kan? Lepas 2-3 meals kot kalau setakat makan nasi putih dengan ayam goreng dekat kafe.

Then masa cuti mid-term seminggu haritu, I got 20 articles to translate dalam masa seminggu tu! Masyuk tu satu hal, masa tu aku fikir jugak serius ah mampu nak buat? Sehari expected 5 articles macam tu. And Alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan jayanya. It was a fun experience, really. Banyak benda yang kau tak pernah tahu, tak pernah berminat nak tahu, tapi akhirnya terpaksa tahu sebab kerja hahaha. And it's not that time consuming anymore, lepas dah biasa, boleh je siapkan satu artikel sejam. Still ada masa nak tengok drama Syafiq Kyle hahaha.

So, itu je aku nak share. Conclusion-nya, jangan pandang rendah terhadap sesuatu k hahahaha. Jangan over-confident. Jangan riak dan takbur. Last sekali, jangan buang sampah merata-rata. Sekian.

Assalamualaikum 😊

Recent obsession: Syafiq Kyle
Share
Tweet
Pin
Share
5 comment(s)
Kolej Kediaman Satria, UTeM 

Assalamualaikum and Hi!!
Betullah orang kata, biasanya kalau plan, tak jadi. Kalau tak plan, jadi pulak. Begitulah juga dengan post ini. Tak plan pun, tetiba je rasa rajin nak update, terus je bukak Blogger. Padahal ada je plan nak update post lain sebelum ni, tapi tak ter-update pun hahahaha.

      So, how's 2018 so far? Untuk aku, Alhamdulillah setakat ni baik lagi. Cuma tadi je lah ada berita sedih sikit, one of my cats, Maru mati kena langgar 😔 Itupun along bagitahu dekat group whatsapp family tadi. Ingatkan dia sakit ke apa sebab Maru memang tak aktif sangat, duduk diam je seketul. Rupanya mati kena langgar and orang yang langgar tu letak dia dekat tepi longkang surau depan rumah huhuhu. Maru baik sangat sangat, you will be missed Maru 😭

      Sedih pulak permulaan post ni hahaha. So, regarding the title, nak share satu hadiah DIY yang paling senang, senang gila, dan lebih senang daripada senang ah senang cerita. Bukan setakat senang je, kos nak buat pun murah sangat sangat sangat. Nama gift ni Happiness Jar. 


Tadaaaa!! Comel ke tak comel Happiness Jar ni? Rasanya sekali tengok pun korang tahu kan nak buat macam mana? Kalau tak tahu aku bagitahu lah tapi tak ada gambar step by step tau.

      So, apa yang korang perlukan pertama sekali, kalau ada kereta, ambil kunci kereta. Kalau tak ada kereta, boleh book Uber atau Grab and pergi ke Mr. DIY yang berdekatan. Lepas tu boleh cari jar macam dalam gambar tu, ada banyak size and warna, korang pilih je nak yang mana. Yang macam dalam gambar tu kalau tak silap lah harga dia RM 2.10 je. Lepastu, kertas bunga-bunga dekat dalam tu korang beli kertas origami je. Yang aku beli tu size dia besar sikit so sehelai tu boleh belah empat. Dah jimat dah situ and dapat buat banyak.


Yang belah kiri tu tak ingat exactly berapa tapi paling mahal pun harga dia RM 2.50 camtu je, tapi serius lawa sangat corak galaxy. Imagine a jar full of galaxies 😍 Tapi aku guna yang bunga-bunga sebab sayang, yang galaxy tu nak guna untuk bullet journal sendiri hahahaha. Yang bunga-bunga belah kanan tu pulak RM 1 je gais. Serius tak tipu. Membeli belahlah di Mr DIY. Boleh potong 4 pulak tu. 

       So basically, tu je barang yang diperlukan. Baru spend RM 3~RM 5. Cara-cara dia, korang boleh potong kertas tu ikut sesedap rasa dan sesedap mata memandang. Agak-agaklah korang nak letak dalam jar nanti dia jadi besar ke kecik ke. Lepastu, bawak keluar pen yang korang ada. Pen merah pen biru you marah I love you pun boleh 😁 Korang boleh tulis apa-apa pun yang korang nak, kalau aku, aku tulis pickup-lines and motivation quotes dekat kertas tu. Idea lain, boleh tulis apa yang korang suka pasal orang yang korang nak bagi Happiness Jar ni, idea yang lebih Islamik, boleh letak fav verse dari Quran, boleh letak jokes kalau member jenis #mudahterhibur. Banyak lagilah! Anything yang boleh buat si penerima tu happy, sesuai dengan nama jar ni. Jangan la pulak kutuk member tu dekat kertas tu. Boleh murung kawan tu hahahaha.

        Lepastu, lipat-lipat, or gulung-gulung sesuka hati korang. And then, SIAP! Simple kan? Dalam jar size yang macam dekat atas ni, muat 30~40 kertas jugak lah haa. Cukup untuk sebulan tu. Tapi, orang yang aku bagi jar ni baca dalam masa 2 minggu je habis 😂 Mungkin dia sedih sangat atau suka sangat dapat pickup-lines so dia asyik ambik je daripada jar, tu aku pun tak pastilah hahahaha. Tapi seriously, rasa macam berbaloi sangat effort bila orang appreciate hadiah kita bagi 💖

         Tambahan kalau korang nak hias-hias jar tu, boleh letak stickers, or macam aku ada letak sticky note dekat jar tu, boleh letak tali or anything! Guna kreativiti korang. Pusing je Mr. DIY tu insyaAllah akan dapat inspirasi. Ada satu book of stickers ni cantik sangat, harga lebih kurang RM 6.50 macam tu lah. 




Cantik gila kan???? Please cakap cantik sebab aku beli semata-mata nak tepek 'Happy Birthday' atas jar tu hahahaha. By the way, hadiah ni aku bagi sekali dengan notebook yang aku ada lah handletter sikit atas tu hehe. Rasa macam nak bagi diri sendiri A+ untuk effort hahaha.

       So, korang kalau tengah kekeringan idea dan duit untuk beli hadiah untuk kawan-kawan, boipreng, gelpreng, family, bolehlah consider cadangan aku ni. Yang penting, hadiah ikhlas dari hati 💓 Kalau ada yang betul-betul buat nanti boleh post and comment dekat sini tau! Nak tengok jugak! Takpun boleh follow aku dengan twitter ke and kita mention-mention, borak-borak dekat situ eh!

That's all for this time. Thank you and selamat ber D.I.Y!

Assalamualaikum 😊

I swear this post isn't sponsored by Mr. DIY but they really should consider sponsoring me since I'm literally promoting them everywhere 😆 Sampai kawan-kawan pun panggil duta Mr. DIY hahahaha
Share
Tweet
Pin
Share
4 comment(s)


Assalamualaikum and Hi!
It's been a while on here, and I MISS BLOGGING SO MUCH! Acah je hahahaha. Rasa macam sem ni tak se-hectic sem lepas, a few subjek habis kelas awal, tapi macam tak pernah ada masa nak betul-betul duduk and blogging. Rasanya sebab sem ni semua benda lebih tersusun, macam sem-sem lepas, tengah-tengah sem tak busy, tapi minggu 13-14 tu busy nak mamp0s. Meanwhile sem ni by week 13 almost every quiz, labtest dah settle, tinggal ada satu subjek je kot camtu tak settle. Tak kisahlah semua tu kan, yang penting sem ni aku banyak gila tidur hahahaha.

       Masa untuk ayat cliche, sedar tak sedar,pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2018. Seriously, kalau tanya aku sekali imbas apa aku dah buat tahun ni, aku pun tak tahulah. Oleh itu (cewah), dengan adanya entry ni, aku nak imbas berkali-kali apa yang aku buat tahun ni.

       First of all, 2017 has been such a hell of roller coaster ride, and I'm not even kidding. 2017 is definitely a year to remember as it has re-shape me as a person. It has also been a year of lessons. I do learn lots of lesson and it does affect me which something that I'm glad because it means aku dah realize lah kan apa salah silap aku, and in a way I'm trying my best to improve as a person. So, this year... Hmmm, got my heart broken (for the first time evah), and then broke someone's heart(lol), and currently signing up myself for another heartbreak hahaha. Tak serik tu, tapi I've been more careful this time, and lesson learnt- do not put your hope too high on anything, and anyone. Ni ayat berkias. Ayat direct straight to the point nya KO JANGAN CAYE LAKI SWEET TALKER NI YE YE PANGGIL SAYANG LAYAN BAIK TAPI LAST LAST HARAPAN PALSU KO BOLEH GI TERJUN TASIK UTeM!!

Hahahahaha gurau je.

       This year, I've lost a very dear friend of mine, arwah Wahida, and a very close uncle, arwah Pakndak. It hits me real hard, to be honest, especially arwah Wahida. Seminggu lepas pemergian dia pun I still cry at night. I can't believe I'm already at the age of losing a friend of the same age, and I just can't believe she's... not here anymore. Masa tu aku tengah cuti sem, tak sempat nak tengok muka dia for the last time, tapi Alhamdulillah dapat hantar dia till the very last moment. She's such a nice friend, sumpah. I've said this on twitter, tapi aku selalu kacau dia, tenung je dia sampai dia sorok muka guna literally everything dia boleh capai, pastu dia je kata muka aku macam Song Jihyo ahahahahahahahahahahhaha hmm, lepas tu dia selalu seronok kalau Shida tak datang so dia boleh duduk sebelah aku. And a lot more memories that I don't even realize we actually shared quite a lot together. But she's in a better place now, no more pain for her and it does make me feel better at that thought. Kita pun entah bila tiba masanya kan? Al Fatihah, Nurul Wahida binti Zainal.

      Arwah Pakndak pulak, God, he's really a good guy. Which is probably why Allah takes them first. Pakcik yang paling rapat belah ayah aku, dia la yang memang rapat sangat since kecik lagi. Dia panggil aku 'beliau' sebab siapa baca majalah Ujang dia tahu lah ada sekor lembu ni dipanggil 'beliau' so he basically calls me a cow hahahaha. Lepastu dia berniaga burger dekat pasar malam, jual RM1 je. AND coconut shake dia sedap gilaaaaa!! Kalah Melaka punya Klebang ke, Batu Berendam ke, nothing can top his coconut shake! Dah lama tak rasa, dah bertahun dah. And dah takkan dapat rasa dah lepasni :')  AND NASI BERIANI DIA TERBAIK WA CAKAP LU. Lapar pulak hmm. Oh and selain tu sejak aku belajar dekat Melaka dia selalu la asal jumpa aku je sebut "merecik hawau" hahahaha. Hmm, rindu sangat. Sangat. Minta jasa baik korang doakan untuk 3 orang anak dan balu arwah, doakan mereka dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki ya. Terima kasih sangat-sangat. Al Fatihah, Mokhtar bin Abd Majid.

      On the other note, I'm also proud of myself on quite a few things I did this year. First of all, ok ingat tak heartbreak tu sorry la asyik mention je, IT WAS MY FIRST HEARTBREAK uwu poor my weak heart. Okay actually la I break my own heart even before it gets broken hahahaha. Sebelum orang tinggalkan aku baik aku yang tinggalkan dia supaya ada lagi secebis maruah seorang Zahidah yang egois yang berjaya diselamatkan. Of course la after I noticed the other side cam hmmm tak ada effort pun, maka kita kena sedar diri ya anak-anak. Orang tak nak takpe, takyah terhegeh-hegeh! Walaupun dia cam perfect, I like everything about him huhu. BUT! Remember this, S-E-L-F W-O-R-T-H. He, or she might worth it, but darling YOU WORTH MORE. Ingat tu.

So I left him la and he comes back cari me after some time la and I tunjuk tak berminat la boleh bla la.

And he stop chasing la I sedih jugak la tapi takpe la maybe wrong time la ada jodoh ada la.

       So untuk mengubati hati yang lara ini aku start belajar handlettering, here's the entry if you wanna read 👉 clickbait . It does help me to change my focus, instead of 24/7 wondering whyyyyyyyy my (almost) relationship didn't work out whyyyyy tak lawa ke aku ni tak cukup kelakar ke aku ni, I start to wonder WHY AM I SO TALENTLESS SMH FML. Tapi lepastu jangan down pulak, usaha lagi to make yourself better! Lepastu hmm cara aku berfikir pun dah berubah jugaklah somehow, dah jadi makin positif, mungkin berkat selalu cari positive quotes untuk di-handletter-kan hahaha. Since I'm not the one who reti nak make up, nak berfesyen tu minat je tapi duit takde, so aku macam takde passion on anything. So macam nak release stress dengan shopping pun, tak tahu nak shopping apa. Tapi sejak berjinak (sumpah aku tertypo berjimak tadi astaghfirullah!!) dengan handlettering ni, rasa seronok walaupun masuk Mydin tengok section watercolour. Walaupun dah ada, tak beli pun, tapi rasa macam satu kepuasan and happy tengok benda-benda tu semua. Ala korang faham kan maksud aku? Ke tak faham? Buat-buat la faham okay sapot lokal #tetiba.

       AND!!! Pencapaian yang boleh kata terbesar aku tahun ini ialah jeng jeng jeng, I SUCCESSFULLY DID BULLET JOURNALING! It's my first time, and sumpah dari January sampai May, bujo aku noob gila hahahaha. Strating from June onwards barulah boleh dikatakan membanggakan lah bujo aku tu hahaha. Best tau buat bullet journal, ni pun antara benda yang distract aku daripada heartbreak. It's one of the way I release my stress too, walaupun kalau nak ikutkan stress apalah sangat aku ni belajar pun main-main hahahaha. It's the charm of doing something you love, I guess. Penat mana pun kalau buat benda yang kita suka daripada nak tidur tak jadi tidur. I'm happy because I finally found something that makes me happy. Nanti, tak tahu lah bila, but nanti, I might do an entry on how to bujo, but in a cheap way, for a cheapskate. (vocab credit from Amelynn lol).

Okay so what I benefit from bujo-ing this whole year is first, release stress. Second, rasa cam ada life hahaha. Third, you can write down memorable things you did! I mean, yeah of course you have blog and all tapi alaa blog takes too much time, for me la. Seronok tauuu bila kawan kau cam throwback balik something yang korang buat sama-sama and kau actually boleh selak balik kau punya bujo and have the exact date when it happened. Kena cuba rasa that feeling- sooooo satisfying rasa cam oh tersusunnya hidup ini hahaha. Forthly, lebih organized. I wrote down my to-do list, checked apa yang dah buat apa yang belum, apa yang nak beli, harga dia berapa lepas survey dekat situ, sini, then compare. Fifth, satisfying- sebab kau boleh decorate each page tu dengan apa theme kau suka. Nak theme pastel ke black & white ke nak theme Go Green pun boleh. Best laaaaaaa faham kan best? Hahahaha.

 And in my opinion bujo does help to improve my mental health, sebab it kind of like a diary for me sebab instead of planning, aku lebih kepada jot down apa aku dah buat, apa aku rasa. Macam, kalau kau bengang dengan someone ke kau tulis je dalam bujo tu. Nak certa dekat orang aku faham sekarang ni banyak backstabber, ramai tak boleh dipercayai and so on, so daripada kau simpan, baik kau luahkan dekat bujo kau. Tak kisah la nak buat bentuk point ke peta minda ke essay ke, as long as you let things go. Also helps you daripada simpan dendam. And kalau perempuan kan katakan la that day pakwe kau main game sampai tak layan kau, haa tulis dalam bujo nanti 10 tahun akan datang kau ungkit. "You ingat tak dulu 15 May 2017 you tak reply whatsapp I 3 jam sebab main game?" Kalau dia tanya mana bukti, haa kau ada bukti. Pastu suruh dia belanja makan okay hahahaha. Berguna tak berguna bujo ni? 😂

        So, basically, that was my 2017. It was about how I break, and how I found myself again- but a better version. Doesn't matter how many new things you tried, how many new people you meet, how many times you cried, even with the tiniest thing changed about you, as long as it makes you a better you, then it's alright. Your progress might be different from others', your way of fixing the broken you may be different from me, but as long as you're healed, you're happy with yourself, then you should be proud. Don't be too hard on yourself, take your time, don't mind your pace but what matters is you keep moving forward. And yang paling penting, REALIZE YOUR SELF WORTH PLEASE tu je mami mintak 😭

        Let's hope for a delightful 2018. Even if it'll be hard, let's have strength to overcome every obstacle!!! Happy new year everyone, thank you for reading my 'ugh' blog, yang bahasa rojak melayu english rempitz ni hahaha. Thank you for everything! Comments dari korang semua warga blogger pun banyak buat aku happy, serius. Cayunk u guys so much 💓

Hopefully 2018 Zahidah dah boleh la tinggalkan bahasa rempitz hahaha.

Thank you 2017, you'll be remembered :')

Bye, Assalamualaikum 😊

And I'm 20 next year like seriously??!?!?!?!?!?!!!!?!
Share
Tweet
Pin
Share
8 comment(s)



Assalamualaikum!
Sebelum aku mulakan entry ni, nak cakap, awkward pulak nak menaip sebab dah lama tinggal blog ahahaha. Ampun maaf pada yang melawat blog ni tapi terpaksa menghadap post yang dah berkarat. Sebenarnya dah lama dah nak post entry ni tapi tahap kemalasan nak ambik gambar, edit, dan upload tu sangaaaaatlah tinggi.

     Sepanjang cuti sem 3 bulan ni, dengan bangganya aku nak bagitahu bahawa aku basically tak buat apape yang berfaedah pun. Rutin yang sama je tiap-tiap hari. Cuma, sejak-sejak cuti ni, aku try buat handlettering!! Dah lama dah nak cuba, I've tried it before tapi buruk nokharom pastu give up. Ni lepas tengok one of my coursemate, Amelynn post story dekat Instagram, aku pun tetiberrrr semangat nak buat jugak. Excited gila beli brush- Pentel Aquash Water Brush, harga RM 10.40 boleh jumpa kat Popular. Siap beli sketchbook, watercolour guna adik punya je jenama Buncho sebab nak beli cam membazir entah jadi entah tak kan. Tapi best la masa usha-usha barang tu dengan adik, dia memang minat benda-benda berkaitan art ni, so dia pun excited sekali masa nak membeli. So balik terus try guna brush, ni, masa memula aku try guna, tak tengok video ke apa ke:

*istighfar banyak-banyak sebab buruk sangat*

Yang bebanyak Aina tu adik aku yang tulis sebab dia obses dengan diri dia sendiri.
Ni pulak lepas try tiru-tiru contoh kat gugel:


Konon masa ni dah lawa sangat dah ni hahaha dah terbayang boleh buat duit. Istighfar lagi sekali.

But seriously, handlettering is a lot more fun than I expected. Walaupun stress sebab tak reti sangat nak guna berus, and like I said dekat title tu, aku ni tangan kayu orangnya. Tapi aku minat art, cuma cam emmmm takde bakat hahaha. Lepastu adalah tiru-tiru quotes dekat google, weheartit, and these are the progress:

 Quote tiru. Ni buat masa first day belajar handlettering lol

Quote tiru 2.0

This one sesaje ceconteng, tapi lowkey nak jugak buat nampak cantik hahaha. 

Ugh sorry this one is so low quality. Youngjae's favourite quote and his nickname 💖

 Song lyrics 💖 Nervous gila buat ni sebab takut spoil background dah lawa (lah jugak). Lama kot nak tunggu kering tu hahaha.

this one in goes in my bullet journal 💖

 Song lyrics again. I just love this lyric so why not hahaha. Getting Wet by Beenzino.

 Ni antara yang latest tapiiii buruk af sebab tangan gigil. Bila nak buat yang serious, yang bajet-bajet macam kalau jadi nak post kat instagram, mestiiiiiii tangan gigil gila. And mulalah semua huruf tak jadi. 

Ni yang paling latest, untuk birthday Nazeera, 3/9/2017. Honestly hmmm bangga lah jugak dengan yang ni hahaha. Glitter-glitter tu guna Art Rangers Glitter Tempera Paint, beli kat Mr. DIY harga RM 2.90 ke 3.90, tak ingat hehe. 

Tu a few yang sedap mata memandang, yang selebihnya.... Istighfar banyak-banyak lagi. Hahaha. The point of this post is bukan nak kata aku buat handlettering ni lawa, just nak share the progress from buruk nak mampus, and sekarang boleh la kan, ada la jugak rupa walaupun still tangan gigil hahaha. And ni jugak untuk rujukan akan datang, mana tahu nanti gambar hilang ke, nak kena delete ke, at least dalam blog dah ada.

       Now, kumpul duit, berjimat cermat nak beli better brush, watercolours. Benda-benda ni semua nak kata murah, tak jugak. Nak jadi cantik mahal, nak jadi berseni pun mahal, and lagi parah bila nak jadi dua-dua pada masa yang sama 😂 

       Lastly, nak kata, kalau korang ada teringin nak belajar or buat something, go for it! Start now! Cantik ke, jadi ke, tak penting, yang penting bila dah cuba tu puas hati. Jangan expect terus perfect, and jangan cepat sangat give up tau! Mula slow-slow, at that one point walaupun belum sampai level perfect, bila you tengok balik your progress and improvement, rasa puas hati sangat. Rasa macam wow bangga and sayangnya diri sendiri 💞 

Ok tu je. Bye.
Assalamualaikum 😊

Cuti dah nak habis *nangis dekat bucu bilik*
Share
Tweet
Pin
Share
18 comment(s)
Kampus Induk UTeM | 20 Feb 2017

Assalamualaikum!
Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Alhamdulillah, sempat kita semua yang masih bernafas harini bertemu Ramadhan 2017. Macam mana so far Ramadhan korang? Alhamdulillah tahun ni first week Ramadhan aku dapat berpuasa dekat rumah. Yeayyy *joget joget* Tahun lepas puasa dekat UTeM, masa tu semua baru nak masuk U, matrik, dll. Tak kisah la kat mana pun, yang penting cara kita isi Ramadhan kita tu ye dak? Jangan asyik turuuuuu je (perli diri sendiri hahahah)

Harini dah masuk hari ketujuh dah puasa, dah nak habis 10 hari pertama bulan Ramadhan. Dah terlambat ke nak wish selamat berpuasa? 😂 Tak kira la, nak wish gak. Selamat berpuasa untuk korang yang singgah blog ini secara suka-suka nak baca blog ni, atau suka tuan blog ni (eh?), ataupun yang tak suka tapi tertekan pulak link blog ni hahaha. Semoga Ramadhan kita semua dilimpahi dengan keberkatan dan semua ibadah kita diterima oleh-Nya. Korang ada apape goals yang nak dicapai tak tahun ni? As for me, aku target nak khatam Quran, tapi bukan dari juzu' 1 lah, dari yang aku baca dari sebelum Ramadhan haritu hehe. Doakan aku terus istiqomah dan berjaya capai goal aku 😃

Caya ah dah macam blog dakwah dah hahaha #donedakwah.

Macam yang aku cerita dalam post lepas, dah nak dekat dah final sem 2 aku. 5 haribulan rupanya gais aku exam hahaha. Dan hasilnya, blog aku dah berwajah baru!! Macam takde kena mengena kan? Haa memang pun 😂 Look what I've done instead of studying 😔 Lepas tu ada hati nak emo, stress pulak hahaha. Apa nak jadi ni Zahidah? Tapi pernah dengar tak satu quote ni...

"Time you enjoy wasting is not wasted" - John Lennon
Hahahaha 😆 Lagipun, anggap je lah aku study Web Programming sambil edit layout blog ni hewhew.

Btw, how does the new look looks? Move on dari theme pastel, aku ganti dengan theme Hologram pulak. Tapi dari segi warna, I don't think ada banyak beza pun dengan theme pastel. Niat asalnya nak stick dengan pastel, just nak tukar header macam header sekarang. Masa cari-cari gambar pastel dekat weheartit, jumpa gambar-gambar homographic, so terrrrinsipired dari situ lah. Daripada nak tukar header je, dah terrrrrrrrtukar almost semua benda.

 

Agak annoying gambar aku dekat sidebar tu besar gedabak but I love myself so why not? 😂 And dat quote on the header from zahithegreat aka myself hahahaha k no.

Sebelum aku tukar rupa blog, aku tukar playlist lagu aku kepada playlist K-indie. I really recommend all song on the playlist, melody-wise and lyric-wise. Comel sangat semua lagu tu. Kalau dengar time study pun mood baik je. Tapi kalau korang dengar nasyid ke zikir ke time study janganlah tukar pulak hehe. Ni cadangan je tau 😂

Okay tu je nak cerita kali ni. Eh jap, if aku post review manga ada orang berminat nak baca ke? 👉👈 I've been thinking to review this one manga but tak berkesempatan (ye ke?) but I really do wanna share the manga because it was sooooo good for a manga yang aku just randomly pilih berdasarkan cover and short synopsis hehe. Took me quite some time to move on from it 😅

Tu je kot, kalau korang baca entry ni sebelum sahur, selamat bersahur! Kalau baca dah nak waktu berbuka, selamat berbuka! Selain dari waktu itu, selamat berpuasa dan selamat beramal!

Assalamualaikum 😊

Also, thank you so muchhhh guys yang bagi kata-kata semangat and motivasi on previous entry!! 💗And... look at dat cute airplane when you hover over the blockquote!!!! Comel!!!!!!!!!
Share
Tweet
Pin
Share
8 comment(s)
Squaddd 💘

Assalamualaikum!
Lama gila tak update blog, sumpah rindu. Bukan tak nak update, nak. Tapi rasa macam takde yang menarik nak kongsi and kebanyakkan tersadai dalam draft. Hari ni rasa macam rajin sikit (ekceli bosan dan ada sedikit stress), so nak story sikit.

Sedar tak sedar, dah lebih separuh dah bulan May. To update about my student life: 27/5 ni start cuti study week, then 6/6 ni kot start final. Ke 9 haribulan? Entahlah. Hahaha. Tak habis lagi, but to sum up my sem 2 with one word: teruk (yes-with a bold and italic).

Entahlah. at first, it was okay. Programming II time lab okay, time lecture je lost teruk. Walaupun lecturer kata tak kisah pasal student datang kelas ke tak tapi bila datang lambat 5 minit kena marah, okay, I guess that's her style. Hahaha. Web Programming, dengan the first 3-4 weeks kelas mostly cancel, belajar sampai sekarang pun I don't think we've covered the whole syllabus yet, cuma lecturer ajar cukup-cukup setakat mampu buat projek je. Budak seksyen 1 ada belajar java tapi seksyen 2- which is seksyen aku takde usik pun. And baru je tengok past years punya final paper subjek WP, ada je tanya pasal java. Boleh bayang dah masa depan aku masa jawab final nanti.  Fuhh.

Operating System, time lab okay je sebab ikut je apa madam buat dekat depan, but honestly 30% je kot command yang aku ingat dalam kepala. That's probably my fault sebab tak ulangkaji huhu. Discrete Maths, mula-mula the only subjek yang aku function hahaha lepastu keluar segala jenis simbol ha terkeruk-keruk aku nak fahamkan. Then, ada subjek English for Effective Communication. Madam okay, baik je tapi kelas dia membosankan sangat hahaha. Memang ngantuk teruk. Dengan konflik with groupmates nya, ada sorang chinese dalam group aku, ni bukan racist (ke racist?) tapi you know chinese yang tak biasa kawan dengan malay so agak susah nak communicate and for us to work together.... I'll leave it at there lah.

Last but not least, Data Structure. Ni memang lost teruk. Since day-1 of class, memang tak faham satu apa pun 😭 Aku dapat lecturer from Indonesia for this subject, supposedly tak adalah susah sangat nak faham language beliau kan, sebab ala Indon je pun bukan Zimbabwe. Tapi... aku tak tahu nak describe macam mana, tapi language beliau tu memang kalau dengar memang blur weh apa beliau cakap. Awkward pulak guna beliau, tapi aku still have respect for him as a lecturer. Lagipun beliau baik je. Aku bukan kutuk membenci pun ni. Aku seriously tak pernah lost the whole subject, sepanjang seumur hidup aku belajar. Bukan nak bangga, tapi sebodoh-bodoh aku dalam addmaths, ada lah jugak aku berjaya tangkap. Bebal-bebal aku, boleh lah lagi survive buat latihan calculus sendiri. Tapi data struct ni..... Nak nangis aku cerita ni.

I didn't feel it before, but now aku tengah duduk berdua je dengan Iffah dalam bilik, dua-dua senyap menghadap laptop, aku baru lepas broken (sikit) pasal crush-crush lama yang dah bahagia(lol), lepastu baru nak study tapi tengok soalan final past years susah nak mati and I JUST REALIZED THAT I CANNOT ANSWER THE QUESTIONS KALAU TAK STUDY, LIKE FAHAM TAK MACAM TAKDE SATU APA PUN DALAM KEPALA OTAK NI

I'm stress.

Oh ya, campur homesick lagi. Nak nangis.

More stress when I know that walaupun aku kata lecturer itu, lecturer ini, semuanya salah aku jugak sebab malas study, malas tanya, malas jumpa lecturer, malas tanya kawan, pergi kelas pun kadang-kadang malas. Haih. Apa nak jadi ni???

Please pray for me guys. Bagi kata-kata semangat sikit ke, share experience ke.

Oh satu lagi, remember back then when I was confused about my pointer for last sem? Haa, nak cerita, actually my GPA tak dean list pun, 3.3 something gitu je. My CGPA 3.5 something. So haritu dalam kelas, one of my classmates pergi mintak sign student yang dapat dekan and of course I wasn't included. Idk before tapi dean list ni ikut GPA eh? So bila that happened, I was honestly so heartbroken, and rasa macam ego dicakar-cakar dan tercalar. Rasa down jugaklah masa tu, and every time terfikir balik.

Sekali lagi, pray for me guys. Semoga dapat kutip sisa-sisa semangat yang ada and fight for final.

Thank you for reading this emo entry hahaha.
Bye, Assalamualaikum 😊

Broken jugak sebab sayat.me saya tak mendapat sambutan lollll. Ask.fm is the best!!!


Share
Tweet
Pin
Share
9 comment(s)

[31] And Paradise will be brought near to the righteous, not far  
[32] (It will be said), "This is what you were promised - for every returner (to Allah ) and keeper (of His covenant)
[33] Who feared the Most Merciful unseen and came with a heart returning (in repentance).
[34] Enter it in peace. This is the Day of Eternity."
[35] They will have whatever they wish therein, and with Us is more.

--------------------------------------

Assalamualaikum!
Ni entry ringkas dan pendek je, cuma nak share "hadiah" yang aku dapat dari kak Syida.

Cerita dia kak Syida tengah exam sekarang, so dia tak sempat nak datang sharing dekat Lestari. Jadi dia pass "hadiah" ni berserta coklat Cloud 9 dengan lolipop Chupa Chups dekat kak Syira. Mula-mula aku ambik gambar coklat je then post dekat story ig, terharu lah kan dia ingat jugak aku walaupun tengah sibuk nak exam. Lepas tu pagi tadi, takdelah pagi mana sebenarnya, teringat pulak notes dia bagi sekali dengan coklat tu. Kertas dalam gambar tu lah. Aku pun ambik tafsir atas rak. Bukak, dan baca terjemahan.

Perasaan aku bila baca "hadiah" tu?

Tahu tak perasaan bila kau baca satu buku, or novel, or komik, apape bahan bacaanlah, yang bila sampai chapter last, ayat last, yang menunjukkan cerita yang kau baca dari a-z tu, pengakhirannya ialah sebuah 'happy ending'?

Macam tu lah aku rasa.

Inilah happy ending yang kita semua patut harapkan, yang kita semua mesti dapatkan.

Enter it in peace. This is the Day of Eternity.

They will have whatever they wish therein, 

and with Us is more.

InsyaAllah, amiin.

Assalamualaikum 😊

Alhamdulillah for the constant reminder. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comment(s)
Kolej Kediaman Lestari, UTeM | 26 Februari 2017


Assalamualaikum!
Sekejaaaaap je dah bulan Mac dah. SERIOUSLY? Apa je aku buat sepanjang dah 3 bulan 2017 ni? Rasa macam tak produktif lansung hahahaha.

Okay actually dah berhari dah nak post pasal ni, tapi hehe biasalah bila dah bukak laptop ni banyak melencong ke lain huhuhu. So akhirnya, seminggu kemudian baru nak post. Hari Ahad minggu lepas, aka 26 Februari 2017, aku tinggal berdua je dengan Syaurah (aka Shawty), Ipah keluar dengan kawan dia, Jia dengan Shahadah balik. So kitorang ni yang bangun tidur memang lambat gila, and bangun-bangun je, lapar... Nasib baik Jia tinggal kereta dia sebab dia balik rumah ayah dia yang ambik. So dia benarkan kitorang guna kereta dia untuk terus survive dalam kehidupan (lol). 

Macam biasa, isu paling rumit sekali dalam dunia ni ialah "Nak makan mana?" 😂 Sebab bila weekend kedai fav kitorang, Muo Station dengan Ayam Penyet Rasa Jawa tutup. Dah lah kitorang berdua ni bukan orang Melaka. So kitorang jalaaaan je dulu tanpa tahu arah tuju. Call Ipah, dia ajak makan KFC, tapi rasa macam tak puas nak makan KFC untuk lunch. So Shawty jalaaaan lagi, last-last dia kata nak makan nasi ayam. Aku pun google kedai nasi ayam terdekat, so kitorang pergi restoran Nasi Ayam S.P.E.C.I.A.L (dalam google memang camni nama dia hahaha). Tak sempat nak ambik gambar bagai sebab terlampau lapar, tapi kalau siapa nak makan nasi ayam boleh lah google kedai ni okay! Sedap and harga pun berpatutan untuk student yang tengah tunggu PTPTN masuk macam kami haritu huhu.

Lepastu, dah kenyang makan nasi ayam ni, Shawty cadangkan makan dessert pulekk. Dia craving waffle sedap-sedap tu. Aku ikutkan aje sebab dia driver kan, lagipun tak pernah lagi aku pergi food hunting dekat cafe-cafe hipstur dekat Melaka ni. So sekali lagi dengan bantuan google, kitorang decide untuk pergi Brats & Uni Cafe dekat Bukit Beruang, Melaka. (Actually panjang lagi cerita cari and pilih cafe ni tapi takyah la cerita hahahaha)

Brats & Uni cafe ni lokasi dia dekat-dekat dengan MMU. Dekat tepi jalan je, so kalau tak familiar area Bukit Beruang tu kena rajin-rajin lah tengok ke tepi ya. Sebaris dengan banyak lagi cafe, ada Coffeeology, Friends Talk cafe, Tappers, dll. Signboard Brats & Uni ni simple je kalau nak dibandingkan dengan yang lain, tapi.... korang kena masuk dalam dulu baru tahu macam mana.

Interior design Brats & Uni ni honestly sangat!!! menarik, sebab ada variety tempat duduk yang korang boleh pilih ikut suka nak duduk kat mana. Ada yang sofa, ada yang kerusi cam untuk family, ada tempat tinggi, rendah, dekat luar and dekat dalam. Kira kalau pergi banyak kali tu, boleh lah try setiap jenis kerusi and meja tu hahaha. Ni, gambar-gambar yang sempat di-snap macam orang jakun kurkur.





Tengok meja ni jadi homesick pulak sebab teringat meja makan kat rumah lolol



Dekat sini, harga dia nak kata murah, tak jugak, mahal sangat pun, tak jugak. Standard cafe hipster lah. Takdelah harga tak logik ke di luar kotak pemikiran manusia ke, tak adalah sampai macam tu. Aku dengan Shawty order Sinful Choc Nutella Milkshake. Nama pun dah macam berdosa kan? Hahaha. Jap jap nak upload gambar, baru rasa berdosa sebab mampu share gambar je dengan korang 😝


Tadaaaa! Niiii sumpah puas gila kalau korang jenis yang suka benda manis-manis. Dengan cuaca masa tu panas, lepastu dapat pulak Sinful Choc Nutella Milkshake ni. perghhh terliur aku sambil menaip ni 😂 Ada cookie besar, ada rocky ke pocky ntah 4 batang, pastu tengok biskut teddy tu bergayut kat cawan tu awww comel gila. Kitorang order satu je sebab dah kenyang kan, ni pun untuk memuaskan nafsu je hahaha. Walaupun order satu, tapi straw dengan sudu dapat dua hehe mekasih abang cafe sebab memahami lol. Harga dia... satu cawan ni RM 14.90. Ni memang betul-betul rasa berdosa dengan duit PTPTN tak masuk laginya 😂

Milkshake ni memang sangat manis, so jangan gatal order sorang satu kalau rasa tak minat chocolate/benda manis atau dah kenyang, untuk mengelakkan pembaziran. Selain benda manis-manis, ada jugak makanan lain yang korang boleh order so kalau nak breakfast ke lunch ke dinner kat sini pun boleh.


Ni saje nak share, air masak memang dia bagi free, tapi rasa kelakar tengok botol dia macam botol acid dalam makmal kimia dulu 😂 Aku dah try, Alhamdulillah memang air masak, bukan acid okay so korang boleh minum.

Selain interior design dengan dessert & foods dekat sini, the cafe itself memang best. Sebab tenang sangat, kalau nak study ke buat kerja ke memang sesuai sangat lah. Wifi pun ada dekat sini. Satu lagi, kalau nak ambik gambar lawa-lawa fefeeling hispter pun lagilah tersangat okay 👌

Tu je rasanya pasal Brats & Uni cafe. Nanti kalau ada rezeki, bila aku pergi cafe lain, aku story lagi okay. Last but not least...


Haruslahhh belanja muka kami hahaha. 
Assalamualaikum 😊

B.A.P, GOT7 comeback, Every DAY6 March, drama The Lover and His Liar-- R.I.P study 😫
Share
Tweet
Pin
Share
4 comment(s)
16 Feb 2017


Assalamualaikum!
Kali ni, nak post something lain  sikit dari beshe beshe. Iftar Jam'ie ni ialah satu term  untuk berbuka puasa beramai-ramai. Ceritanya, kak Syida ajak berbuka puasa dengan dia sekali, tapi aku tak boleh puasa pun, segan lah jugak kan. Tapi dia kata takpe, anggap je lah macam dinner sama-sama. Aku pun okay je lah, sebab aku tahu, biasanya bukan setakat makan, tapi ada bonus yang lagi mahal dari makan tu.

So dalam pukul 6:45 tu kak Syida sampai Lestari (kolej kediaman aku) dengan ada dua org lagi sistur, Ila dengan Ina nama dia. Aku tak kenal sebab diorang berdua student degree fakulti lain, dan kalau fakulti aku pun memang fitrah seorang Zahidah ni akan tak kenal sebab jenis susah nak ingat muka dengan nama orang 😅 Sampai rumah kak Syida, ramai lagi ada dekat situ, so kami berkenal-kenalan lah.

Masuk waktu maghrib, makan!! Uniknya, kak Syida and the gang (housemates dia) kalau buat makan-makan dekat rumah dia ni memang akan hidangkan nasi dengan lauk selonggok atas dulang, makan lah 4-5 orang dari dulang yang sama. Nak mengeratkan silaturrahim kot hahaha. Tapi okay je, seronoklah jugak sebab bukan hari-hari makan dalam dulang kan? Menu hari tu nasi putih, ayam masak kurma, sayur kubis goreng dengan telur dadar. Makan-makan, then solat maghrib, baru lah masuk part bonus macam yang aku sebut awal tadi.

Bonus tersebut ialah sharing.

Sharing ni macam usrah lah, tapi taknak nama skema katanya (lol), so kami panggil sharing. Tak kisahlah kan nama apa pun, yang penting matlamatnya sama dan sampai.

Aku tak kira exactly ada berapa orang, lebih kurang 20 kot? Kitorang semua duduk satu bulatan dalam bilik tu. Before start sharing tu, ada main satu game ni, macam music box eh nama dia? Yang pass-pass kotak then music berhenti dekat someone, and someone tu kena jawab soalan. Macam tu lah. Bila kotak berhenti, firstly kena perkenalkan orang di sebelah kanan, then baru ambik soalan dalam kotak tu, and kena jawab berdasarkan orang di sebelah kiri. Contohnya soalan "Apa makanan kegemarannya?" and kita tekalah apa orang sebelah kiri kita suka makan. Kalau betul, dapatlah hadiah. Gitewww. Memandangkan kebanyakkan yang dalam bilik tu baru jumpa harini, so bestlah dapat kenal each other, and kelakarlah bila ada yang dah kenal pun tak dapat jawab soalan tu.

So... apa pointnya game ni?

Memula aku fikir gak, sebab biasanya lepas solat terus masuk sesi tazkirah. Ni ada main game pulak. Then, kak Syida terangkan. Point game ni bukan setakat suka-suka nak kenal-kenal, dapat hadiah, tapi nak highlight the point yang tak kiralah berapa lama pun kita kenal orang-orang di sekeliling kita ni, masih banyak benda yang kita tak tahu pasal diorang. Kita cuma tahu apa yang dia bagitahu kita. Contohnya, kita tak tahu masalah yang dia sorok dari kita, dll. Tapi, kita ada Allah swt yang tahu semua tentang kita, walaupun kita tak bagitahu. Dia tahu semua yang kita rasa, yang kita sorok dari orang lain, semua dia tahu.

Itu, satu. Lepastu, barulah mula sesi sharing yang sebenarnya, iaitu tajuk pasal syurga. Nak taip panjang-panjang pasal semua, aku pun tak berapa ingat, tapi ada satu soalan dari sorang sistur ni, nama dia Najiha, yang macam simple, tapi aku tak dapat nak figure out jawapan dia.

"Kan dekat syurga nanti apa kita nak, kita boleh dapat kan? Habis tu apa beza 7 peringkat syurga tu?"

And jawapan dia, pada aku sangatttttt menarik, sebab tu aku rasa nak share dekat blog ni.

Macam yang semua tahu, syurga ada 7 peringkat, and yang paling tinggi sekali namanya syurga Firdaus. Syurga Firdaus tu paling tinggi, dan jugak paling dekat dengan arasy Allah, sekali gus, paling dekat dengan Allah. Lepastu, kalau baca Quran, banyak ditekankan pasal sungai  bila describe pasal syurga. Anologinya, kalau pergi mandi air terjun, kalau kita pergi bahagian atas, kan tak ramai yang dah usik air tu, tapi kalau kita pergi dekat bawah, kita dapat air yang mengalir dari atas, yang dah ada orang mandi-mandi lah kan (tak campur lagi yang kencing masa mandi tu hahahaha). Jadi nak kata, bila kita dekat syurga Firdaus, air sungai yang mengalir tu datangnya direct dari Arasy Allah. Meanwhile, yang di syurga lebih bawah pula air sungai yang dah diusik oleh penghuni syurga tingkat yang lebih tinggi. Macam tu lah analoginya.

Lepastu, penghuni syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus tadi tu, dapat jenguk dan turun, macam jalan-jalan lah dekat syurga di bawah, tapi, penghuni syurga yang dekat bawah takkan dapat naik dan tengok macam mana rupa syurga yang lebih tinggi tingkatnya. Analoginya, kalau yang mampu menginap dekat hotel 5 bintang, mestilah mampu nak menginap hotel 2 bintang. Tapi yang mampu hotel 2 bintang, takkan dapat nikmat yang sama macam duduk hotel 5 bintang.

Jadi, kita sebagai hamba ni, bila berdoa, doalah agar kita ditempatkan di syurga Firdaus.

Sorry kalau cara aku cerita jadi tak menarik hahahahaha aku memang sumpah fail bab-bab bercerita ni 😂 Ini apa yang aku dapat dari sharing semalam, kalau ada salah tolong betulkan ya 😀

Semoga kita semua lebih bersemangat mengejar syurga!

Assalamualaikum 😊

Sometimes we all need a little reminder.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comment(s)
Older Posts

About me

About Me


Zahi | 23 | Pahang

Personal & random things.

Contact me at znurulzahidah@gmail.com

Music

"Although it's a little late, would you listen to me?"

Follow Us

  • twitter
  • Instagram
  • tumblr
  • pinterest
  • facebook

Followers

recent posts

Popular Posts

  • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
    Assalamualaikum! I mentioned in my previous post that I am currently watching a kdrama entitled When the Weather is Fine . I just fini...
  • A New Chapter
    Mayang Sari Express, Melaka-KL | 5 Aug 2019 Assalamualaikum! Disebabkan aku triggered dengan poll @twtblogger_MY yang ada mention p...
  • Dependence
    Kompleks Sukan, UTeM, Melaka | 27 April 2018 Assalamualaikum! Is it too late to wish Happy Fasting to everyone? Hehehe selamat berpua...
  • RMO day-???
    Assalamualaikum guys! You guys can probably guess why I'm here. Dah bosan sangat habis segala social media scroll, barulah nak ter...
  • Looking back
    Universiti Malaysia Pahang | 24 November 2019 Assalamualaikum! Hehehehe hi guys it's been a while! Guess who made empty promise...

Categories

Ahgase Appreciation Post Article Blog Bullet Journal Cuteness D.I.Y Experience Extras Friends Haul Ideas K-drama Memories MOVIE Personal Random Rants Reminder Review Story time Student life The weird side of me Tips

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  April (2)
      • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
      • RMO day-???
  • ►  2019 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  December (2)

My Blog List

  • Faten
  • Amelynn
  • A Dream Enthusiast
  • WANASEOBY
  • AMERZING
  • Athirah
  • Syara

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates