Personal | The Tangan Kayu Girl Tried Handlettering

by - 1:23 AM




Assalamualaikum!
Sebelum aku mulakan entry ni, nak cakap, awkward pulak nak menaip sebab dah lama tinggal blog ahahaha. Ampun maaf pada yang melawat blog ni tapi terpaksa menghadap post yang dah berkarat. Sebenarnya dah lama dah nak post entry ni tapi tahap kemalasan nak ambik gambar, edit, dan upload tu sangaaaaatlah tinggi.

     Sepanjang cuti sem 3 bulan ni, dengan bangganya aku nak bagitahu bahawa aku basically tak buat apape yang berfaedah pun. Rutin yang sama je tiap-tiap hari. Cuma, sejak-sejak cuti ni, aku try buat handlettering!! Dah lama dah nak cuba, I've tried it before tapi buruk nokharom pastu give up. Ni lepas tengok one of my coursemate, Amelynn post story dekat Instagram, aku pun tetiberrrr semangat nak buat jugak. Excited gila beli brush- Pentel Aquash Water Brush, harga RM 10.40 boleh jumpa kat Popular. Siap beli sketchbook, watercolour guna adik punya je jenama Buncho sebab nak beli cam membazir entah jadi entah tak kan. Tapi best la masa usha-usha barang tu dengan adik, dia memang minat benda-benda berkaitan art ni, so dia pun excited sekali masa nak membeli. So balik terus try guna brush, ni, masa memula aku try guna, tak tengok video ke apa ke:

*istighfar banyak-banyak sebab buruk sangat*

Yang bebanyak Aina tu adik aku yang tulis sebab dia obses dengan diri dia sendiri.
Ni pulak lepas try tiru-tiru contoh kat gugel:


Konon masa ni dah lawa sangat dah ni hahaha dah terbayang boleh buat duit. Istighfar lagi sekali.

But seriously, handlettering is a lot more fun than I expected. Walaupun stress sebab tak reti sangat nak guna berus, and like I said dekat title tu, aku ni tangan kayu orangnya. Tapi aku minat art, cuma cam emmmm takde bakat hahaha. Lepastu adalah tiru-tiru quotes dekat google, weheartit, and these are the progress:

 Quote tiru. Ni buat masa first day belajar handlettering lol

Quote tiru 2.0

This one sesaje ceconteng, tapi lowkey nak jugak buat nampak cantik hahaha. 

Ugh sorry this one is so low quality. Youngjae's favourite quote and his nickname 💖

 Song lyrics 💖 Nervous gila buat ni sebab takut spoil background dah lawa (lah jugak). Lama kot nak tunggu kering tu hahaha.

this one in goes in my bullet journal 💖

 Song lyrics again. I just love this lyric so why not hahaha. Getting Wet by Beenzino.

 Ni antara yang latest tapiiii buruk af sebab tangan gigil. Bila nak buat yang serious, yang bajet-bajet macam kalau jadi nak post kat instagram, mestiiiiiii tangan gigil gila. And mulalah semua huruf tak jadi. 

Ni yang paling latest, untuk birthday Nazeera, 3/9/2017. Honestly hmmm bangga lah jugak dengan yang ni hahaha. Glitter-glitter tu guna Art Rangers Glitter Tempera Paint, beli kat Mr. DIY harga RM 2.90 ke 3.90, tak ingat hehe. 

Tu a few yang sedap mata memandang, yang selebihnya.... Istighfar banyak-banyak lagi. Hahaha. The point of this post is bukan nak kata aku buat handlettering ni lawa, just nak share the progress from buruk nak mampus, and sekarang boleh la kan, ada la jugak rupa walaupun still tangan gigil hahaha. And ni jugak untuk rujukan akan datang, mana tahu nanti gambar hilang ke, nak kena delete ke, at least dalam blog dah ada.

       Now, kumpul duit, berjimat cermat nak beli better brush, watercolours. Benda-benda ni semua nak kata murah, tak jugak. Nak jadi cantik mahal, nak jadi berseni pun mahal, and lagi parah bila nak jadi dua-dua pada masa yang sama 😂 

       Lastly, nak kata, kalau korang ada teringin nak belajar or buat something, go for it! Start now! Cantik ke, jadi ke, tak penting, yang penting bila dah cuba tu puas hati. Jangan expect terus perfect, and jangan cepat sangat give up tau! Mula slow-slow, at that one point walaupun belum sampai level perfect, bila you tengok balik your progress and improvement, rasa puas hati sangat. Rasa macam wow bangga and sayangnya diri sendiri 💞 

Ok tu je. Bye.
Assalamualaikum 😊

Cuti dah nak habis *nangis dekat bucu bilik*

You May Also Like

18 comment(s)

  1. Wehhhh cantik kot you punya especially semua yang quote tu! I suka gila. Please framekan. Keep up the good work. So nice, serious ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa thank you thank you!! Personally tak rasa worth it lagi nak framekan 😂 biar je dalam sketchbook dulu haha. Thank youuu sangat2 ❤

      Delete
  2. Cantiknyaaaaa. Kita pun teringin nak buat , tangan kayu jugak tapi suka art hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah!! Samalah kita! Masa mula2 buat ni dah prepare dah jangan kecewa kalau x jadi hahaha 😂

      Delete
  3. dah makin lawa tu ! tahniah ada progression <3 btw im a fan of got7 too :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you ♡♡♡ Ahgase! Sepp sikit!! Hahaha

      Delete
  4. Honourednya rasa nama dimention huhuhu. Thank u Ida sbb post ni mengembalikan semangat bila dah mula rasa malas balik gahaha. Keep it up wooo!

    Btw, playlist hang jjang~ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG SO U MEMANG DAH JADI READER BLOG I KE CANE NI AJSJSJDJDJ malu la hahaha. U pun keep it up!!

      Playlist eh hahaha thank you!

      Delete
  5. improvement tu power ah :') perfection takes time kot XD hiks, den pun tangan kayu yg nakbelajar sketching ._. kalau tgok proses pun mmg MashaAllah rasa naknangis lol

    ReplyDelete
  6. Serious la. haha cantik2. ada bakat ni.. jgn hilangkan bakat tu

    ReplyDelete
  7. hai zahi! wow kira ok la tu makin better dah ha daripada yg memula start tu hehehe. sy suka tengok #handlettering kat instagram sbb cantik-cantik semuanya! :)

    ReplyDelete
  8. makin cantik! teruskan usaha tau :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. oh emm geeee lawa! sy pun ada jugak buat handlettering tapi baru je nak mula kihkih. kalau ada bajet lebih, boleh try beli brush pens/markers macam tombow ke koi ke (kat shopee) sbb niceee gila hehe :3

    ReplyDelete
  10. Lawanya! I could never do these because my handwriting sucks

    ReplyDelete
  11. hai zahi! sy dtg lagi! *mcm tora dtg lagi plak dah* hahaha

    ReplyDelete
  12. haii zahi... saya suka sangt tengok handlettering tu.. sumpah cantik. saya memang tak reti buat.. hehe

    ReplyDelete
  13. Brush tu untuk tulis tulisan camtu je ke? Kalau untuk mewarna cantik tak?

    ReplyDelete

Your opinion matters ;)