• Home
  • Cbox
  • Follow
  • Dashboard
Powered by Blogger.
twitter tumblr instagram pinterest facebook

𝙮𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙢𝙮 𝙚𝙘𝙝𝙤

Segamat, Johor | 24 Mac 2018 


Assalamualaikum!
Harini entah kenapa rasa nak bukak cerita ni. I personally think cerita pasal aku dengan crush form 1 aku ni menarik, tapi aku tak ada skill bercerita yang menarik so let's see how this will turn out 😂

       Masa aku form 1 tu rasanya term 'crush' ni tak wujud or tak digunakan secara berleluasa (gittew) lagi so masa tu tak panggil crush la kot? Masa mula-mula masuk sekolah tu aku suka orang lain ekceli, sampai la satu masa ni ada sorang classmate aku ni usik sorang budak lelaki ni nama dia D**** dengan aku. Padahal kitorang tak pernah bertegur apatahlagi berborak. So aku macam '???? asal lak kaitkan mamat tu dengan aku????'. Pastu aku start notice D tu, and baru aku perasan D tu comel gak ehehehehew. Tapi disebabkan classmate aku usik-usik kitorang, kitorang tak pernah bercakap pun. Berdiri jarak 5 meter pun ada bunyi-bunyi, macam mana nak berkawan?

      Interaction aku dengan D tu kira dalam setahun form 1 tu boleh kiralah berapa kali je. Paling selalu pun eye-contact. Tu pun dah boleh buat hati mak yang berumur 13 tahun yang masih innocent ini berbunga-bunga. Selain tu adalah pernah berdiri sebelah-sebelah dalam makmal and bercakap sikit masa tengok result experiment, pastu dia pernah lompat kerusi, I mean dia nampak kerusi lepastu dia lompat melepasi kerusi tu dekat luar kelas lepastu aku tegur, sebab dia atlet yang lari berpagar tu. Setakat macam tu je lah. Lagipun aku duduk asrama, and crush aku tu budak luar so aku tak ada phone nak text ke, main fb ke apa ke memang jarang sangatlah. Rasanya kitorang friend kot dekat fb tapi tak pernah chat pun. Cuma masa tu, dekat blog nilah aku cerita pasal dia, tapi masa tu link blog lama lah. Sekarang dah tukar. Tak sure aku delete ke archieve je post aku. Tapi, setakat tu je lah.

      Oh, ada satu ni cute gila. Pada aku yang berusia 13 tahun masa tu cute la okay. Masa tu dekat luar surau, ustaz buat kelas PI dekat situ, tapi masa tu cam leklek la tak belajar sangat. Rasanya tengah buat hafazan kot so yang tak menghafaz cam lek lah kan. Aku masa tu tengah tolong gunting apa entah ustaz suruh. So, bayangkan eh susunan kitorang ni semua duduk bersila atas lantai lepastu ada rehal kayu sorang satu, budak lelaki dekat depan then baru budak perempuan. Aku duduk barisan budak perempuan yang depan sekali. Kiranya lepas budak lelaki tu barisan akulah kan. Aku, dengan si D ni memang payah sangat sangat sangat nak bertegur and bercakap okay. Lepastu, tengah gunting-gunting tu, tiba-tiba si D ni yang duduk tak jauh dari aku pusing belakang and bergerak sikit so dia menghadap tempat aku, yang macam nak borak dengan aku tu!! TAPI!!! Ustaz nampak so dia cam "Aipp tu buat apa tu pandang depan!" lepastu D ni dengan muka kecewa pusing depan balik. Lahai. Please cakap ni cute ahahahahah.

       Ada satu kali tu, D tertinggal botol air dia tau dekat atas meja. Lepastu aku ambik botol air dia tu, bawak balik asrama. Then esoknya aku basuhkan and isi air untuk dia ahahahaha lepastu letak atas meja dia WEH AKU SWEET GILA KOT!???!?!!??! Please cakap aku sweet.

      Masa aku form 1, aku sekolah menengah dekat Johor. And masa tu, dah dapat tahu masa form 2 aku kena pindah Pahang sebab abah tukar tempat kerja, cuma tak tahu exactly bila. Mungkin awal tahun, mungkin tengah tahun, camtu. So aku cam adalah rasa syahdu nak pindah, nak tinggal crush kan huhu. Tapi, rupa-rupanya!!! Crush aku pun nak pindah tapiiii dia nak pindah hujung tahun masa form 1 tu. Kiranya, tahun depan, dia memang dah takde terus tu. Pergh aku punya sedih dan rasa dikhianati masa tu takyah cerita la. Sedih kot? Dahlah kitorang ni tak berkawan pun? Lepastu dia dah nak blah dah? Korang faham tak perasaan aku masa tu? Tapi, kitorang masih takde effort nak berkawan hahahha. Aku just usha dia dari jauh and senyap-senyap je. Tak tahu nak approach dia, nak lagi rapat dengan dia macam mana.

      Sampailah minggu last sekolah, aku decide untuk bagi something lah dekat dia. Aku bagi dia kayu (ya kayu) tapi ada lukisan akak dorm aku, comel jugaklah lukisan tu ala-ala anime gitu, dengan ada aku tulis-tulis sikit tapi aku tak ingat apa aku tulis. Hari last sekolah, aku bawak benda tu pergi sekolah, nak letak dalam beg dia. Aku target waktu rehat je lah, sebab hujung-hujung sekolah ni bukan belajar pun so memang spend time dalam kelas je. Waktu rehat je lah yang free untuk aku jalankan misi aku ni. Masa rehat, aku nak keluar kelas nak beli makanan, and D tu ada dekat luar kelas, dia sorang je, pastu kitorang ter-eye-contact tau, tapi cam biasalah awkward pastu aku blah camtu je. Lepas aku balik kelas, D dah takde. So aku pun jalankanlah tugas aku. Berjaya jugaklah aku letak kayu tu dalam beg dia. Lepastu, sampai loceng terakhir, loceng nak balik tu bunyi, kitorang still tak bertegur or cakap apape. And tu last day dia kot :') Last day aku jumpa dia kot :') Tragis weh tragis.

      Tapi, tu belum cukup tragis lagi. Lepastu, aku dengan dia memang lansung tak contact. Tak tahu khabar apa-apa pun. Kalau tak silaplah. Pejam celik pejam celik, dah form 2. Maknanya aku pun dah pindah sekolah dekat Pahang. Tetiba, ada satu malam ni, D chat aku dekat fb. Aku cam terkejutlah kan sebab manalah kitorang pernah bertegur, berborak sebelum ni. Kitorang pun borak-borak and ada sekali tu D kata dia tak percaya dia tengah borak dengan aku, walaupun through fb je alolo comel. Lepastu, D ni ada ungkit tau pasal kayu yang aku bagi tu. Aku gelak je lah sebab bila ingat balik macam segan pulak. Masa tu pun aku dah lupa apa aku tulis dekat kayu tu. And then tak lama sangat kitorang keep in touch masa tu sebab aku tak ada access to internet selalu, masa tu noob lagi rumah takde wifi. So jaranglah kitorang contact. And still, nothing happened.

      Then, pejam celik pejam celik lagi sekali, dah form 3.Dah ada crush baru dah pun. Crush baru ni yang ada harapan sikitlah sebab kali ni kitorang sekelas tapi kitorang bercakap, borak, blablabla. And nampaklah dia pun macam suka aku ahahahaha (you know who you are, mana tahu baca ke kan hahahaha) Tak macam aku dengan D dululah. Masa aku form 1, aku ni sejenis obses dengan cartoon Domo tau. Kalau tak tahu domo tu apa boleh google. Then ada satu beg domo ni aku selalu bawak pergi kelas, pergi prep semualah. Tetiba satu hari masa aku dah form 3 tu, kakak aku nak pinjam beg aku. Aku pun haa kk jap nak bawak keluar semua barang. Aku seluk segala jenis poket, then tetiba ada satu kertas lipat-lipat dekat poket beg tu. Aku pun excitedlah sebab aku ingatkan tu surat kawan aku Haliza pernah bagi masa sebelum aku nak pindah, surat perpisahanlah kiranya. Aku memang cari surat Haliza tu merata-rata tapi tak jumpa. Aku happy-lah bila aku nampak surat tu.

Bila aku pusingkan surat tu, ada tulis, (please jangan muntah), 'Untuk sumber inspirasi, Nurul Zahidah'. Aku macam... ???? Haliza???? Sejak bila pulak aku sumber inspirasi dia ni??? Lepas tu aku bukak... Korang tahu tak scene dalam drama bila orang baca surat and terkaku, ter-speechless, terdiam dan terkejut dan segala jenis ter lah. IT'S FROM D!!! Aku jumpa surat dia after 2 freaking years??!!! Weh... Sumpah aku terkejut gila time tu. And guess what? He confessed in that letter... Surat tu dia bagi masa last day dia dekat sekolah tu. The same day aku bagi kayu dekat dia. A few things yang aku ingat dia tulis dalam surat tu, dia sedih sebab kena pindah sekolah, nak tinggalkan kawan-kawan yang dia grow up with, lepas tu nak tinggal crush dia (aku la tu hehehe) weh sumpah sedih do. Lepastu dia suruh jaga diri :-( Lepastu dia tanya lepasni aku nak suka siapa pulak lepas dia takde :-( Lepastu dia kata aku buat dia happy :-( Sumpah cute :-( Lepastu, paling cutelah ni aku rasa, dia belajar bahasa korea sebab aku suka korea :-( :-( :-( Dia minat group korea yang aku minat :-( :-( :-( :-( Dia tulis saranghaeyo dalam tulisan korea :-( :-( :-( :-( :-(

Sedihlah gais....

      Patutlah masa dia mention kayu tu, dia macam... Tak habis-habis cakap pasal kayu tu, dia macam nak nak trigger aku and aku rasa dia nak buat aku cakap pasal surat dia tapiiii masa tu aku tak jumpa lagi surat dia 😭 Sumpah aku terharu gila dengan surat dia. And tulisan dia pun lawa gila (k ni random). Tapi serious, that's like the cutest letter ever. Tapi... Aku tak pernah bagitahu dia pun yang aku lambat jumpa surat dia tu. Lepastu aku cerita dekat kawan aku ni, Manisah, pasal dia. Aku tak ingat D dengan Manisah ni friend dekat fb before tu lagi ke, or lepas aku cerita pasal surat tu, tapi D ni kenal Manisah tu as kawan aku lah. Manisah kata D tu selalu je tanya pasal aku dekat dia.

Aku rasa masa tu aku tak buat apa-apa pun sebab aku pun dah ada crush baru. Nasib baik last-last bercinta jugak dengan crush baru tu, tapi last-last putus gak hahahaha.

       Sekarang, aku betul-betul tak tahu mana D. Last contact yang kitorang ada, wechat (ye I dak wicet dulu). Fb aku dah tak bukak lansung. Lepasni aku bukak, nak cari fb dia, ntah-ntah dah kawin dah orangnya hahahaha manalah tahu kan? Aku je sibuk cerita lagi pasal dia hahaha.

Sampai sekarang bila aku fikir and teringat pasal dia, ajaib betul macam mana aku boleh jumpa surat dia tu 2 tahun kemudian. Aku selit surat tu dalam diary form 1 aku, tapi aku tak tahu diary aku tu dekat mana lepas dah berpindah-randah ni. Nanti kalau aku jumpa, aku update. InsyaAllah.

Wherever you are, D, thank you for being cute and giving me such cute memories!

Okay, tu je kot. Assalamualaikum 😊

I miss the feeling of having crush that actually likes me back 😂
Share
Tweet
Pin
Share
12 comment(s)
Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang | 28 April 2018
Assalamualaikum!
So, yeah, another unplanned update. Life is like that. What you plan just won't work, anyways so... PEKABAR SEMUA? *Safiey Ilyas' voice* KAU PUASA KE TAK?

Tak retilah nak buat intro terus ke main point je la eh.

       Sooo, sekarang ni aku tengah cuti study week, sebenarnya macam biasalah seminggu kan tapi hasil bertungkus-lumus siapkan final projek media seawal yang mungkin, project workshop pun dah settle, dapatlah balik awal and cuti jadi 2 minggu!! And Alhamdulillah dapat berpuasa dekat rumah. Study week of course la dengan set combo dia iaitu final exam (yang aku tak start study lagi). I'm not sure what to expect from this sem honestly. Especially dengan adanya subjek Digital Media Design. U know, edit gambar, poster, and design stuffs. Benda-benda macam tu kadang-kadang pada mata kita cantik, tapi pada mata seni lecturer tak. Mungkin teknik tak kena ke apa ke. So, I'm scared and worried jugak lah.

      Subjek lain yang aku risau, Statistic. Seriously, sepanjang 2 tahun di UTeM, ni lah subjek paling aku tak faham (anggap je lah subjek Pak Surya tu aku faham sebab dia bagi aku A-). Ape ni dah lah simbol pelik-pelik pastu storyline dekat soalan dia susah-susah like '???? what are you trying to say????'. Or it could be I'm the dumb one hahah. No surprise, it's maths anyways. Never fond of it. Assignment semua pun banyak Syaurah dengan Shahadah yang tolong. Kalau tak... Tapi, itulah. Final siapa nak tolong? Kalau aku nangis dalam dewan time exam, harap semua beri kerjasama,

Other subjects... Rasanya boleh lagi kot nak goreng-goreng huhu.

     A month from now, 25/6/2018, I'll be starting my Latihan Industri. Aku mintak dekat sekolah kakak aku je, SMK Pelabuhan sebab sekolah dia pernah ambil student IT untuk intern tahun lepas, so memula sekali memang aku call SMKP dulu, and Alhamdulillah diorang terima dengan hati yang terbuka. Ngehngeh. Banyak je office lain yang aku boleh mintak since Kuantan memang banyak pejabat kerajaan and all tapi tak sehaluan untuk abah hantar so yang sehaluan sekolah and kilang-kilang je. And aku honestly takut nak kerja dekat kilang. The anxiety is too much to handle. Like kalau mostly lelaki nanti aku takde kawan macam mana 😟 kalau ada gender discrimination macam mana 😟 And it's not an environment that I'm used to or familiar with so... Yeah, sekolah it is. Dengar cerita dapat duduk makmal komputer. Ada aircond, yeay! Tapi pergi kerja dah tak boleh pakai jeans dengan sweater je 😂

      Sekolah pun, I don't know what to expect, honestly? Sebab kakak aku sesi petang, aku akan masuk sesi pagi. Macam mana nak buat kawan dengan orang dewasa? Like dewasa 30-40-50 tahun punya dewasa (lowkey masih rasa diri ini seorang kanak-kanak walaupun umur 20 tahun). Nanti kena cakap pasal apa? Borak pasal apa? Resipi memasak ke? Tips jaga anak ke? Takkan nak diam je? Macam mana kalau aku ter-konghaja dengan diorang? Dulu duduk asrama pernah jugak kena label konghaja dengan senior ajsjsjsjsks. Nak buat kawan dengan yang sebaya pun den tak reti. Tu sebab member ada 5 orang je ahahahaha. Lepastu, kalau budak-budak lagi besar dari aku macam mana? Kalau aku kena buli dengan budak macam mana?  Eeeee banyaknya kena fikir. Belum lagi bab buat kerja hahahahaha mati la nak...

      Anyways!! Lepas LI for 2 bulan lebih camtu, terus start sem 5- which is my third year in diploma! Cepat betul masa berlalu. Soon, genap 2 tahun daftar masuk UTeM. Good 'ol days. Masa tu fikir penat naik tangga 5 tingkat, lauk ikan keli bakar dah habis ke belum, masalah paling besar pun kena fake smile bila Dr. Mahadi suruh senyum tiga hahahaha. Btw, third year means dah kena halau dari hostel UTeM. Kena duduk luar. We've found a house, Alhamdulillah. Honestly I'm excited nak duduk luar?!?!?!? Dah tak payah fikir hal sticker kereta, menghadap polis bantuan UTeM, guard Satria, we'll get our night life again, yeay!! Paling rindu nak keluar malam. Sejak UTeM tukar curfew pukul 9 malam, nak keluar makan dekat luar pun malas sebab kena rushing. Dah takde feeling aesthetic night car ride sambil bukak tingkap rasa angin sejuk sejuk. Lepas ni duduk luar, lapar pukul berapa pun boleh pergi beli makanan!!! YEAYYYY!!!

      I'm excited, except when I have to think about all the resposibilities like- bayar sewa rumah, barang dapur, wifi maybe kena sendirian berhad, nak gi kelas jauh, etc etc. Adulting is so hard like I'm only twenty why should I think about all these things 😭

Ya, saya sedar 20 tu sebenarnya dah tua tapi still in denial.

Anyways, what can I hope other than hoping that everything will be okay? InsyaAllah. Hopefully takde drama-drama dah. Sis. Dah. Penat. Please let my last sem be the best sem. 

That's all I think, thank you for reading uwu
Assalamualaikum 😊    

Selamat berpuasa fellow readers 💜
Share
Tweet
Pin
Share
3 comment(s)
Older Posts

About me

About Me


Zahi | 23 | Pahang

Personal & random things.

Contact me at znurulzahidah@gmail.com

Music

"Although it's a little late, would you listen to me?"

Follow Us

  • twitter
  • Instagram
  • tumblr
  • pinterest
  • facebook

Followers

recent posts

Popular Posts

  • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
    Assalamualaikum! I mentioned in my previous post that I am currently watching a kdrama entitled When the Weather is Fine . I just fini...
  • A New Chapter
    Mayang Sari Express, Melaka-KL | 5 Aug 2019 Assalamualaikum! Disebabkan aku triggered dengan poll @twtblogger_MY yang ada mention p...
  • Dependence
    Kompleks Sukan, UTeM, Melaka | 27 April 2018 Assalamualaikum! Is it too late to wish Happy Fasting to everyone? Hehehe selamat berpua...
  • RMO day-???
    Assalamualaikum guys! You guys can probably guess why I'm here. Dah bosan sangat habis segala social media scroll, barulah nak ter...
  • Looking back
    Universiti Malaysia Pahang | 24 November 2019 Assalamualaikum! Hehehehe hi guys it's been a while! Guess who made empty promise...

Categories

Ahgase Appreciation Post Article Blog Bullet Journal Cuteness D.I.Y Experience Extras Friends Haul Ideas K-drama Memories MOVIE Personal Random Rants Reminder Review Story time Student life The weird side of me Tips

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  April (2)
      • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
      • RMO day-???
  • ►  2019 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  December (2)

My Blog List

  • Faten
  • Amelynn
  • A Dream Enthusiast
  • WANASEOBY
  • AMERZING
  • Athirah
  • Syara

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates