Sharing | Iftar Jam'ie

by - 5:01 PM

16 Feb 2017


Assalamualaikum!
Kali ni, nak post something lain  sikit dari beshe beshe. Iftar Jam'ie ni ialah satu term  untuk berbuka puasa beramai-ramai. Ceritanya, kak Syida ajak berbuka puasa dengan dia sekali, tapi aku tak boleh puasa pun, segan lah jugak kan. Tapi dia kata takpe, anggap je lah macam dinner sama-sama. Aku pun okay je lah, sebab aku tahu, biasanya bukan setakat makan, tapi ada bonus yang lagi mahal dari makan tu.

So dalam pukul 6:45 tu kak Syida sampai Lestari (kolej kediaman aku) dengan ada dua org lagi sistur, Ila dengan Ina nama dia. Aku tak kenal sebab diorang berdua student degree fakulti lain, dan kalau fakulti aku pun memang fitrah seorang Zahidah ni akan tak kenal sebab jenis susah nak ingat muka dengan nama orang 😅 Sampai rumah kak Syida, ramai lagi ada dekat situ, so kami berkenal-kenalan lah.

Masuk waktu maghrib, makan!! Uniknya, kak Syida and the gang (housemates dia) kalau buat makan-makan dekat rumah dia ni memang akan hidangkan nasi dengan lauk selonggok atas dulang, makan lah 4-5 orang dari dulang yang sama. Nak mengeratkan silaturrahim kot hahaha. Tapi okay je, seronoklah jugak sebab bukan hari-hari makan dalam dulang kan? Menu hari tu nasi putih, ayam masak kurma, sayur kubis goreng dengan telur dadar. Makan-makan, then solat maghrib, baru lah masuk part bonus macam yang aku sebut awal tadi.

Bonus tersebut ialah sharing.

Sharing ni macam usrah lah, tapi taknak nama skema katanya (lol), so kami panggil sharing. Tak kisahlah kan nama apa pun, yang penting matlamatnya sama dan sampai.

Aku tak kira exactly ada berapa orang, lebih kurang 20 kot? Kitorang semua duduk satu bulatan dalam bilik tu. Before start sharing tu, ada main satu game ni, macam music box eh nama dia? Yang pass-pass kotak then music berhenti dekat someone, and someone tu kena jawab soalan. Macam tu lah. Bila kotak berhenti, firstly kena perkenalkan orang di sebelah kanan, then baru ambik soalan dalam kotak tu, and kena jawab berdasarkan orang di sebelah kiri. Contohnya soalan "Apa makanan kegemarannya?" and kita tekalah apa orang sebelah kiri kita suka makan. Kalau betul, dapatlah hadiah. Gitewww. Memandangkan kebanyakkan yang dalam bilik tu baru jumpa harini, so bestlah dapat kenal each other, and kelakarlah bila ada yang dah kenal pun tak dapat jawab soalan tu.

So... apa pointnya game ni?

Memula aku fikir gak, sebab biasanya lepas solat terus masuk sesi tazkirah. Ni ada main game pulak. Then, kak Syida terangkan. Point game ni bukan setakat suka-suka nak kenal-kenal, dapat hadiah, tapi nak highlight the point yang tak kiralah berapa lama pun kita kenal orang-orang di sekeliling kita ni, masih banyak benda yang kita tak tahu pasal diorang. Kita cuma tahu apa yang dia bagitahu kita. Contohnya, kita tak tahu masalah yang dia sorok dari kita, dll. Tapi, kita ada Allah swt yang tahu semua tentang kita, walaupun kita tak bagitahu. Dia tahu semua yang kita rasa, yang kita sorok dari orang lain, semua dia tahu.

Itu, satu. Lepastu, barulah mula sesi sharing yang sebenarnya, iaitu tajuk pasal syurga. Nak taip panjang-panjang pasal semua, aku pun tak berapa ingat, tapi ada satu soalan dari sorang sistur ni, nama dia Najiha, yang macam simple, tapi aku tak dapat nak figure out jawapan dia.

"Kan dekat syurga nanti apa kita nak, kita boleh dapat kan? Habis tu apa beza 7 peringkat syurga tu?"

And jawapan dia, pada aku sangatttttt menarik, sebab tu aku rasa nak share dekat blog ni.

Macam yang semua tahu, syurga ada 7 peringkat, and yang paling tinggi sekali namanya syurga Firdaus. Syurga Firdaus tu paling tinggi, dan jugak paling dekat dengan arasy Allah, sekali gus, paling dekat dengan Allah. Lepastu, kalau baca Quran, banyak ditekankan pasal sungai  bila describe pasal syurga. Anologinya, kalau pergi mandi air terjun, kalau kita pergi bahagian atas, kan tak ramai yang dah usik air tu, tapi kalau kita pergi dekat bawah, kita dapat air yang mengalir dari atas, yang dah ada orang mandi-mandi lah kan (tak campur lagi yang kencing masa mandi tu hahahaha). Jadi nak kata, bila kita dekat syurga Firdaus, air sungai yang mengalir tu datangnya direct dari Arasy Allah. Meanwhile, yang di syurga lebih bawah pula air sungai yang dah diusik oleh penghuni syurga tingkat yang lebih tinggi. Macam tu lah analoginya.

Lepastu, penghuni syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus tadi tu, dapat jenguk dan turun, macam jalan-jalan lah dekat syurga di bawah, tapi, penghuni syurga yang dekat bawah takkan dapat naik dan tengok macam mana rupa syurga yang lebih tinggi tingkatnya. Analoginya, kalau yang mampu menginap dekat hotel 5 bintang, mestilah mampu nak menginap hotel 2 bintang. Tapi yang mampu hotel 2 bintang, takkan dapat nikmat yang sama macam duduk hotel 5 bintang.

Jadi, kita sebagai hamba ni, bila berdoa, doalah agar kita ditempatkan di syurga Firdaus.

Sorry kalau cara aku cerita jadi tak menarik hahahahaha aku memang sumpah fail bab-bab bercerita ni 😂 Ini apa yang aku dapat dari sharing semalam, kalau ada salah tolong betulkan ya 😀

Semoga kita semua lebih bersemangat mengejar syurga!

Assalamualaikum 😊

Sometimes we all need a little reminder.

You May Also Like

7 comment(s)

  1. Terima kasih untuk pengisian, analogi memang jelas dan senang nakterima ._. fuh, moga kita dapat capai syurga yang tertinggi.

    I recommend you to read Rooftop Rant by Hlovate <3 (if u have time)

    ReplyDelete
  2. @faten.banana hehe thank you, Alhamdulillah lah dpt terima sebab rasa ayat macam berterabur huhu. Already did, and rooftop rant mmg my fav hlovate's novel heee

    ReplyDelete
  3. Thank you sis xD

    bila nak aim something aim for the best ye dok

    ReplyDelete
  4. selalu juga join iftar jam'ie masa duk kat kolej 😄 tapi, takda la main game macam tu. lepas solat terawih, ada tazkirah dari syeikh yg dijemput. tapi, best game yg korang main. game yg penuh muhasabah, penuh pengisian ilmu 😊 sy fhm apa yg zahi cerita tntg syurga & air terjun yg mengalir 😍 best sngt baca. jadi, teruslah kita mengatur kehidupan kita berpandukan AlQuran dan AsSunnah supaya dapat mencapai Syurga Firdaus, insyaAllah. ameeen 😉

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah, rinduunyaaaa usrah! :')
    Seronok sangat kan makan dalam dulang, suapkan kawan kawan, main game menarik dengan macam-macam pengisian bermakna. Rindu sangat suasana tu. Sangat tersentuh dengan jawapan pasal syurga tu. Tersirap darah baca, allahuakbar... Sama-sama kita beramal dan berazam untuk dapatkan syurga Allah yang paling tinggi darjatnya. InsyaAllah. Ameen, ameen ya Rabb! ♥♥♥

    ReplyDelete
  6. Nice sharing zahi ! Rindu pula nak iftar jamaie ramai2. hehee.

    ReplyDelete
  7. serius rinduuu. dah lama tak bukak puasa ramai ramai macam ni huhuhu

    ReplyDelete

Drop your comment here!