Throwback | A day out with Rodongs
Seoul Garden, Megamall, Kuantan | 01 Feb 2017 |
Setelah berhari-hari pasang niat nak share cerita, hari ni baru betul-betul determined nak post jugak pasal ni. Benda normal lah tu, nak update, isi title je, pastu hilang mood. Save. Dua hari kemudian, nak update, upload gambar, pastu tetiba rasa nak main dress-up game. Save. Dua hari kemudian, nak update, barulah start menaip dengan Assalamualaikum dan intro ntah pape yang korang baru je lepas baca ni 😅
Semoga post ini tak terkubur dalam draft. Amiin.
Sebelum kita go dengan lebih jauh, apa itu Rodong? Rodong ni loghat(?) orang Pahang yang bermaksud secara simplenya, kengkawan. Actually aku dengan kawan-kawan aku ni bagi nama squad kitorang RS-Radiant Sista lah kononnya. Tapi ada sorang kawan kitorang ni, Fakhrul, panggil kitorang Rodong Sekalian, dan akhirnya lekatlah nama tu. Sampai sekarang kitorang gelarkan diri kitorang Rodong je.
Okay, back to the story, setelah lebih kurang sebulan aku cuti sem, dua minggu sebelum cuti nak habis baru dapat lepak dan hang-out dengan Rodong Sekalianku sebab cuti aku tak sama dengan diorang. Diorang dah sem 2, aku baru cuti sem 1. Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah kami berkumpul pada suatu hari Rabu yang indah bersamaan dengan 1 Ferbruari 2017. Ada gaya pengacara majlis masa program sekolah tak? hahaha. Disebabkan diorang cuti mid sem seminggu maka dapatlah kitorang jumpa. Lama tau tak jumpa, last jumpa Naz dengan Syifa masa ambik result SPM. Kau ghaseeee? Memang rindu lah cerita dia!
So, memula kitorang plan nak pergi bandar naik rapid a.k.a kenderaan rasmi Rodong 😂 Tapi pagi tu, Naz kata dia pergi naik kereta dengan kakak dia and agak-agak muat tak nak sumbat kitorang 6 orang, termasuk kakak dia 7 orang dalam satu kereta Persona kalau tak silap. Kalau ikut logik akalnya memang tak muatlah, dua orang duduk depan, 5 orang dewasa duduk belakang. Nak kata semua badan kecik-kecik pun tak jugak, tapi, kemonlah, ni Rodong kot. Setakat lipat-lipat badan, selit-selit member celah ketiak ni perkara biasa, yang paling penting, nak naik kereta. Asal naik kereta, kuak lentang dalam kereta pun kami sanggup.
Maka pergilah kami ke bandar naik kereta kakak Naz, dalam keadaan yang kalau sardin dalam tin tengok, dia bersyukur sebab dia dapat duduk dalam tin.
Sampai je Megamall, keluar fulus dulu, then baru pi Seoul Garden. Niatnya nak makan sambil borak lah. Taknak tengok wayang, karok dan sebagainya sebab nanti kurang bercakap dengan each other. Kena paham, bila aku dah start menaip niatnya tu, maknanya benda tu hanya tinggal sekadar niat. Akhirnya kitorang lebih fokus makan daripada berborak 😂 Kes kebulur, konon simpan perut sebab ye lah, Seoul Garden kan, takkan bayar mahal-mahal nak makan dua suap je sebab dah kenyang. Dekat SG, 50% makan, 30% borak, 10% selfie + main IG Live, 10% kira duit. Kesnya hakak akauntan kita, Elly tersilap kira so duit tak cukup nak bagi balance untuk semua org. Lama gak ah tunggu krisis kewangan rodong tu selesai, sampai daripada dah kenyang, aku bukak balik steamboat tu sebab lapar semula, pening kira duit (walaupun aku tengok je, Elly yang kira 😝)
Then dekat Megamall kitorang pergi Mr. DIY, Popular, jalan-jalan window shopping sambil borak-borak. Sementara kitorang spend time together gether catching up tu, kakak Naz pergi tengok wayang sesorang #lifegoals.
Sangkaya, East Coast Mall | 01 Feb 2017 |
Lepastu, kitorang berhimpit lagi sekali, tapi kali ni rasa macam makin sempit, sebab baru lepas makan agaknya 😂 Gerak pergi ECM, tak jauh mana pun haa, 5 minit je dari Megamall tu. Dekat ECM ni kitorang tak buat apa sangat, pusing-pusing, singgah Sangkaya jap sebab Tika nak makan eskem. Ni memang betul Tika je yang makan, nampak tak dalam gambar tu ada satu je mangkuk aiskrim Sangkaya nya? Padahal bila masuk kemain meriah tarik-tarik kerusi nak duduk satu meja kecik tu 6 orang, sekali yang makannya sorang je. Bukan taknak aiskrim, gila ke Zahi taknak makan aiskrim?!?!!?! Masalahnya ialah, aiskrim tu Sangkaya, aku ni pulak Sangmiskin. Huhuhuhu. Target tahun ni nak start menabung, lagipun baru je lagi makan aiskrim dekat SG, maka, berjayalah kawal sikit nafsu tu.
Lek je, apa guna ada kawan kalau tak share makanan dengan kita kan? So aku pun makan aiskrim Tika 3-4 sudu. Kuikui. Mekasih Tika 💕
Lepastu, hmm pergi Daiso, jalan-jalan, pusing-pusing cuci mata, takdelah ramai sangat orang sebab hari Rabu kan, jeling-jeling je baju dengan kasut lawa-lawa, nak beli, tak mampu. Aku rasa sejak aku jadi student ni aku kedekut bab-bab baju, kasut sebab aku lebih pentingkan duit makan. Makan > being pretty. Jadi jangan tanya kenapa kalau aku masih single di tahun-tahun akan datang.
Then, berhimpit lagi sekali, and gerak balik rumah. Dalam kereta sempat lagi borak, membahan each other. Rindu semua tu. Dulu hari-hari jumpa, tu lah rutinnya. Bahan each other, gaduh-gaduh manja, ada gak gaduh-gaduh tak berapa nak manja, tapi biasalah, nama pun friendship. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula pipi. Pastu jadi ulser. Kerana ulser sebintik, rosak mood sebelanga. Ok takde kaitan please faham dah pukul 1 pagi ni masa aku menaip. Apapepun, gaduh-gaduh tu yang buat friendship ni stronger 💪 Kalau saya ada gurau-gurau kasar, jangan ambil hati ya, gurau je semua tu. Hehehehehe.
Alhamdulillah, dapat lepas rindu dengan Rodong walaupun tak puas. Ya lah, punya lama tak jumpa, mana boleh habis rindu dalam sehari tu je 😩 Tetiba rasa rindu balik dekat Rodong. Huwaaaa. Dahlah aku ni tercampak jauh di Melaka. Sobs. Apapepun, untuk rodong, thank you for another precious memory together. Study elok-elok, jangan have fun sangat tanpa saya. Huhuhu. 6 years and counting? 😘
Tu je untuk kali ni, such a long entry, though. Thank you for reading!
Assalamualaikum 😊
It has been harder than I thought it would be.
7 comment(s)
huaaaaa, bestnyaaaaa ._. bila makin besar, of course it would be harder lol ._. nakjumpa bukan main payah sebab cuti semua berbeza (me, especially) hayayaya, may Allah bless you guys, 6 years and more!
ReplyDelete@faten.banana amiin, thank you! :)
ReplyDeleteseronoknya keluar dengan rodong2 lama especially bila semua dah sibuk dengan hidup masing2 kan. :)
ReplyDelete"Sangmiskin" hahahahahahahhahahahhaha saya pun dah lama tak jumpa member sekolah. last jumpa pun waktu spm dulu
ReplyDeletedah lama tak hangout. sob sob
ReplyDeletetime ai cuti dorang tak time dorang cuti ai tak.
skrg, bila dah abis study mmg susah nak kumpul balik dgn geng kolej. last kumpul time convo. time convo, konvoi ke Padang Besar dgn family 😄
ReplyDeleteNasib baik memang faham rodong tu apa walaupun bukan orang Pahang! Hehehe... Teringinnyaaa sangkaya! Dah ada kat Perak, tapi tak tau bila nak pergi try. :D
ReplyDeleteDrop your comment here!