• Home
  • Cbox
  • Follow
  • Dashboard
Powered by Blogger.
twitter tumblr instagram pinterest facebook

𝙮𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙢𝙮 𝙚𝙘𝙝𝙤


Assalamualaikum and hiiiiiiiiii!
Rajin update? Hahahahaha don't even mention about it, tetiba je rasa nak mengarut di pagi yang indah ini. 

Representing all the single kpop fangirls out there, here are the reasons why you should date us, a kpop fan.

1. If we like you, we like you.
   
             Not sure if you guys know but if you don't know, I will let you know. Kpop fangirls have such high taste on man, NOT EVEN KIDDING. If you ask them to list what characteristics they would like their boyfriend to have, the list is endless. Must be tall (because most of idols and k-actors are), must have chocolate abs (because sexy af), must be cute but cool but hot but also daddy af but also have great humor at the same time (that kind of absurd character sometimes exist in kdrama) and as random as it sounds, must know how to play basketball or play guitar or a son of a super rich old man and has a brother as a competitor to inherit the wealth BECAUSE ALL GUYS IN KDRAMA WHO HAVE THAT ARE HANDSOME AF.

My point is, when kpop fans have such high taste in men, but they still choose to like you, then you're lucky because a person who sees all kind of cool guy in dramas actually likes an ordinary person like you?!?!?!?!?!?!?!?! What more do you want?

2. We can be very very very very very very cute
         
              We've spend our life watching kdramas and videos of boy and girl groups on internet, and there's this thing called aegyo or acting cute. We are all masters of every cute gesture ever exist in the world, and we can even make our voice sounds cute too! Not to mention we have witnessed numerous cute things that couple do in kdramas so of course, if you to become our boyfriend, we would like to try every single thing we watched with you.

Couple t-shirts, couple rings, couple items, annoyingly cute birthday surprise, cheer on you if you have sport games, not to mention just simply walk at a park with you will make us smile while kicking our legs on the air on the bed.

Cute right? 😉

3. You don't have to overthinking and stress yourself 

              If we don't reply, it's probably because we are busy live-streaming oppa's concert that we couldn't effort to go (hint: give us tickets as present plis) If we tweeted "OH MY GOF HE LOOKS SO HOT I'M DYINGRJDJSHHAJ" , it's probably Nam Joohyuk or Park Bogum or Lee Minho. Or if we suddenly smiled while looking at our phone in front of you, it's just an instagram notification, real__pcy posted a photo or allkpop is finally deactivating. Heh.

Oh, yes, one more thing. If we're not replying, that's probably means we're watching kdramas 😁

But if you're dating fangirl yet she still replies in less than 2 seconds, consider yourself lucky. We paused the drama for you!

4. WE'RE LOYAL AF MAN WHAT MORE DO YOU NEED

              Why do I say this? Because we don't have time to cheat. Even if we cheat, we go to oppar. We might switched from EXO to BTS to GOT7 faster than the light's speed but that's it. We only switched oppa but loyal af to you. We've seen many witch girls in kdramas and we hate them with passion that we swear we would never ever be like them, so we're all nice girls 😉

And like I say, we have high taste so it would be difficult for other man to impress us once we've like you 👌

5. No need to think much about birthday, anniversary gifts

               Kpop merchandises- albums, photobooks, lightstick, t-shirts, etc- official or not, as long as it relates to oppa, we'll be sooooooooo happy \^0^/ You could just buy a pair of socks with kpop group's logo on it, pretty sure we'll be crying happy tears. If you *cough* love us *cough* a free concert ticket would be nice too but yeah *cough* no pressure *cough*

But I guarantee that you'll see the most beautiful smile from your girlfriend if you got her a concert ticket as a gift. Isn't that matters the most when you're in a relationship? Making each other happy?

*hold my hands together and pray that my future boyfriend will read this*


It's 2:40 a.m now and I can't think of any more reasons atm but if I do, I will update this post! What are you waiting for? Go hunt single kpop fangirls at twitter now 😂 Though we might be hard-to-get, but trust me once you've got our attention, we'd love even tiny little things about you such as finding that mole beside your nose cute and have it as our wallpaper.

Thank you for reading my nonsense thoughts 😆

Assalamualaikum and have a good day ahead !

I'm not emo but CAN NAM JOOHYUK STOP LOOKING SO GOOD FOR A FUCKING SECOND?!???!?!?!??!?!
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)


Assalamualaikum and hiiiiiiiiiiiiiiii

Finally after 16526388 years i'm baaaaaack. ceh. Back from where exactly? Actually tak kemana pun ha ada yo berkeliaran di semua social media tapi ho lah, takde semangat dan motivasi nak update blog. Every time dah tulis satu post selalu sangat tak habis dan akhirnya berdebu dalam draft.

Blogger dah ada emoji ohemjiiii hahaha somel je.

So, last post aku pasal last gathering dengan classmates hahahahhaa bapak ah lapuk gila cerita. Lepas masuk u terus takde update pape mesti korang ingat university life aku bosan kan :'( u wish. macam-macam jadi actually tapi tak terkeluar menjadi cerita ok ayat skema awkward gila ni hmm.

Basically, U life was great. Jumpa kawan yang sekepala even though awal-awal dulu ada drama sikit tapi the true ones stay till the end. cewah. Masuk UTeM, you won't start sem 1 terus macam universiti lain- except for UMP, UTHM and others yg idk, kena start dengan sem khas or aku panggil sem kosong hahahah. Sem 0 belajar 3 subjek je untuk 3 bulan, kiranya sem ni macam preparation la untuk the real university life. Boleh la biasakan diri masa sem 0 ni. Ada U yang ada sem khas ni belajar basic subject course yang kau ambik tapi untuk aku kitorang belajar subjek wajib universiti yg takde kena mengena dengan course aku tapi still wajib amik so nanti degree boleh transfer kredit je. Faham? Tak faham takpe, saje nak cerita hahaha.

Then blaja blaja blaja final cuti sem sebulan, baru la masuk sem 1-

-when mostly orang lain dah final sem 1 tak pun dah cuti sem 😪

Start sem 1, baru lah belajar subject yang ada kena mengena dengan course aku. Aku ambik diploma IT(DIT) so jadi pakar IT lah hendaknya one day. /pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawaaaan playing in the background/ Dah semestinya aku takde cerita yang DIT @ UTeM ni pilihan ke 11 daripada 12 dalam UPU aku hahahaha. Tapi ni lah rezeki aku so kita ikut flow je lah kan. As long as not engineering, nek tobat dah nak belajar sains tak kira lah fizik ke kimia ke biologos nek tobattttttttt.

Tapi terlupa nak letak addmath dalam list tobat tu maka-

-huhuhu yo lah bila dapat tahu sem 1 ada belajar calculus.

-huhuhu jadi huuuuhuuuuhuuuu bila dalam calculus tu ada pulak pasal differentiation dengan integration. Dua tajuk ni ialah tajuk soalan yang aku tinggal masa paper addmath SPM dolu dolu 😂

Aside from Calculus, aku belajar Programming, Database, Computer Organization and Architecture, dengan Multimedia System.

Programming - haa memula susah then okay then susah balik hmm. Memula macam dah yakin okay, inilah pilihan aku, ini lah kerjaya aku akan datang!!!!!! Lepastu.................. lepu /insert emoji daun berguguran/ Actually start lepu lepas aku ada tak datang satu kelas JE, then susah dah nak pickup. Ye la member ajar mana nak sama dengan lecturer ajar. Kesimpulannya. jangan ponteng kelas, kelak badan binasa.

Database- ni subjek den x berapa gomar sebenarnya sebab aku tak suka system yg organized ni maleh aku nak fikir. hahaha. Even ada coding pun coding dia fixed- tak macam programming yang nama boleh bagi suka hati and bentuk code pun boleh tukar-tukar. Tapi!!!! Ni lah subjek yang biasanya aku perform time kuiz or lab test kalau nak dibandingkan dengan yang lain 😂 Tapi aku tak minat. Tapi aku perform. So??!!?!?!?!?!?!?!

COA- ni subjek fav sebab lecturer comel and inspiring. En Erman tu selalu cerita macam mana dia dulu student beshe beshe je, yang takde basic IT pun, tapi Alhamdulillah berkat usaha dia dapat jadi lecturer IT. Dah la comel, baik pulak tu!! Anddddd dia suka kucing!! So of course la aku suka kan. Tapi!!!!! Subjek ni lah paling susah nak perform 😂 Aku tak tahu la asal complicated sangat computer ni yang susah gilo nak faham.

Multimedia System- ni pulak, aku minat je sebab ada kena mengena dengan multimedia- photoshop, illustrator, animation, audio, video bagai. Memang best la, tapi theoretically nya aku songih yo la 😅 Ini pun complicated jugak dia punya theory, and toksah cerita la time lecture bosan gila 😪 Aku rasa ramai pegi lecture pun sebab nak jaga hati lecturer je 😂🔫

Calculus- addmath season 2

And now tengah study week seminggu then final. Nak tambah sikit cerita kitorang punya assignment Multimedia tu due date hari jumaat lepas, pukul 5 petang. Hari jumat tu jugak baru nak buat and hantar pukul 4:56 p.m 😂😂 Jangan tiru aksi ini di mana jua anda berada. Huuuuu.

Sebenarnya tadi plan nak sembang pasal benda lain tapi ini lah hasilnya so-

-redha je lah. Korang dah sampai penghujung entry dah pun 😛

2016 dah nak sampai hujungnya so maybe next post is 2016 appreciation post, kalau takde, haa tunggu lah study week sem 2 pulak baru aku update 😂

Assalamualaikum 😊

when will i stop worrying about a guy smh
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)



Assalamualaikum :D
Huwarghhhh so harini dah 23 May. Biasalah aku memang forever intro dengan bagitahu tarikh. Hahaha. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru kelmarin sengih-sengih tunggu bila nak habis paper 3 bio masa dalam dewan. Rasa macam baru semalam ketaq ketaq lutut nak ambik result. Tetiba dah nak habis dah masa relax-relax dekat rumah TT Aku cakap ni bukan sebab apa, sebab aku dah nak kena daftar u 30 hb ni ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ i'm not ready yet laaaaaaa ㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠ

          Bukan pasal daftar u yang aku nak cerita. Bukan jugak pasal daftar i. Haha k hambar. Semalam, tetiba je dak kelas, Hidayati aka Dayat ajak lepak sama dekat kfc. Konon macam last kumpul la sebelum semua bawak haluan hidup masing-masing. Dan ada lah berapa kerat je respon. Biasalah, budak kelas aku ukhwah tak utuh mana. Macam berpuak pum ade gak? Tak gaduh, tapi tak jugak rapat. budak lelaki memang takde hal, on je. Budak perempuan tu.. suruh bagi respon nak pergi ke tak pun payoh. Eh lah. Susah betei dapat classmates gini. Ada lah 3 orang budak perempuan termasuk aku yang on je. Aku rasa macam.. takpe lah tak ramai pun, janji yg pergi tu kira yang boleh gila-gila lah jugak. Yang memang ada rasa semangat setiakawan  sikit sanggup nak jumpa kawan lain sebelum sambung belajar. Huhuhuhu. /ayat perli ni huhuhuhu/

         Maka, berkumpul lah kami dekat kfc tu. Memula aku sorang je perempuan sampai. Nasib baik aku rapat gak dengan dak lelaki. Lepak lah kejap sebelum Fatin pun sampai. Lepastu masuk lah kfc. Okay. Takde motif aku nak cerita pasal ni sebenarnya. Aku just nak cerita, dulu jumpa classmates, takde topik lain. Pasal homework, pasal kelas tambahan, pasal cikgu... tadi jumpa, tanya sambung mana? Masuk bila? And all the "goodluck"s and "all the best" wishes got me like... wow, suddenly it feels so real. Aku dah nak berpisah dengan diorang semua ni :( lepasni jumpa classmates baru, takde dah menghadap muka seposen si Aidil tu setiap kali toleh sebelah. Takde dah nak membahan Syahmi dalam kelas. Takde dah nak gelak tak cukup nafas dengan lawak si Fako tu. Pastu takde dah nak gaduh-gaduh childish dengan Arshad. Yang empat orang ni memang aku rapat la sebab dua tahun drama sama-sama, kecuali arshad, setahun je berdrama dengan dia, tapi still rapat jugak. Walaupun diorang kepala tak berapa nak betul, susah nak cari kawan macam diorang. Tak berkira bila mintak tolong, and respect budak perempuan. Memang eeeee rasa nak angkut semua bawak pi Melaka ㅠㅠㅠㅠ

          Yang perempuan pulak, sebab tadi ada Dayat dengan Fatin je, lepasni takde dah lah aku nak terkebil-kebil tak faham Dayat cakap apa. Takde jugak lah aku buat-buat gelak bila dah lost sangat dengan ape dayat cakap. Hahaha. Takde jugak teman ketua pengawas perempuan tu haa round satu sekolah menjalankan tugas dia. Rindu gok rasa nanti nak dengar dayat punya evil laugh. Fatin pulak walaupun selama ni aku macam annoyed dengan dia, tapi at least dia kalau takde dia, tak meriah pulak kelas aku tu. walaupun tak satu kepala, no hard feelings involved. Biasalah dalam kelas mesti ada yg biasanya bantah-bantah keputusan, yang suka pertikaikan kan. Hahaha. Takde dah lepasni nak tengok drama sebabak fako dengan fatin. Lahai. Walaupun nanti ada jugak kawan baru perangai macam tu, mana nak sama dengan diorang yang aku dah kenal duduk sekelas 4 tahun tuuu ㅠㅠㅠㅠㅠ

         Sedihnya lah. Semua dah nak berpisah dah. And sampai nak berpisah ni pun, ada lagi yang tak sporting nak kumpul sama-sama :(

Lagi terasa masa tu cepat berlalu bila Faiz yang dulu kemain cedih bila dia nak masuk mrsm, harini dah daftar u dah?????!?!?!??!?!?! How time flies ㅠㅠㅠㅠㅠ

Aku tau, aku dapat agak, dari sekolah rendah lagi aku tahu mesti sedih kalau dah habis sekolah nanti. Budak lain semua nak cepat besar. Aku pulak tak nak jadi besar. Hahaha. Tapi walaupun dah tahu, sekarang tetap rasa berat hati. Nanti dah masuk u sayang pulak nak tinggalkan u kot? Hahaha. It's part of life; to meet and to part ways. Semoga ada yang lebih baik menanti kita. Huhuhuhuhuhu.

Dihnyaaaaaa. Belum cerita pasal rodong lagi ㅠㅠㅠㅠㅠ
all the best untuk semua. Sayang korang muah muah letup letups gitew.
Bye :'(
Assalamualaikum

Baru terasa sayang dekat classmates hahahaha 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comment(s)

Assalamualaikum :)
Yuhuuuuu. Okay macam yang aku dah cerita entry lepas lepas, ada kan aku cakap aku pergi interview course masscomm ni dekat UiTM Jengka. And aku nak post lepas dapat result UPU. Nak tengok dulu dapat ke tak. Baru lah boleh konpiden sikit nak menghapdet, Cewah. So result UPU dah keluar semalam, dan hasilnya.... jeng jeng jeng *drumroll*

Aku fail interview haritu. HAHAHAHHAHAHAHA.

Tapi Alhamdulillah, aku masih ada rezeki dapat sambung belajar dekat tempat lain, course lain. Hmm takde jodoh gamoknya aku dengan masscomm. Tapi, sebagai orang yang fail temuduga (asal cam bangga je fail? hahaha), aku nak share lah sikit point-point, apa yang aku rasa aku silap masa temuduga tu dan jugak tips-tips yang aku rasa berguna untuk korang, so sesiapa yang bakal menghadapi temuduga ni boleh elakkan dari buat kesilapan yang sama. Elakkan, tau. Jangan ko buat silap sama lepastu kata hakak ajar ajaran sesat pulak. Walaubagaimanapun, walaupun ko dah elak apa hakak buat ni, hakak tak jamin 100% ko akan lulus. Ikut pada rejeki masing-masing okay.

1. Make sure ikut arahan pihak UiTM.
    In my case, pihak penemuduga tu dah pesan, susun awal-awal dokumen ikut susunan yang dia tetapkan. Dalam bilik menunggu tu dah ada tulis, dia nak susunan macam mana. IC sape dulu kena letak, lepastu diikuti dengan apa, apa dan apa. Bagi perhatian dekat benda tu. Masa hakak dulu, hakak over confident dan bajet macam ok jap lagi ambik IC dari purse, tetiba sebab cuak dan nervous, terlupa nak ambik bawak masuk dalam bilik temuduga. Bukannya tak boleh pergi bilik menunggu and ambik IC tu, boleh eh takde pun fail sebab macam tu. Cuma, first impression rosak la sikit dah kalau cuai tu. Berbuih mulut orang tu pesan susun gini gini gitu gitu, eh ko terlupa pulak. Lepastu dah cacat la sikit sesi temuduga tu sebab ko kena gi ambik pulak IC tu, buat penemuduga tu tunggu pulak. Adehdehdeh. Jangan buat camni tauuuu.

2. Introduction diri kena menarik 
    Ini... aku rasa so that penemuduga tu boleh tahu extra point pasal personality korang. Contohnya, bagitahu hobi korang apa. Contohnya, aku cakap haritu hobi aku membaca. Jadi penemuduga tu pun carry on tanya buku apa aku suka baca, hobi apa lagi selain tu. Bila kita start cakap pasal diri sendiri-or benda kita minat ni, automatically kita rasa relaxed sikit lah. Kurang sikit nervousnya tu. Especially kalau penemuduga tu took interest in apa kita cakap. Mana tahu dia boleh relate dengan hobi korang contohnya korang suka memancing ke, berkhemah ke, build a snowman ke kan, manalah tahu sama dengan hobi penemuduga tu. hahaha. so first impression baik sikit lah. Sebab penemuduga ni tak kena and tak tahu pun pasal ko selain daripada maklumat yg dia dapat daripada permohona UPU korang tu. Make sure to leave an impact and impress the interviewer.

3. Buat research pasal masscomm
    Jangan gumbira and relaxed sangat kalau baca pengalaman orang lain kena menyanyi ke berjoget ke buat backflip ke masa interview and tuptup dapat masscomm. Jangan ambil mudah. Itu rezeki dia dapat interviewer sporting dan gila-gila, kalau ko dapat interviewer skema yang lebih lurus daripada pipet buret, ko nak jawab apa kalau dia tanya soalan fakta? Aku tak tahu sejauh mana boleh guna cara "jujur je kalau tak tahu" sebab kalau antara 70 orang yang pergi interview tu, ko sorang je yang tak tahu, macam mana? so kaji, buat research kalau ko betul-betul nak lulus interview. Jangan hanya stuck to masscomm peringkat universiti ni je, kena tahu jugak yang berkaitan dengan kerjaya lepas ni. Contoh aku haritu, aku kata aku nak jadi journalist (walaupun aku baru ambik tahu pasal journalism sehari sebelum tu lol). Tetiba interviewer tu tanya, okay, apa yang awak tahu pasal kebebasan akhbar? HAAAAAA? Melopong mulut aku ahhahaha. Kalau rasa banyak sangat kau nak kena kaji sebab masscomm ni banyak bidang, tetapkan awal-awal ko nak jadi apa bila major dalam masscomm ni, and bagitahu lah masa introduction tu apa cita-cita kau. Jadi, ko buat research yang berkaitan je sebab interviewer tu pun insyaAllah akan test apa yg kau tahu pasal kerjaya yang kau nak jadi tu. Takyah cuak sangat, pilih je salah satu kerjaya. Kalau ko tukar cita-cita dari nak jadi journalist kepada tetiba rasa macam nak jadi pelakon drama slot akasia pun, takde sape kisah hahaha.

4. Confident itu penting ya anak-anak
    Ini, aku rasa antara sebab musabab aku fail interview. Sebab aku cuak soalan kebebasan akhbar yang membunuh itu, aku jadi tak confident terus. Ko tengok tak drama DOTS yang Song Joongki berlakon tu? Kan ada scene gempa bumi kan. pastu kan ada scene menara dia tu runtuh kan? Macam tu lah runtuhnya confident aku. Haaa.. Cuma bezanya, takde Song Joongki nak selamatkan aku sobz. hahaha okay mengarut. Disebabkan jawab in full english, dah lah cuak dengan tak tahu nak jawab ape, kena hentam taram dalam bahasa inggeris pulak tu. Ah sudah.... Elakkan guna perkataan "maybe" dalam ayat ko. Satu perkataan tu pun dah menunjukkan ko tak pasti dengan pebenda ko jawab. Lepastu, bila kemukakan pendapat, jangan guna "I think..." , tapi guna "I believe..." sebab sounds more convincing kan? walaupun hakikatnya ko baru tahu info tu 5 minit sebelum interview, guna je "I believe..." sebab acah macam "Saya ni sejak ovum dan sperma ibu dan bapa saya bersatu lagi saya dah pasti saya nak ambil course masscomm dekat UiTM sekiansekian dan saya percaya bahawa ini ialah yang terbaik untuk saya, masyarakat, bangsa, agama dan negara Malaysia yang tercinta dan saya yakin seyakin yakinnya bahawa pendapat saya ni tepat dan benar". Secara ringkasnya, nampak macam kau berminat dan betul-betul confident dengan pendapat kau. Cemtu......

5. Baca ayat 1000 dinar sebelum interview
    Ni, tips dari akak aku. Dia kata, baca banyak-banyak ayat ni, insyaAllah interviewer tu lembut hati. Kalau ko tak hafal, takyah la kalut-kalut, gugel je. hahaha. Baca selawat, doa banyak-banyak, insyaAllah dipermudahkan urusan. In the end, pusing lah kot mana pun, Dia jugak yang tentukan segalanya. Jangan riak berlagak mentang-mentang hafal segala jenis nama menteri nama dekan nama prof nama segala pengertian dari segi bahasa dan istilah pasal masscomm, ko over-confident sampai lupa nak minta pada dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki. Lepas interview pun, jangan putus doa. Lulus interview pun, doa jugak lagi supaya ni yang terbaik. Fail interview pun, doa jugak lagi semoga akan ada yang lebih baik :)


Hmm... Itu je aku dapat ingat sekarang. Almaklumlah, interviewnya pun dah hampir sebulan lepas dah pun. Ini je lah aku harap dapat membantu kalau korang pun dapat tawaran temuduga course ni. Pasal ujian bertulis, dekat blog orang lain ada share and soalannya memang sama sebijik. Cuma kalau datang lewat sikit pihak UiTM boleh tolak ansur, bagi masa lebih. And kalau sijil-sijil, surat beranak tu tak disahkan lagi, pihak UiTM boleh tolong jugak. And make sure bawaklah dokumen asal, contohnya surat beranak mak ayah, tu bawak lah yang asal especially kalau korang belum sahkan salinan. Kalau dah sahkan pun, bawak je. Better safe than sorry. Lastly, kalau rasa nama ko Syarifah ke, Syed ke, yang hujung-hujung dalam senarai nama tu, makanlah awal-awal sebab lama nokharom interview nya. Tahan lapar lagi, sejuk lagi. Fuhh. Nanti dah lah nervous, cuak dan segala macam perasaan lah ko rasa nanti. Kang tak pasal-pasal pulak fengsan dekat situ.

Haaa ni serius, tu je. aku dah sakit pinggang dah duduk sambil menaip ni. Dengan borang nak daftar u ni complcated gila. Stress pulak aku rasa. Sape kenal doraemon boleh lah bagi number dia dekat aku. Aku nak tumpang mesin masa dia, nak jadi budak tadika balik. Huwaaaaa.

Ok, sekian terima kasih. hewhew.
Assalamualaikum :)

May Allah ease everything 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comment(s)


Assalamualaikum :D
let's just skip intro since i suck at it...

        Okay so harini batch 98 kena troll. Kononnya result UPU keluar hari ni, tapi rupanya 16 Mei *ugly sobbing* Yang troll tu satu hal, yang twt_upu harini baru muncul tu satu hal, yang satu batch pun tak check betul ke tak pun satu hal jugak. Alahai kelakar betei. Apape pun, kita tunggu je lah kan ape resultnya. On the bright side, ada masa lagi untuk kita doa, mintak banyak-banyak pada Dia agar ada rezeki kita. semalam, bila aku sedar ada sehari je lagi sebelum result upu keluar (kononnya), aku rasa cuak gila sebab macam tak cukup je usaha aku mintak dari Allah. So bila ada masa ni, marilah kita memanfaatkan sebaik mungkin. Hehe.

         Oh ya, 23 April yang lepas, (perlu lah ayat skema?) aku ada pergi interview untuk course mass comm dekat UiTM Jengka. And sebenarnya aku ada jugak niat nak update blog pasal pengalaman interview aku tu. Aku paham la kan perasaan bila dapat tahu kena interview tu memang akan automatik nak tahu experience orang lain. So aku pun dengan rendah hatinya nak jugak tolong batch akan datang kan. Tapi aku segan sebab tak confident dapat ke tak. Oleh itu, aku pun ingat nak tunggu lepas dapat result UPU lah baru update. So bajet macam haa harini boleh dah lah update blog. Sekali.... kena tipu! Hahahhahaha. Tunggu lah next week pulak baru aku update. Dapat ke tak dapat, insyaAllah aku update jugak. Kalau dapat, boleh share pengalaman dengan orang lain, kalau tak dapat, mungkin boleh bg nasihat apa yg patut avoid. Tak giteww??

Cewah. Kemain lagi zahi le ni.

Ok lah tu je aku nak hapdet. Byeee.
Assalamualaikum :)

Can we go back to the time where we were just a normal friend? :(
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)


Assalamualaikum :)
Waktu Malaysia 01:54 a.m, lampu bilik off, ruang tamu off, semua dalam rumah ni dah tidur (kecuali kucing sekalian), kipas bukak nombor 4, battery 59%, and aku sekarang nak membebel.

Pernah tak bila kawan korang post something sedih-sedih, touching, sentap level terox lagi dari tarbiah sentap, pasal friendship, and korang terasa?

Kalau tak terasa maknanya korang tak anggap dia kawan la tu.

Ini nak kata random, tak jugak. Memang ada yang triggering sampai rasa nak post entry. Sebab dah banyak kali kena kot and dah banyak kali pejam mata buat tak nampak. Bila kawan update macam tu, tbh, tak marah, sedih je. Hawauhawau.

         Aku tak tahu nak mula dari mana. hmm. Ok lah, firstly, sebagai kawan, aku mintak maaf kalau ada yang kurang. Mintak maaf kalau ada masa terlepas pandang or pandang tapi buat-buat tak pandang bila korang ada masalah. Mungkin sebab aku ingat semua orang macam aku? Aku tak suka share problem dengan orang. Aku rasa macam....... eh tak suka lah. Hahaha. sebab aku ni ego tinggi orangnya jadi aku tak suka orang rasa kesian dekat aku. Lagipun aku ni jenis sekejap je marah, kejap je sedih pe semua ni. Tak semua orang macam aku kot? Haha ampun maaf ya. Kalau orang tanya aku kenapa pun aku payah nak jawab. Eh, kenapa cerita pasal aku pulak ni?

Jadi, pada aku, aku tak buat something yang aku rasa aku tak suka kalau orang buat kat aku. Haa camtu. Kalau orang paksa aku cerita ke, tanya banyak-banyak kali, aku rimas. Aku taknak orang lain rasa macam tu bila aku buat benda yang sama. Jauh dalam hati aku risau. kalau aku tak tanya direct dekat tuan punya badan aku tanya dekat orang yang mungkin tahu. Cuma, ye lah, manusia kan. Kadang-kadang tu ada jugak rasa malas nak kisah.

          Secondly, dalam pada kita rasa 'takde orang kisah pasal aku' ni, berapa banyak effort kita pulak untuk share apa kita rasa? Kalau kita sendiri sorok perasaan sebenar kita, sedih ke, marah ke, terasa ke, celah mana yang kita boleh expect orang lain nak tahu? Friends are no superheroes or pakar psikologi lah. Takde super power yang boleh analisis disebalik emoji sengih gelak menari tu sebenarnya tuan punya diri tengah sedih menangis terduduk tepi bucu katil.

Bila bab macam ni, aku rasa dah masalah kau sendiri, sejauh mana kau percaya, yakin dengan keikhlasan kawan-kawan kau. Kalau rasa you need someone, bagitahu. Jangan pernah rasa, "eh diorang nak tolong ke kalau aku bagitahu?" , "bagitahu pun kang dapat bluetick je", "bagitahu kang ingat main-main pulak". Tak, kalau kau betul rasa dia kawan kau, dan kau percaya dia pun anggap kau kawan dia, kawan tu akan automatically jadi orang yang kau cari waktu susah senang. Bukan pendam sorang-sorang. Kalau macam tu, apa makna kawan pada kau? Macam mana kau fikir diorang cuma ada waktu kau senang, macam tu lah jugak kau sebenarnya hanya cari diorang bila kau senang .

          Lastly, sebanyak mana kau betul-betul ada masa kawan kau susah? Yakin ke masa susah yang kau ada dengan kawan kau tu, dah betul-betul masa susah dia? Entah-entah, dia pun ada masalah lagi besar dia sorok? Kau pernah tanya? Pernah ambik tahu tak?

Friendship ni macam relationship jugak. Effort kena ada.

Everything requires effort, and bak kata quote fav kawan aku, "efforts will never betray you".

         Aku pun tak sempurna sebagai kawan. Aku ni lagi lah, kadang-kadang kawan aku bercerita pun aku tak kenal sape diorang cakapkan tu. Punyalah tak ambik tahu. Hahaha. Disebabkan tu, aku pun tak expect lah diorang ambik tahu pasal aku. Kalau aku ambik tahu sekali pun, aku tak expect jugak diorang ambik tahu sebab expectations will lead to dissapointment. Haa, mungkin sebab jadi rasa macam 'tak ada orang kisah' ni sebab expectation tinggi sangat kot?

Mintak maaf la kalau ada yg terasa jugak tapi aku taip ni pun sambil reflect pada diri aku sendiri. Jujur cakap aku pun jarang tanya pasal problem kawan aku sebab aku ni tak reti nak comfort orang. Huhuhuhu. Buat lawak bodoh dengan pickup line aku reti la hahahaha.

Apapepun, aku nak tido 😂
Bye, Assalamualaikum.

I'm always here. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)


HELLO hello hello hello hello *bunyi echo*
Eh lupa, assalamualaikum :)
Dah lama jugak rasanya tak bukak blog. Jap, bukak tu ada tapi tak update. Last bukak aku tukar layout blog. Heeee lawo tak? Gigih giguh jugak lah mencari segala yang ada kaitan dengan alien. Dahlah masa buat header tu 'alientomato' jadi 'alientomati'. Dah save dah nak guna baru perasan. Kenalah buat semula. Fuhhh *peluh mereciksss*

      So....... aku masih lagi penganggur berdedikasi, berbakti demi katil dan meja makan. Ye lah kalau takde sape nak tidoq atas katil tu, kesian pulak katil tu tak berguna kan? Kalau takde orang duduk dekat meja makan tu, nanti dia terasa macam takde function pulak kan? Jadi aku berbakti je lah. Ngehngeh. Plan nak ambik lesen tapi tak ambik ambik. Lesen ni pun, tak boleh ke ambik diri sendiri? Hish. Berdikari lah sikit. Sampai bila nak mengada ni, haa lesen?

K mengarut.

      Selain daripada itu, haa tahu je lah result espiyem dah keluar 3 Mac lepas. Alhamdulillah result aku, nak kata cemerlang sangat tu tak jugak, nak kata teruk sangat tu tak jugak. Average lah kot. Memula cuak jugak pastu mama abah pun puas hati dengan result tu, Alhamdulillah lah. Heeee. Nak sambung apa tu aku still dalam dilema sebenar benarnya. Sampai sekarang aku tak send lagi permohonan upu tu. padahal boleh je kemas kini kalau dah send. Hahaha. Pelik betul aku ni.

       Aku risau sikit pasal biasiswa ni. Sebab aku ni memang confirm, 100% yakin takmo sambung bidang sains. Scholarship pulak banyak nak tanggung bidang sains or account. Ye lah, dah kalau Maybank, Tenaga Nasional, buat apa nak tanggung budak TESL ye dak? Hahaha. Aku sikiiiiiit je lagi nak muntah hijau bila duk research pasal scholarship pe semua tu. Lagi fening tengok course apa yang biasiswa tu nak tanggung. Rasa nak fengsan tengok syarat kelayakan. Masa depan je kot ape ni serius-serius, syarat ketat sangat ni? Hahahahahaa. Lek lek gurau je. Susah-susah sangat, aku jadi fangirl sepenuh masa je lah. huhuhuhu.

       Apape pun, doa je lah kan? Rezeki tu kalau Allah dah tetapkan untuk kita, tak ke mananya kan? Kalau takde rezeki untuk A, mungkin rezeki kita untuk B. Yang penting jangan stop doa, jangan stop mintak pertolongan Dia. sekian sahaja tazkirah untuk hari ini. Cewah. So agak-agak, what is our next fate??? 

Byeee Assalamualaikum :D

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya pun terkena Song Joongki syndrome uhuk uhuk
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)




No matter what happens in life, remember this :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comment(s)
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


Zahi | 23 | Pahang

Personal & random things.

Contact me at znurulzahidah@gmail.com

Music

"Although it's a little late, would you listen to me?"

Follow Us

  • twitter
  • Instagram
  • tumblr
  • pinterest
  • facebook

Followers

recent posts

Popular Posts

  • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
    Assalamualaikum! I mentioned in my previous post that I am currently watching a kdrama entitled When the Weather is Fine . I just fini...
  • Experience | Temuduga Masscomm @ UiTM
    Assalamualaikum :) Yuhuuuuu. Okay macam yang aku dah cerita entry lepas lepas, ada kan aku cakap aku pergi interview course masscomm ni ...
  • Random | 9 Mei, tarikh bersejarah
    Assalamualaikum :D let's just skip intro since i suck at it...         Okay so harini batch 98 kena troll. Kononnya result UPU ...
  • Personal | Classmates
    Assalamualaikum :D Huwarghhhh so harini dah 23 May. Biasalah aku memang forever intro dengan bagitahu tarikh. Hahaha. Cepatnya ma...
  • RMO day-???
    Assalamualaikum guys! You guys can probably guess why I'm here. Dah bosan sangat habis segala social media scroll, barulah nak ter...

Categories

Ahgase Appreciation Post Article Blog Bullet Journal Cuteness D.I.Y Experience Extras Friends Haul Ideas K-drama Memories MOVIE Personal Random Rants Reminder Review Story time Student life The weird side of me Tips

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  April (2)
  • ►  2019 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ▼  2016 (8)
    • ▼  December (2)
      • Random | Reasons why you should date a kpop fan
      • Personal | comeback
    • ►  May (3)
      • Personal | Classmates
      • Experience | Temuduga Masscomm @ UiTM
      • Random | 9 Mei, tarikh bersejarah
    • ►  March (2)
      • Rants | Friendship
      • Rants | WIN: What Is Next?
    • ►  January (1)
      • You're not helpless
  • ►  2015 (2)
    • ►  December (2)

My Blog List

  • Amelynn
  • Faten
  • A Dream Enthusiast
  • WANASEOBY
  • AMERZING
  • Athirah
  • Syara

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates