Rants | WIN: What Is Next?

by - 3:56 PM



HELLO hello hello hello hello *bunyi echo*
Eh lupa, assalamualaikum :)
Dah lama jugak rasanya tak bukak blog. Jap, bukak tu ada tapi tak update. Last bukak aku tukar layout blog. Heeee lawo tak? Gigih giguh jugak lah mencari segala yang ada kaitan dengan alien. Dahlah masa buat header tu 'alientomato' jadi 'alientomati'. Dah save dah nak guna baru perasan. Kenalah buat semula. Fuhhh *peluh mereciksss*

      So....... aku masih lagi penganggur berdedikasi, berbakti demi katil dan meja makan. Ye lah kalau takde sape nak tidoq atas katil tu, kesian pulak katil tu tak berguna kan? Kalau takde orang duduk dekat meja makan tu, nanti dia terasa macam takde function pulak kan? Jadi aku berbakti je lah. Ngehngeh. Plan nak ambik lesen tapi tak ambik ambik. Lesen ni pun, tak boleh ke ambik diri sendiri? Hish. Berdikari lah sikit. Sampai bila nak mengada ni, haa lesen?

K mengarut.

      Selain daripada itu, haa tahu je lah result espiyem dah keluar 3 Mac lepas. Alhamdulillah result aku, nak kata cemerlang sangat tu tak jugak, nak kata teruk sangat tu tak jugak. Average lah kot. Memula cuak jugak pastu mama abah pun puas hati dengan result tu, Alhamdulillah lah. Heeee. Nak sambung apa tu aku still dalam dilema sebenar benarnya. Sampai sekarang aku tak send lagi permohonan upu tu. padahal boleh je kemas kini kalau dah send. Hahaha. Pelik betul aku ni.

       Aku risau sikit pasal biasiswa ni. Sebab aku ni memang confirm, 100% yakin takmo sambung bidang sains. Scholarship pulak banyak nak tanggung bidang sains or account. Ye lah, dah kalau Maybank, Tenaga Nasional, buat apa nak tanggung budak TESL ye dak? Hahaha. Aku sikiiiiiit je lagi nak muntah hijau bila duk research pasal scholarship pe semua tu. Lagi fening tengok course apa yang biasiswa tu nak tanggung. Rasa nak fengsan tengok syarat kelayakan. Masa depan je kot ape ni serius-serius, syarat ketat sangat ni? Hahahahahaa. Lek lek gurau je. Susah-susah sangat, aku jadi fangirl sepenuh masa je lah. huhuhuhu.

       Apape pun, doa je lah kan? Rezeki tu kalau Allah dah tetapkan untuk kita, tak ke mananya kan? Kalau takde rezeki untuk A, mungkin rezeki kita untuk B. Yang penting jangan stop doa, jangan stop mintak pertolongan Dia. sekian sahaja tazkirah untuk hari ini. Cewah. So agak-agak, what is our next fate??? 

Byeee Assalamualaikum :D

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya pun terkena Song Joongki syndrome uhuk uhuk

You May Also Like

0 comment(s)

Drop your comment here!