notyouralien
home TWITTER INSTAGRAM TUMBLR follow DASH

Personal | Classmates
1 Cutiepie(s) | May 23, 2016 6:46 AM





Assalamualaikum :D
Huwarghhhh so harini dah 23 May. Biasalah aku memang forever intro dengan bagitahu tarikh. Hahaha. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru kelmarin sengih-sengih tunggu bila nak habis paper 3 bio masa dalam dewan. Rasa macam baru semalam ketaq ketaq lutut nak ambik result. Tetiba dah nak habis dah masa relax-relax dekat rumah TT Aku cakap ni bukan sebab apa, sebab aku dah nak kena daftar u 30 hb ni ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ i'm not ready yet laaaaaaa ㅠㅠㅠㅠㅠㅠㅠ

          Bukan pasal daftar u yang aku nak cerita. Bukan jugak pasal daftar i. Haha k hambar. Semalam, tetiba je dak kelas, Hidayati aka Dayat ajak lepak sama dekat kfc. Konon macam last kumpul la sebelum semua bawak haluan hidup masing-masing. Dan ada lah berapa kerat je respon. Biasalah, budak kelas aku ukhwah tak utuh mana. Macam berpuak pum ade gak? Tak gaduh, tapi tak jugak rapat. budak lelaki memang takde hal, on je. Budak perempuan tu.. suruh bagi respon nak pergi ke tak pun payoh. Eh lah. Susah betei dapat classmates gini. Ada lah 3 orang budak perempuan termasuk aku yang on je. Aku rasa macam.. takpe lah tak ramai pun, janji yg pergi tu kira yang boleh gila-gila lah jugak. Yang memang ada rasa semangat setiakawan  sikit sanggup nak jumpa kawan lain sebelum sambung belajar. Huhuhuhu. /ayat perli ni huhuhuhu/

         Maka, berkumpul lah kami dekat kfc tu. Memula aku sorang je perempuan sampai. Nasib baik aku rapat gak dengan dak lelaki. Lepak lah kejap sebelum Fatin pun sampai. Lepastu masuk lah kfc. Okay. Takde motif aku nak cerita pasal ni sebenarnya. Aku just nak cerita, dulu jumpa classmates, takde topik lain. Pasal homework, pasal kelas tambahan, pasal cikgu... tadi jumpa, tanya sambung mana? Masuk bila? And all the "goodluck"s and "all the best" wishes got me like... wow, suddenly it feels so real. Aku dah nak berpisah dengan diorang semua ni :( lepasni jumpa classmates baru, takde dah menghadap muka seposen si Aidil tu setiap kali toleh sebelah. Takde dah nak membahan Syahmi dalam kelas. Takde dah nak gelak tak cukup nafas dengan lawak si Fako tu. Pastu takde dah nak gaduh-gaduh childish dengan Arshad. Yang empat orang ni memang aku rapat la sebab dua tahun drama sama-sama, kecuali arshad, setahun je berdrama dengan dia, tapi still rapat jugak. Walaupun diorang kepala tak berapa nak betul, susah nak cari kawan macam diorang. Tak berkira bila mintak tolong, and respect budak perempuan. Memang eeeee rasa nak angkut semua bawak pi Melaka ㅠㅠㅠㅠ

          Yang perempuan pulak, sebab tadi ada Dayat dengan Fatin je, lepasni takde dah lah aku nak terkebil-kebil tak faham Dayat cakap apa. Takde jugak lah aku buat-buat gelak bila dah lost sangat dengan ape dayat cakap. Hahaha. Takde jugak teman ketua pengawas perempuan tu haa round satu sekolah menjalankan tugas dia. Rindu gok rasa nanti nak dengar dayat punya evil laugh. Fatin pulak walaupun selama ni aku macam annoyed dengan dia, tapi at least dia kalau takde dia, tak meriah pulak kelas aku tu. walaupun tak satu kepala, no hard feelings involved. Biasalah dalam kelas mesti ada yg biasanya bantah-bantah keputusan, yang suka pertikaikan kan. Hahaha. Takde dah lepasni nak tengok drama sebabak fako dengan fatin. Lahai. Walaupun nanti ada jugak kawan baru perangai macam tu, mana nak sama dengan diorang yang aku dah kenal duduk sekelas 4 tahun tuuu ㅠㅠㅠㅠㅠ

         Sedihnya lah. Semua dah nak berpisah dah. And sampai nak berpisah ni pun, ada lagi yang tak sporting nak kumpul sama-sama :(

Lagi terasa masa tu cepat berlalu bila Faiz yang dulu kemain cedih bila dia nak masuk mrsm, harini dah daftar u dah?????!?!?!??!?!?! How time flies ㅠㅠㅠㅠㅠ

Aku tau, aku dapat agak, dari sekolah rendah lagi aku tahu mesti sedih kalau dah habis sekolah nanti. Budak lain semua nak cepat besar. Aku pulak tak nak jadi besar. Hahaha. Tapi walaupun dah tahu, sekarang tetap rasa berat hati. Nanti dah masuk u sayang pulak nak tinggalkan u kot? Hahaha. It's part of life; to meet and to part ways. Semoga ada yang lebih baik menanti kita. Huhuhuhuhuhu.

Dihnyaaaaaa. Belum cerita pasal rodong lagi ㅠㅠㅠㅠㅠ
all the best untuk semua. Sayang korang muah muah letup letups gitew.
Bye :'(
Assalamualaikum

Baru terasa sayang dekat classmates hahahaha 

Labels: ,

Zahi, 19 already?

A sky, plane, cats, bullet journal enthusiast. Though that's not the kind of content you'll see in the blog lol

A girl who blogs for the sake of her weak memory.

I speak and blog rojak-ly.

UTeM, Melaka | Kuantan, Pahang
Archive

Click Click!

Cbox


Positive vibes

There will always be a reason why you meet people. Either they will change your life or you're the one that will change theirs.
Basecode by Koala
Inspiration from mymostloved .
Fully edited by Zahi