• Home
  • Cbox
  • Follow
  • Dashboard
Powered by Blogger.
twitter tumblr instagram pinterest facebook

𝙮𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙢𝙮 𝙚𝙘𝙝𝙤


[31] And Paradise will be brought near to the righteous, not far  
[32] (It will be said), "This is what you were promised - for every returner (to Allah ) and keeper (of His covenant)
[33] Who feared the Most Merciful unseen and came with a heart returning (in repentance).
[34] Enter it in peace. This is the Day of Eternity."
[35] They will have whatever they wish therein, and with Us is more.

--------------------------------------

Assalamualaikum!
Ni entry ringkas dan pendek je, cuma nak share "hadiah" yang aku dapat dari kak Syida.

Cerita dia kak Syida tengah exam sekarang, so dia tak sempat nak datang sharing dekat Lestari. Jadi dia pass "hadiah" ni berserta coklat Cloud 9 dengan lolipop Chupa Chups dekat kak Syira. Mula-mula aku ambik gambar coklat je then post dekat story ig, terharu lah kan dia ingat jugak aku walaupun tengah sibuk nak exam. Lepas tu pagi tadi, takdelah pagi mana sebenarnya, teringat pulak notes dia bagi sekali dengan coklat tu. Kertas dalam gambar tu lah. Aku pun ambik tafsir atas rak. Bukak, dan baca terjemahan.

Perasaan aku bila baca "hadiah" tu?

Tahu tak perasaan bila kau baca satu buku, or novel, or komik, apape bahan bacaanlah, yang bila sampai chapter last, ayat last, yang menunjukkan cerita yang kau baca dari a-z tu, pengakhirannya ialah sebuah 'happy ending'?

Macam tu lah aku rasa.

Inilah happy ending yang kita semua patut harapkan, yang kita semua mesti dapatkan.

Enter it in peace. This is the Day of Eternity.

They will have whatever they wish therein, 

and with Us is more.

InsyaAllah, amiin.

Assalamualaikum 😊

Alhamdulillah for the constant reminder. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comment(s)
Kolej Kediaman Lestari, UTeM | 26 Februari 2017


Assalamualaikum!
Sekejaaaaap je dah bulan Mac dah. SERIOUSLY? Apa je aku buat sepanjang dah 3 bulan 2017 ni? Rasa macam tak produktif lansung hahahaha.

Okay actually dah berhari dah nak post pasal ni, tapi hehe biasalah bila dah bukak laptop ni banyak melencong ke lain huhuhu. So akhirnya, seminggu kemudian baru nak post. Hari Ahad minggu lepas, aka 26 Februari 2017, aku tinggal berdua je dengan Syaurah (aka Shawty), Ipah keluar dengan kawan dia, Jia dengan Shahadah balik. So kitorang ni yang bangun tidur memang lambat gila, and bangun-bangun je, lapar... Nasib baik Jia tinggal kereta dia sebab dia balik rumah ayah dia yang ambik. So dia benarkan kitorang guna kereta dia untuk terus survive dalam kehidupan (lol). 

Macam biasa, isu paling rumit sekali dalam dunia ni ialah "Nak makan mana?" 😂 Sebab bila weekend kedai fav kitorang, Muo Station dengan Ayam Penyet Rasa Jawa tutup. Dah lah kitorang berdua ni bukan orang Melaka. So kitorang jalaaaan je dulu tanpa tahu arah tuju. Call Ipah, dia ajak makan KFC, tapi rasa macam tak puas nak makan KFC untuk lunch. So Shawty jalaaaan lagi, last-last dia kata nak makan nasi ayam. Aku pun google kedai nasi ayam terdekat, so kitorang pergi restoran Nasi Ayam S.P.E.C.I.A.L (dalam google memang camni nama dia hahaha). Tak sempat nak ambik gambar bagai sebab terlampau lapar, tapi kalau siapa nak makan nasi ayam boleh lah google kedai ni okay! Sedap and harga pun berpatutan untuk student yang tengah tunggu PTPTN masuk macam kami haritu huhu.

Lepastu, dah kenyang makan nasi ayam ni, Shawty cadangkan makan dessert pulekk. Dia craving waffle sedap-sedap tu. Aku ikutkan aje sebab dia driver kan, lagipun tak pernah lagi aku pergi food hunting dekat cafe-cafe hipstur dekat Melaka ni. So sekali lagi dengan bantuan google, kitorang decide untuk pergi Brats & Uni Cafe dekat Bukit Beruang, Melaka. (Actually panjang lagi cerita cari and pilih cafe ni tapi takyah la cerita hahahaha)

Brats & Uni cafe ni lokasi dia dekat-dekat dengan MMU. Dekat tepi jalan je, so kalau tak familiar area Bukit Beruang tu kena rajin-rajin lah tengok ke tepi ya. Sebaris dengan banyak lagi cafe, ada Coffeeology, Friends Talk cafe, Tappers, dll. Signboard Brats & Uni ni simple je kalau nak dibandingkan dengan yang lain, tapi.... korang kena masuk dalam dulu baru tahu macam mana.

Interior design Brats & Uni ni honestly sangat!!! menarik, sebab ada variety tempat duduk yang korang boleh pilih ikut suka nak duduk kat mana. Ada yang sofa, ada yang kerusi cam untuk family, ada tempat tinggi, rendah, dekat luar and dekat dalam. Kira kalau pergi banyak kali tu, boleh lah try setiap jenis kerusi and meja tu hahaha. Ni, gambar-gambar yang sempat di-snap macam orang jakun kurkur.





Tengok meja ni jadi homesick pulak sebab teringat meja makan kat rumah lolol



Dekat sini, harga dia nak kata murah, tak jugak, mahal sangat pun, tak jugak. Standard cafe hipster lah. Takdelah harga tak logik ke di luar kotak pemikiran manusia ke, tak adalah sampai macam tu. Aku dengan Shawty order Sinful Choc Nutella Milkshake. Nama pun dah macam berdosa kan? Hahaha. Jap jap nak upload gambar, baru rasa berdosa sebab mampu share gambar je dengan korang 😝


Tadaaaa! Niiii sumpah puas gila kalau korang jenis yang suka benda manis-manis. Dengan cuaca masa tu panas, lepastu dapat pulak Sinful Choc Nutella Milkshake ni. perghhh terliur aku sambil menaip ni 😂 Ada cookie besar, ada rocky ke pocky ntah 4 batang, pastu tengok biskut teddy tu bergayut kat cawan tu awww comel gila. Kitorang order satu je sebab dah kenyang kan, ni pun untuk memuaskan nafsu je hahaha. Walaupun order satu, tapi straw dengan sudu dapat dua hehe mekasih abang cafe sebab memahami lol. Harga dia... satu cawan ni RM 14.90. Ni memang betul-betul rasa berdosa dengan duit PTPTN tak masuk laginya 😂

Milkshake ni memang sangat manis, so jangan gatal order sorang satu kalau rasa tak minat chocolate/benda manis atau dah kenyang, untuk mengelakkan pembaziran. Selain benda manis-manis, ada jugak makanan lain yang korang boleh order so kalau nak breakfast ke lunch ke dinner kat sini pun boleh.


Ni saje nak share, air masak memang dia bagi free, tapi rasa kelakar tengok botol dia macam botol acid dalam makmal kimia dulu 😂 Aku dah try, Alhamdulillah memang air masak, bukan acid okay so korang boleh minum.

Selain interior design dengan dessert & foods dekat sini, the cafe itself memang best. Sebab tenang sangat, kalau nak study ke buat kerja ke memang sesuai sangat lah. Wifi pun ada dekat sini. Satu lagi, kalau nak ambik gambar lawa-lawa fefeeling hispter pun lagilah tersangat okay 👌

Tu je rasanya pasal Brats & Uni cafe. Nanti kalau ada rezeki, bila aku pergi cafe lain, aku story lagi okay. Last but not least...


Haruslahhh belanja muka kami hahaha. 
Assalamualaikum 😊

B.A.P, GOT7 comeback, Every DAY6 March, drama The Lover and His Liar-- R.I.P study 😫
Share
Tweet
Pin
Share
4 comment(s)

Assalamualaikum gais!!
A quick update, bukak blog tadi and nampak Fieona and Tashira tag untuk join GA. Biasanya fitrah seorang Zahi ni malas (hehehe) tapi sebab tengok hadiah GA ni comel sangat!!!!!! so Zahi join 😁

Syarat dia semua simple, so siapa nak join boleh klik gambar di atas eh ;)

Blogger yang aku nak tag ialah:
Fairuz AqilahZakira AfinaHazrina Halim
Done! 
Assalamualaikum 😊





Share
Tweet
Pin
Share
2 comment(s)
16 Feb 2017


Assalamualaikum!
Kali ni, nak post something lain  sikit dari beshe beshe. Iftar Jam'ie ni ialah satu term  untuk berbuka puasa beramai-ramai. Ceritanya, kak Syida ajak berbuka puasa dengan dia sekali, tapi aku tak boleh puasa pun, segan lah jugak kan. Tapi dia kata takpe, anggap je lah macam dinner sama-sama. Aku pun okay je lah, sebab aku tahu, biasanya bukan setakat makan, tapi ada bonus yang lagi mahal dari makan tu.

So dalam pukul 6:45 tu kak Syida sampai Lestari (kolej kediaman aku) dengan ada dua org lagi sistur, Ila dengan Ina nama dia. Aku tak kenal sebab diorang berdua student degree fakulti lain, dan kalau fakulti aku pun memang fitrah seorang Zahidah ni akan tak kenal sebab jenis susah nak ingat muka dengan nama orang 😅 Sampai rumah kak Syida, ramai lagi ada dekat situ, so kami berkenal-kenalan lah.

Masuk waktu maghrib, makan!! Uniknya, kak Syida and the gang (housemates dia) kalau buat makan-makan dekat rumah dia ni memang akan hidangkan nasi dengan lauk selonggok atas dulang, makan lah 4-5 orang dari dulang yang sama. Nak mengeratkan silaturrahim kot hahaha. Tapi okay je, seronoklah jugak sebab bukan hari-hari makan dalam dulang kan? Menu hari tu nasi putih, ayam masak kurma, sayur kubis goreng dengan telur dadar. Makan-makan, then solat maghrib, baru lah masuk part bonus macam yang aku sebut awal tadi.

Bonus tersebut ialah sharing.

Sharing ni macam usrah lah, tapi taknak nama skema katanya (lol), so kami panggil sharing. Tak kisahlah kan nama apa pun, yang penting matlamatnya sama dan sampai.

Aku tak kira exactly ada berapa orang, lebih kurang 20 kot? Kitorang semua duduk satu bulatan dalam bilik tu. Before start sharing tu, ada main satu game ni, macam music box eh nama dia? Yang pass-pass kotak then music berhenti dekat someone, and someone tu kena jawab soalan. Macam tu lah. Bila kotak berhenti, firstly kena perkenalkan orang di sebelah kanan, then baru ambik soalan dalam kotak tu, and kena jawab berdasarkan orang di sebelah kiri. Contohnya soalan "Apa makanan kegemarannya?" and kita tekalah apa orang sebelah kiri kita suka makan. Kalau betul, dapatlah hadiah. Gitewww. Memandangkan kebanyakkan yang dalam bilik tu baru jumpa harini, so bestlah dapat kenal each other, and kelakarlah bila ada yang dah kenal pun tak dapat jawab soalan tu.

So... apa pointnya game ni?

Memula aku fikir gak, sebab biasanya lepas solat terus masuk sesi tazkirah. Ni ada main game pulak. Then, kak Syida terangkan. Point game ni bukan setakat suka-suka nak kenal-kenal, dapat hadiah, tapi nak highlight the point yang tak kiralah berapa lama pun kita kenal orang-orang di sekeliling kita ni, masih banyak benda yang kita tak tahu pasal diorang. Kita cuma tahu apa yang dia bagitahu kita. Contohnya, kita tak tahu masalah yang dia sorok dari kita, dll. Tapi, kita ada Allah swt yang tahu semua tentang kita, walaupun kita tak bagitahu. Dia tahu semua yang kita rasa, yang kita sorok dari orang lain, semua dia tahu.

Itu, satu. Lepastu, barulah mula sesi sharing yang sebenarnya, iaitu tajuk pasal syurga. Nak taip panjang-panjang pasal semua, aku pun tak berapa ingat, tapi ada satu soalan dari sorang sistur ni, nama dia Najiha, yang macam simple, tapi aku tak dapat nak figure out jawapan dia.

"Kan dekat syurga nanti apa kita nak, kita boleh dapat kan? Habis tu apa beza 7 peringkat syurga tu?"

And jawapan dia, pada aku sangatttttt menarik, sebab tu aku rasa nak share dekat blog ni.

Macam yang semua tahu, syurga ada 7 peringkat, and yang paling tinggi sekali namanya syurga Firdaus. Syurga Firdaus tu paling tinggi, dan jugak paling dekat dengan arasy Allah, sekali gus, paling dekat dengan Allah. Lepastu, kalau baca Quran, banyak ditekankan pasal sungai  bila describe pasal syurga. Anologinya, kalau pergi mandi air terjun, kalau kita pergi bahagian atas, kan tak ramai yang dah usik air tu, tapi kalau kita pergi dekat bawah, kita dapat air yang mengalir dari atas, yang dah ada orang mandi-mandi lah kan (tak campur lagi yang kencing masa mandi tu hahahaha). Jadi nak kata, bila kita dekat syurga Firdaus, air sungai yang mengalir tu datangnya direct dari Arasy Allah. Meanwhile, yang di syurga lebih bawah pula air sungai yang dah diusik oleh penghuni syurga tingkat yang lebih tinggi. Macam tu lah analoginya.

Lepastu, penghuni syurga tertinggi iaitu syurga Firdaus tadi tu, dapat jenguk dan turun, macam jalan-jalan lah dekat syurga di bawah, tapi, penghuni syurga yang dekat bawah takkan dapat naik dan tengok macam mana rupa syurga yang lebih tinggi tingkatnya. Analoginya, kalau yang mampu menginap dekat hotel 5 bintang, mestilah mampu nak menginap hotel 2 bintang. Tapi yang mampu hotel 2 bintang, takkan dapat nikmat yang sama macam duduk hotel 5 bintang.

Jadi, kita sebagai hamba ni, bila berdoa, doalah agar kita ditempatkan di syurga Firdaus.

Sorry kalau cara aku cerita jadi tak menarik hahahahaha aku memang sumpah fail bab-bab bercerita ni 😂 Ini apa yang aku dapat dari sharing semalam, kalau ada salah tolong betulkan ya 😀

Semoga kita semua lebih bersemangat mengejar syurga!

Assalamualaikum 😊

Sometimes we all need a little reminder.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comment(s)
Seoul Garden, Megamall, Kuantan | 01 Feb 2017

Assalamualaikum!!
Setelah berhari-hari pasang niat nak share cerita, hari ni baru betul-betul determined nak post jugak pasal ni. Benda normal lah tu, nak update, isi title je, pastu hilang mood. Save. Dua hari kemudian, nak update, upload gambar, pastu tetiba rasa nak main dress-up game. Save. Dua hari kemudian, nak update, barulah start menaip dengan Assalamualaikum dan intro ntah pape yang korang baru je lepas baca ni 😅

Semoga post ini tak terkubur dalam draft. Amiin.

Sebelum kita go dengan lebih jauh,  apa itu Rodong? Rodong ni loghat(?) orang Pahang yang bermaksud secara simplenya, kengkawan. Actually aku dengan kawan-kawan aku ni bagi nama squad kitorang RS-Radiant Sista lah kononnya. Tapi ada sorang kawan kitorang ni, Fakhrul, panggil kitorang Rodong Sekalian, dan akhirnya lekatlah nama tu. Sampai sekarang kitorang gelarkan diri kitorang Rodong je. 

Okay, back to the story, setelah lebih kurang sebulan aku cuti sem, dua minggu sebelum cuti nak habis baru dapat lepak dan hang-out dengan Rodong Sekalianku sebab cuti aku tak sama dengan diorang. Diorang dah sem 2, aku baru cuti sem 1. Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah kami berkumpul pada suatu hari Rabu yang indah bersamaan dengan 1 Ferbruari 2017. Ada gaya pengacara majlis masa program sekolah tak? hahaha. Disebabkan diorang cuti mid sem seminggu maka dapatlah kitorang jumpa. Lama tau tak jumpa, last jumpa Naz dengan Syifa masa ambik result SPM. Kau ghaseeee? Memang rindu lah cerita dia!

So, memula kitorang plan nak pergi bandar naik rapid a.k.a kenderaan rasmi Rodong 😂 Tapi pagi tu, Naz kata dia pergi naik kereta dengan kakak dia and agak-agak muat tak nak sumbat kitorang 6 orang, termasuk kakak dia 7 orang dalam satu kereta Persona kalau tak silap. Kalau ikut logik akalnya memang tak muatlah, dua orang duduk depan, 5 orang dewasa duduk belakang. Nak kata semua badan kecik-kecik pun tak jugak, tapi, kemonlah, ni Rodong kot. Setakat lipat-lipat badan, selit-selit member celah ketiak ni perkara biasa, yang paling penting, nak naik kereta. Asal naik kereta, kuak lentang dalam kereta pun kami sanggup.

Maka pergilah kami ke bandar naik kereta kakak Naz, dalam keadaan yang kalau sardin dalam tin tengok, dia bersyukur sebab dia dapat duduk dalam tin.

Sampai je Megamall, keluar fulus dulu, then baru pi Seoul Garden. Niatnya nak makan sambil borak lah. Taknak tengok wayang, karok dan sebagainya sebab nanti kurang bercakap dengan each other. Kena paham, bila aku dah start menaip niatnya  tu, maknanya benda tu hanya tinggal sekadar niat. Akhirnya kitorang lebih fokus makan daripada berborak 😂 Kes kebulur, konon simpan perut sebab ye lah, Seoul Garden kan, takkan bayar mahal-mahal nak makan dua suap je sebab dah kenyang. Dekat SG, 50% makan, 30% borak, 10% selfie + main IG Live, 10% kira duit. Kesnya hakak akauntan kita, Elly tersilap kira so duit tak cukup nak bagi balance untuk semua org. Lama gak ah tunggu krisis kewangan rodong tu selesai, sampai daripada dah kenyang, aku bukak balik steamboat tu sebab lapar semula, pening kira duit (walaupun aku tengok je, Elly yang kira 😝)

Then dekat Megamall kitorang pergi Mr. DIY, Popular, jalan-jalan window shopping sambil borak-borak. Sementara kitorang spend time together gether catching up tu, kakak Naz pergi tengok wayang sesorang #lifegoals.

Sangkaya, East Coast Mall | 01 Feb 2017

Lepastu, kitorang berhimpit lagi sekali, tapi kali ni rasa macam makin sempit, sebab baru lepas makan agaknya 😂 Gerak pergi ECM, tak jauh mana pun haa, 5 minit je dari Megamall tu. Dekat ECM ni kitorang tak buat apa sangat, pusing-pusing, singgah Sangkaya jap sebab Tika nak makan eskem. Ni memang betul Tika je yang makan, nampak tak dalam gambar tu ada satu je mangkuk aiskrim Sangkaya nya? Padahal bila masuk kemain meriah tarik-tarik kerusi nak duduk satu meja kecik tu 6 orang, sekali yang makannya sorang je. Bukan taknak aiskrim, gila ke Zahi taknak makan aiskrim?!?!!?! Masalahnya ialah, aiskrim tu Sangkaya, aku ni pulak Sangmiskin. Huhuhuhu. Target tahun ni nak start menabung, lagipun baru je lagi makan aiskrim dekat SG, maka, berjayalah kawal sikit nafsu tu. 

Lek je, apa guna ada kawan kalau tak share makanan dengan kita kan? So aku pun makan aiskrim Tika 3-4 sudu. Kuikui. Mekasih Tika 💕

Lepastu, hmm pergi Daiso, jalan-jalan, pusing-pusing cuci mata, takdelah ramai sangat orang sebab hari Rabu kan, jeling-jeling je baju dengan kasut lawa-lawa, nak beli, tak mampu. Aku rasa sejak aku jadi student ni aku kedekut bab-bab baju, kasut sebab aku lebih pentingkan duit makan. Makan > being pretty. Jadi jangan tanya kenapa kalau aku masih single di tahun-tahun akan datang.

Then, berhimpit lagi sekali, and gerak balik rumah. Dalam kereta sempat lagi borak, membahan each other. Rindu semua tu. Dulu hari-hari jumpa, tu lah rutinnya. Bahan each other, gaduh-gaduh manja, ada gak gaduh-gaduh tak berapa nak manja, tapi biasalah, nama pun friendship. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula pipi. Pastu jadi ulser. Kerana ulser sebintik, rosak mood sebelanga. Ok takde kaitan please faham dah pukul 1 pagi ni masa aku menaip. Apapepun, gaduh-gaduh tu yang buat friendship ni stronger 💪 Kalau saya ada gurau-gurau kasar, jangan ambil hati ya, gurau je semua tu. Hehehehehe.

Alhamdulillah, dapat lepas rindu dengan Rodong walaupun tak puas. Ya lah, punya lama tak jumpa, mana boleh habis rindu dalam sehari tu je 😩 Tetiba rasa rindu balik dekat Rodong. Huwaaaa. Dahlah aku ni tercampak jauh di Melaka. Sobs. Apapepun, untuk rodong, thank you for another precious memory together. Study elok-elok, jangan have fun sangat tanpa saya. Huhuhu. 6 years and counting? 😘

Tu je untuk kali ni, such a long entry, though. Thank you for reading! 
Assalamualaikum 😊

It has been harder than I thought it would be.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comment(s)
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


Zahi | 23 | Pahang

Personal & random things.

Contact me at znurulzahidah@gmail.com

Music

"Although it's a little late, would you listen to me?"

Follow Us

  • twitter
  • Instagram
  • tumblr
  • pinterest
  • facebook

Followers

recent posts

Popular Posts

  • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
    Assalamualaikum! I mentioned in my previous post that I am currently watching a kdrama entitled When the Weather is Fine . I just fini...
  • A New Chapter
    Mayang Sari Express, Melaka-KL | 5 Aug 2019 Assalamualaikum! Disebabkan aku triggered dengan poll @twtblogger_MY yang ada mention p...
  • Dependence
    Kompleks Sukan, UTeM, Melaka | 27 April 2018 Assalamualaikum! Is it too late to wish Happy Fasting to everyone? Hehehe selamat berpua...
  • Looking back
    Universiti Malaysia Pahang | 24 November 2019 Assalamualaikum! Hehehehe hi guys it's been a while! Guess who made empty promise...
  • RMO day-???
    Assalamualaikum guys! You guys can probably guess why I'm here. Dah bosan sangat habis segala social media scroll, barulah nak ter...

Categories

Ahgase Appreciation Post Article Blog Bullet Journal Cuteness D.I.Y Experience Extras Friends Haul Ideas K-drama Memories MOVIE Personal Random Rants Reminder Review Story time Student life The weird side of me Tips

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  April (2)
      • [KDRAMA REVIEW] When the Weather is Fine
      • RMO day-???
  • ►  2019 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (7)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2017 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  December (2)

My Blog List

  • Faten
  • Amelynn
  • A Dream Enthusiast
  • WANASEOBY
  • AMERZING
  • Athirah
  • Syara

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates