Personal | Hasil study last minute

by - 4:31 AM

Throwback to 1/127276332989 times we went drive-thru-ing mcD

Assalamualaikum!
Tak tahu lah angin apa datang melanda tetiba rasa nak update pulak. Mengikut waktu Malaysia sekarang ni jam 3:56 pagi. And I'm still wide awake 👏 Antara sebabnya ialah sebelum maghrib tadi tertidur hahaha sangat tak senonoh. Tahu. Tapi alaa kalau tak tertidur pun jadual tidur aku memang dah berterabur dah sejak cuti sem ni haa. Tidur pukul 4 pagi tu dah jadi rutin. Ape entah aku buat. Nak kata ada boipreng tak jugak. 

Ni, nak cerita, one of the "perks" of being a UTeM student is result exam keluar awai nak mampuih- bersesuaian dengan motto "Always a pioneer, always ahead" bakhang. Baru seminggu cuti sem dah keluar result. Saje la tu nak suruh yang result hambar sedar diri and study agaknya. So aku memang mengikuti perkembangan dan perkuncupan dekat group whatsapp DIT (yang aku tak pernah timbul) pasal update result subjek apa dah keluar and belum. Memula sekali keluar, PRS. Alhamdulillah lah A, kalau tak A lagi tak tahu la kan. I'm definitely not gonna spill every grade I got for each subject, because, tak nak la bukak aib sendiri kan hahahahahahahahahahaha.

So ceritanya subjek last yang keluar result is Multimedia System. Bolehlaaaaaa, walaupun aku bersengkang mata tak tidur sebab study, aci "bolehlaaa" je result- which is very tak aci. But since aku tak mengharap tinggi and it could've been worse, so puas hati je lah. Syukur dan redho. My worst grade for this sem is B, which is Alhamdulillah because no C's, though I think I should've do better and target B+ as my worst. Next sem lah aku tanam target tu dalam minda. Harap tak jadi next sembang je lah.

Aku sebenarnya still confuse pasal pointer sebab as I told yagays before before before before, duk UTeM ni ada sem khas a.k.a sem kosong (ni aku lah yang bagi nama). So aku tak tahu pointer untuk sem 1 ni di ambil kira sekali dengan sem kosong or nah. Kalau ambil kira, selamat lah aku sebab dekan. Kalau tak ambil kira, wassalam lah aku sebab tak dekan. Okay, memang tak pernah terdetik pun nak target dekan. Dean list was never in my target sebab bajet macam belajar kerana ilmu, Zahidah, bukan kejar dekan. Tapi kalau ada dua pilihan dekan dengan tak dekan mestilah pilih dekan kan? I'm okay with both sebenarnya tapi kalau dekan tu sedap sikit nak bagitahu result kat mama abah kan 😂 Banyak nau tapinya cakap je lah nak dekan.

Apape pun, I don't think I've done my best for certain subject but let's just say I've done my best sebab benda dah lepas dah pun untuk apa lagi dikesali. For next sem, I'll just focus on my study, eat more, having fun with the squad and tunggu jodoh datang bergolek 😛

Tu je kot. 
Assalamualaikum 😊

#NEVERSAYGOODBYE2NE1 😔

You May Also Like

4 comment(s)

Drop your comment here!