Assalamualaikum :)
Makan tidur makan tidur, harini dah 25 Disember. Ada lagi aci tambah tolak darab bahagi lebih kurang seminggu lah nak masuk 2016. Heol. Betapa cepatnya masa berlalu. Agaknya ferrari aku yang hilang tu masa ni curi kot? Kemain laju lagi dia travel. Eheh. So macam tahun lepas, aku ni rajin nak menaip, buat appreciation post untuk insan-insan yg menyerikan tahun 2015 ni. Apesal ayat skema sangat ni hahaha. Tapi post tahun lepas korang takleh baca dah lah sebab dah simpan dalam draft ;-; well takde sape kisah pun hahahaha. Patutnya dari tadi dah start tapi dah 2 hari tak bukak ig, sekali bukak haaa sejam bertapa kat situ. Lol. Okay jom start !!!!
1. ZFamily 🙆
Aku tak ingat tahun lepas aku include family aku ke tak dalam list ni. Apape pun, tahun ni aku include. Kita selalu kurang hargai family kita sebab kita rasa diorang akan selalu ada dengan kita. Bukan macam kawan, bukan macam gf, bf, diorang ni ada pertalian darah dengan kita so whatever happens diorang still ada dengan kita... ke tak? Hidup ni singkat je. Family lah orang yang paling amat sangat patut kita hargai. Kawan A takde, kita ada kawan B. Family takde, nak cari ganti mana? So for short, i wanna thank my family for being with me through my ups and downs, through my moodswings, through my laugh and tears, through my hunger and thirst. How could we not talk about family when family's all we got, eh? Let's not stop creating beautiful memories together 😉
2. Rodong Sekalian 🙆
ARR ESSSSSS!!!! Syifa, Shida, Norel, Nazeera, Nuha, Tika, saya tak tahu apa saya nak buat kalau korang takde, kalau Dia tak temukan sy dengan korang semua. Firstly, kalau korang takde mungkin saya stuck dengan 'kawan' saya yang bijak serba serbi tu (you guys know who right) then mungkin saya tak pernah buat benda yg saya dah buat (for example, panjat tembok btpn hahaha), then mungkin saya tak gelak sebanyak saya dah gelak tahun ni. Banyak lagi lah. Terima kasih sudi kawan dengan saya yang mengarut mcm harom ni. Terima kasih sebab sabar dengan sy punya annoyingness, faham bila sy takde mood and all. Seriously, mana nak cari kawan satu kepala macam korang. Thanks syifa yg sentiasa bg kata putus time rodong tengah tak tahu nak buat pilihan ape, thanks shida partner meja sebelah yg gila2, thanks elly yang menyelamatkan keadaan awkward dengan mulut popcorn dia tu, thanks nazeera yg sentiasa buat sy insecure sbb awk cantik and rajin sangat, thanks nuha sebab tak marah sy walaupun sy selalu kacau, terkezutkan awak hahaha, and last but not least, thanks tika yg banyak tolong sy and banyak layan sy cakap hahaha. Thanks semua, seriously, tak terbalas jasa korang 😊
3. Abdul Hakim bin Aziman
Ohok ohok. Erm... time menaip ni we're not in a good terms but hahah redah je lah. Thanks untuk semua mu buat utk aku, belanja nescafe lah snickers lah kfc lah kek lah cendol lah baju lah, eh banyak nyaaa mu belanja aku hahahaha (baru sedar diri 😂) seriously thanks. Then erm thanks banyak tolong bagi pinjam motor, escort pulak sampai rumah, sikit pun tak berkira. Lagi thanks layan aku punya mengarut hahaha nak2 bila dah melalut sampai alien lah galaxy lah, mu pun boleh tahan melalut so i guess adil lah kot? Hahaha. Terima kasih buat aku happy, sedih, ketawa guling-guling, menangis guling-guling, nyanyi lah buat video lah. Terima kasih sabar dengan perangai aku selama ni. Hahaha mekasih banyak dehh 😁✌
4. Team Drama yowwww
Pada aku, aku tak hadap friendship goals lah squad goals lah sebab Team Drama aku lebih goals daripada biasa. Memang, kitorang takde baju lawa-lawa, takde melancong jauh-jauh, takde famous satu Malaysia, but what we have is more than enough. The fact that Allah kenalkan kita semua pun aku dah bersyukur sangat-sangat. Takde drama, tak kenal lah aku diorang semua. Takkan tahu Rafiq Yusmi tu gila rupanya, Syahmi Naif tu pariappa boleh tahan, Aidil Amirul tu kuat jugak bahan orang, Fakhrul Imran tu kalau dah gila tak kemana, Abdul Hakim tu hati lagi lembut dari gula-gula kapas, Ismail Amri tu loyar buruk boleh tahan, Muhammad Arshad tu kedekut tapi kadang-kadang baik pulak, Chek tu rupanya dalam aku menyampah dengan dia, bila dia takde aku rindu, dan rodong-rodong yang lain memang aku tahu dah masing-masing ada wayar yang putus dalam kepala tu hahaha. Then, takde team drama, takde jugaklah aku dapat mommy-mommy macam Teacher Farizah, Teacher Mariah, Teacher Zuriana.. then tak kenal pulak dengan abang baymax 😂 banyak kenangan kita semua sama2, kalau boleh nak dikuatkan ingatan semata-mata untuk ingat every moment kita sama2, susah senang kita semua. Hopefully friendship kita kekal sampai tua 😃😁
5. Arcane 🙆
Arcane a.k.a geng meja tengah. Geng meja tengah a.k.a kombinasi kebisingan Zahidah, Shahida, Wahida, Hidayati dan Hanani 😂 kalau tak ada diorang berempat yang duduk semeja dengan aku ni, memang dah lama dah aku dapat straight A's setiap kali exam. HAhahah gurau gurau. Kalau takde diorang ni mungkin aku tidur je sepanjang kelas sebab kebosanan. Walaupun korang bising, walaupun shida selalu mengada, walaupun wahida selalu buat lawak hambar, walaupun dayat kadang-kadang cakap bahasa yang aku tak faham, walaupun nani selalu tak dengar aku panggil, aku tak pernah rasa suka gila duduk dalam kelas macam aku suka duduk dengan diorang. Meja riuh toksah cakap lah. Tapi sekurang-kurangnya kita riuh setiap masa, bukannya depan cikgu kita acah hipokrit kan kan kan 😉 hahaha. Sayang betul tak dapat nak ambik gambar dengan diorang masa meja still normal lagi susunan nya. Oh ya, credit keseronokan duduk meja tengah kena bagi jugak untuk budak meja tengah yang depan a.k.a BMW iaitu Syahmi, Aidil, Arshad dgn Fako sebab sokmo baloh dengan kitorang tapi bab bergossip sentiasa sekepala 😂 kelas bising sebab group2 tengah je hahahah. Will miss you guys big time 😢
6. Manisah Suhaimah binti Mokhtar
Manis!!!! Banyak benda kita dah lalui tahun ni, fuhh 💦 alhamdulillah sekarang semua dah okay, 4 years and still counting? Hehehe. Terima kasih banyak-banyak sebab bila mu tahu aku sedih, ade jugak mu ws nak hiburkan hati. Terima kasih tolong jaga cucu aku bila dia sedih ape semua. Sanggup datang malam-malam hantar hadiah birthday hahaha terima kasih !! May our friendship lasts tikll infinity and beyond 😁
7. Nur Uzma binti Husin
Aku tahu nama ni unexpected tapi... thanks maa, banyak pengajaran aku dapat dari mu 😊
8. Hlovate
Thanks for the amazing novels that open my eyes, Alhamdulillah. Banyak pengajaran dapat dari novel tulisan beliau. I feel like I have to include her in this post so that semoga siapa-siapa yang baca ni pun mungkin tergerak hati nak baca novel beliau? Dan mata, hati pun terbukak jugak? InsyaAllah. "Hati manusia tu Allah yang pegang" one of my fav quote indeed. May Allah bless you dear encik/cik/tuan/puan Hlovate 😊
9. Last but not least, myself, Nurul Zahidah binti Zainal Abidin.
Good job for hanging in there, good job for realising your mistakes. Do better next year, will 'ya? Stay cuteee hahahahahahaha 😘😂
Okayyyy doneeeeeeee. Yeayyy lenguh jari menaip ni hahaha. Okaylah, bye, till we meet again next year. Tak sabar nak tengok, nama siapa pulak masuk list ni tahun depan. insyaAllah kalau panjang umur 😁
Till then, Assalamualaikum :)
Kinda overwhelmed that people who meant literally nothing to me a year ago, can be a big part of my life this year. And people who meant everything to me last year, literally mean nothing in my life this year :')