Bukit Kepong, Johor | 23 Mac 2018 |
Assalamualaikum!
4 and half months through 2018, and I only posted one entry on my blog 😊 So productive 😊 Anyways, so far, everything has been good I guess? Cuma sem ni kemalasan aku semakin memuncak ya. Nak pergi kelas malas, nak bangun tidur malas, nak beli makanan malas. Something me and my friends always say as an inside joke, "Baik mati je lah". Hahahahaha.
So, aku ada cuba something yang aku tak pernah cuba sebelum ni, which is translating article. Ceritanya bermula apabila aku takde duit. Okay, gurau je, bila je aku ada duit? *background music sedih* Pada suatu hari, aku yang tak ada boyfriend nak whatsapp ni scroll la twitter macam biasa. Tetiberrrrrrr!!!!! Ternampak satu tweet ni...
So aku pun macam, tulis artikel?!?!?!? Takde qualification?!?!?!? Bahasa Malaysia?!?!?!? Kemon, ni mesti senang kacang piang piang ni. Aku pun meng-grab peluang and terus DM tuan empunya tweet. Then dia explain payment apa semua, not sure if I can share this, tapi mestilah boleh kan? Payment RM6 per article. Lagipun bukan kena tulis artikel sendiri, tapi artikel dalam English, translatekan ke Bahasa Melayu, for this one website. Sel-sel otak aku pun start berhubung and kira-kiralah kalau betul 10 article sehari kayo jugaklah den kan hahaha. Lepastu kena try translate satu article ni, pasal China haramkan Winnie the Pooh kot kalau tak silap aku. Aku pun tak tahu pasal ni so aku fikir berguna jugaklah translate article boleh tambah pengetahuan am. Gittewwww. Acah.
Lepastu, aku baca article tu dulu, then aku rasa macam aku paham. Aku fahamlah the general idea artikel tu. Bila aku start meng-translate, boleh dikatakan setiap dua perkataan, aku bukak Google Translate. Aku baru sedar, selama ni, aku baca artikel ke, anything in English, aku sekadar faham macam, oh perkataan tu maksud dia macam tu, tapi tak tahu pun exactly apa perkataan tu dalam BM. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Okay aku bagi contohlah, censored. Korang faham kan censored tu apa? You get the idea what the word means, right? Okay, censored dalam BM apa? Ditapis? Dikaburkan? Diharamkan? Tak tahulah kalau aku je yang kurang pandai (terma baik sikit bagi bodoh hahaha) dalam BM tapi bila aku jumpa perkataan tu, aku cam ??????? Apa eh?????
Itu baru satu perkataan. Dari situlah aku sedar, and start takut, seriuslah, boleh ke aku nak buat ni? Aku dah cuak. Aku bajet macam bolehlah aku selit-selit buat kerja ni even though aku ada kelas hari-hari, sebab mesti sekejap je nak settle. And for that article, I took almost 2 hours! 2 freaking hours! Kalau sehari 10 artikel tak ke 20 jam tu hahahaha. Tapi, dah ter-DM dah pun, dah ter-over confident dah pun. So hantar jelah article tu lagipun dengan ayat aku yang nampak awkward nya, aku tak rasa aku akan terpilih. Masa tu dah habis positive dah, tak apa at least aku dah tak pandang rendah dengan BM lagi hahaha.
Long story short, aku terpilih jugak tapi as backup je hahaha. So, disebabkan ni kerja online sahaja, we worked in this one apps named Slack. It's a platform for working, boleh send gambar, documents, ada group chat, personal chat, boleh tengok siapa tengah online atau tak, boleh set 'Don't Disturb' mode which korang takkan dapat notifications mesej on the set period of time, and yang hantar mesej pun akan di-notified yang korang tengah dalam 'Don't Disturb' mode --which is, I think super cool and convenient, and very uhm, friendly(?) Is that the right word? Instead of group whatsapp kan kadang-kadang kita malas nak bukak or terlepas pandang ke. Anyways, my first job was to translate 2 articles, so aku dapatlah RM12. Okay kan? Lepas 2-3 meals kot kalau setakat makan nasi putih dengan ayam goreng dekat kafe.
Then masa cuti mid-term seminggu haritu, I got 20 articles to translate dalam masa seminggu tu! Masyuk tu satu hal, masa tu aku fikir jugak serius ah mampu nak buat? Sehari expected 5 articles macam tu. And Alhamdulillah, berjaya diselesaikan dengan jayanya. It was a fun experience, really. Banyak benda yang kau tak pernah tahu, tak pernah berminat nak tahu, tapi akhirnya terpaksa tahu sebab kerja hahaha. And it's not that time consuming anymore, lepas dah biasa, boleh je siapkan satu artikel sejam. Still ada masa nak tengok drama Syafiq Kyle hahaha.
So, itu je aku nak share. Conclusion-nya, jangan pandang rendah terhadap sesuatu k hahahaha. Jangan over-confident. Jangan riak dan takbur. Last sekali, jangan buang sampah merata-rata. Sekian.
Assalamualaikum 😊
Recent obsession: Syafiq Kyle