notyouralien
home TWITTER INSTAGRAM TUMBLR follow DASH

Haul | Planner stuffs @ Mr. D.I.Y
13 Cutiepie(s) | Jan 29, 2017 12:15 PM


Assalamualaikum!
Haul? Haul?? Waaaaah dah pandai berhaul haul dah sekarang. Dulu berhawau hawau je hahahaha ok kesian gelakkan lawak sendiri. Apa dia haul tu? Okay kalau tengok dekat urban dictionary, haul ialah in short: a shopping spree. Shopping spree tu gapo dio? Aik takkan semua nak disuap kot 🙈

Alkisahnya tadi pergi Berjaya Megamall, Kuantan, setelah sekian lama aku tak jejak kaki kat sana sebab even bulan ni dah 3 kali Ahad straight ke bandor je kerjanya, tapi tak pulak pergi ke Megamall tu. Ni lah baru nak pergi. Nak pergi Nagoya je senanya tapi alang-alang tu mana boleh tak masuk Mr. DIY kan. Dekat entry before before before ni aku ada cakap aku nak jayakan planner aku untuk tahun ni. Ni lah planner aku tapi ni beli main aci asal ada je sebab dah tashabar nak ber-planning, tapi ni beli dekat Mr. DIY One Segamat.


Yang ni je yang lawa yang ada masa tu tapi sebab dah desperate nak sangat, so beli je lah. Dalam dia blank je actually, kalau nak buat bullet journal boleh lah. Harga RM 7.50. Yang sebelah tu gel pen yang sangat niceeeee dakwat and colours dia tapi sakit sikit time tulis- well depends on how you pegang pen lah, kalau jenis pegang hujung dekat-dekat dengan mata tu sakit sebab tajam sikit. Harga aku tak berapa ingat tapi RM 6.50 kot? Tapi memang 10/10 lah untuk yang nak cari pen comel but still tiptop dengan rega(harga) yang murah. Hotel? Trivago. Tetiba.

Berbalik kepada kisah shopping spree aku hari ni, aku yang niat nak save duit, tinggal niat semata-mata sebab banyak gila barang comel-comel!!!! DIY baru restock barang, so memang penuh gila barang bahagian stationary semua tu. Rambang mata toksah cakap laaaaa. Kalau boleh nak beli semua! And banyak gilaaaaaa planner lawa lawa weh sumpah tak tipu aku rasa nak nangis tengok 😭 Tapi mengenangkan duit yang semakin kering dan niat menabung (walaupun kian kabur sebab rambang mata tadi tu), inilah yang berjaya aku beli dengan penuh berjimat dekat Mr. DIY tadi:

1. Sticker Book of Phrases


Ni, memang aku ambik tanpa sebarang keraguan dan kewas-was-an (lol) sebab LOOK AT 'EM CUTIES 😍 Memang comel sangat! Satu buku ni ada 5 pages actually, and semua comel-comel, aku guarantee. Suka gila yang warna hitam tu sebab biasalah aku kan ahli geng kongsi gelap so memang suka yang warna gelap-gelap ni. Dan sebagai seorang yang tak rajin nak beli kertas sticker and print sendiri, ni memang perfect lah untuk aku. Harga RM 3.30 je wakk memang rugi lah kalau tak beli!

Ni kes malas nak ambik gambo banyak-banyak kali hahaha

2. Stationery Tape
Ni ialah tape common yang licin-licin texturenya tu. Sebenarnya aim nak beli Washi tape- sejenis tape dari natural fibers such as bamboo or hemp. Nampak bijak tak penerangan aku? Mestilah, google je tu. Tapi sebab tak ada, and malas nak pi turun cari dekat Popular, so bolehlah buat sementara nak jumpa Washi Tape tu guna tape biasa je. Comel je tapi aku nak complain tape sekarang untuk satu roll tu makin nipis gulungannya aihhhh. Tapi berbaloilah ada 10 roll, harga RM 1.40 je ✌

3. Sticky note
Ni kalau tak tahu gapo dio elok poie masuk tadika balik lah 😂 Sticky note ni sangat!!!!!! lah comel sebab kecik comey je saiz dia. Warna pun banyak. Ada pattern kotak-kotak dekat sticky note tu, so kalau rasa sticky note uolls boring dan menyerabutkan sebab besau besau, boleh pi serbu Mr. DIY Megamall sekarang sebab dekat tempat lain den tak tahu ada stock ke tak. Harga RM 1.90 je kawan-kawan. 

4. Magnetic Bookmark
Yang ni Along belanja actually, dia beli untuk kami empat beradik awww isn't she a sweet sisturrrr (bodek lain kali belanja lagi). Comel gila sebab semua corak meow! Ada dua bookmarks satu packet tu tapi aku tersilap pulak tak snap penuh bookmark yang bawah tu. Harga RM 1.90. Comel and murah sampai membuatkan kalau korang jenis yang tak membaca pun, rasa nak membaca sebab nak guna bookmark tu 😂

5. Neon Gel Pen
Yang ni saje beli sebagai tambahan koleksi pen. Nampaklah nafsu tabuli dikawal tu kan. Dah test dakwat dia sekejap tadi, and okay jeeee cantik sangat! Fav colour warna pink dengan kuning sebab neon dia memang terang betul silau jap tadi. Ada 6 warna dengan harga RM 3.50 je bermakna satu batang pen berharga??? Haa sape jawab betul aku bagi sign. Nak tak? 😁

6. Cosmetic Bag...
...katanya tapi aku beli nak dijadikan pencil box hahaha. Talk about rebellion. Ni bukan planner haul tapi saje je aku share. Aku sayang pencil box lama aku, warna neon pink and transparent, tapi aku rasa kerja kucing-kucing aku, sampai terkoyak dah haa. Tapi salah aku jugak letak merata. So akhirnya beli baru. Harga RM 2.10 je pun. 

7.  Washi Stickers!!



Look at them shoooo cute right? Ni paling rambang mata, serius tak tipu. Banyak gila design lawa-lawa, warna pun warna pastel, and semua comel-comel!! Warna dia actually lagi lawa kalau tengok in real life, please excuse my bad photography skills huhu. Nak snap dua gambar ni pun penuh kegigihan, siap tukar background sebab nak bagi timbul warnanya. Papepun, memang worth it la beli sebab ni first time aku jumpa washi sticker dekat Mr. DIY. Tak tahulah kot aku yang dah lama tak pergi DIY kan. Tapi memang sesuai lah untuk planner sebab texture dia lembut- well, washi kan, and mestilah taknak sticker yang timbul-timbul, 3D lah apa lah, nanti planner jadi tebal and kembung tak tentu pasal. Satu packet harga dia RM 2.30, aku beli 4 so total RM 9.20. Cantik sangat, memang recommended lah!

So, that's all for my very first planner haul. Total semua lebih kurang RM 21++, which is aku rasa worth it la sebab nak guna kan, and kalau shopping dekat kedai stationery yang betul-betul stationery tu, memang tak dapat la murah macam ni untuk banyak barang. Itu pun aku bajet 20 ringgit je, lebih seringgit aku dah rasa resah gelisah dan menyalahkan nafsu serakah aku. Beli barang murah ni bukan apa, kalau rosak ke quality low ke tak berasa sangat sebab ya lah, murah kan 😂 And kalau betul berkualiti, rasa untunglah sebab beli dengan harga murah! So far, beli barang-barang macam ni dekat Mr. DIY okay je, takde masalah pun.

Ni tambahan, aku ada beli toothbrush holder untuk bilik air bilik aku:


Comel kan??!?!?!?!?!??!?!?!?!!!?! Ni memang beli sebab katak ni comel, tiada unsur-unsur double meaning dan yang sewaktu dengannya 😌 Ni nak tahu harga jugak ke? Hahaha. Mahal sikit dari washi sticker, RM 2.50 😀

Okay itu je aku nak share untuk kali ni. Nak cerita pasal Manisah dengan Tika buat serbuan ke rumah tapi tu next time pulak sebab sekarang dah pukul 4 pagi dan aku mengantuk yang amat sekarang ni. Ada nak share apape boleh comment okay jangan segan silu (acah hot). Till next time!

Assalamualaikum 😊

The beautiful thing about friendship is, no matter how long you've been apart with each other, you can still feel the familiarity 💞

Labels:

Zahi, 19 already?

A sky, plane, cats, bullet journal enthusiast. Though that's not the kind of content you'll see in the blog lol

A girl who blogs for the sake of her weak memory.

I speak and blog rojak-ly.

UTeM, Melaka | Kuantan, Pahang
Archive

Click Click!

Cbox


Positive vibes

There will always be a reason why you meet people. Either they will change your life or you're the one that will change theirs.
Basecode by Koala
Inspiration from mymostloved .
Fully edited by Zahi