notyouralien
home TWITTER INSTAGRAM TUMBLR follow DASH

Tutorial | Simple Collage Header using Photoshop CS6
0 Cutiepie(s) | Jun 20, 2017 1:20 AM


Melaka | 10 June 2017

Assalamualaikum!
No one asked, tapi saje nak acah buat tutorial hahahahahahahahahaha k.
First of all, simple collage header ni macam mana? Macam header blog aku sekarang, macam ni :


Simple sangat sangat sangat, sesuai la dengan sekarang kan trend layout blog kebanyakkannya minimalist. Tutorial ni guna Photoshop CS6, tapi sebab dia simple yang amat jadi rasanya mana-mana version photoshop pun takde masalah. Kalau korang takde Photoshop CS6, boleh klik sini untuk link+tutorial nak install.

So boleh dah start ni?

Ok memula, baca Bismillah. hehe. Bukak photoshop korang, and open New, lepas tu set kan resolution dia. width boleh adjust ikut lebar body blog korang, kalau width 1000 lebih, 400~450 macam tu okay. 


Click OK, and akan keluarlah blank white background untuk header korang. Next step, sebelum buat apa-apa, dekat atas tu ada, cari menu 'Window', click, dan cari 'Rulers'. Make sure sebelah Rulers tu ada tanda βœ”. Kalau takde, korang click dekat Rulers tu sampai ada.

ceni haa

Kalau sebelum tu takde Rulers, nanti korang akan notice ada dua rulers, vertical and horizontal. Gerakkan cursor korang dekat ruler yang vertical(menegak), lepas tu drag dari ruler tu ke header korang. Nanti akan ada line hijau. Kalau korang nak collage-kan 4 gambar, bahagi header korang tu kepada 4 bahagian, which means, drag dari ruler tu 3 kali. Adjust-adjust kan 3 line tu sampai sama banyak keempat-empat bahagian tu. Macam ni:

(klik gambar kalau tak jelas)

Dah siap part tu, sekarang dekat File, tekan Open and pilihlah gambar yang korang nak collage-kan. Bila open gambar tu, gambar tu akan dibuka dekat new tab, so korang kena drag gambar tu ke tab header korang. Lepastu jadilah macam ni:

(boleh klik kalau tak jelas)

Lepastu, ulang je step yang sama untuk gambar kedua, ketiga, keempat. Untuk gambar seterusnya tu, kalau overlap, macam dekat bawah ni:
(ye boleh klik kalau tak nampak)

Click dekat marquee tool, ada tunjuk dalam gambar dekat bawah ni, make sure pilih yang rectangle ye. Lepastu, draw box dekat yang lebih tu. Masa draw nanti, korang boleh rasa yang line hijau tu macam restrict sikit korang daripada draw lebih.

(yup masih boleh klik kalau tak nampak)

Lepas draw tu, korang boleh tekan either button 'delete' or 'backspace' dekat keyboard korang. Nanti bahagian yang nak dibuang tu akan hilang, tapi marquee box tu still ada. Klik dekat mana-mana bahagian image korang, nanti hilanglah marquee box tersebut.

And... done! 


Lepastu, korang nak tambah text ke, apa ke, tambahlah. Ni final look header tadi: 

(boleh klik kalau korang tak caye boleh klik. Nak save/guna pun boleh, takde hal.)

Tu je kali ni, aku pun newbie lagi bab-bab photoshop ni. Hehehe. 
Thank you for reading this noob tutorial hahaha.
Assalamualaikum 😊

Guess who finished her first year of diploma πŸ’ƒ

Labels: ,

Personal | Salam Ramadhan and New Look!!
9 Cutiepie(s) | Jun 1, 2017 12:38 PM


Kampus Induk UTeM | 20 Feb 2017

Assalamualaikum!
Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Alhamdulillah, sempat kita semua yang masih bernafas harini bertemu Ramadhan 2017. Macam mana so far Ramadhan korang? Alhamdulillah tahun ni first week Ramadhan aku dapat berpuasa dekat rumah. Yeayyy *joget joget* Tahun lepas puasa dekat UTeM, masa tu semua baru nak masuk U, matrik, dll. Tak kisah la kat mana pun, yang penting cara kita isi Ramadhan kita tu ye dak? Jangan asyik turuuuuu je (perli diri sendiri hahahah)

Harini dah masuk hari ketujuh dah puasa, dah nak habis 10 hari pertama bulan Ramadhan. Dah terlambat ke nak wish selamat berpuasa? πŸ˜‚ Tak kira la, nak wish gak. Selamat berpuasa untuk korang yang singgah blog ini secara suka-suka nak baca blog ni, atau suka tuan blog ni (eh?), ataupun yang tak suka tapi tertekan pulak link blog ni hahaha. Semoga Ramadhan kita semua dilimpahi dengan keberkatan dan semua ibadah kita diterima oleh-Nya. Korang ada apape goals yang nak dicapai tak tahun ni? As for me, aku target nak khatam Quran, tapi bukan dari juzu' 1 lah, dari yang aku baca dari sebelum Ramadhan haritu hehe. Doakan aku terus istiqomah dan berjaya capai goal aku πŸ˜ƒ

Caya ah dah macam blog dakwah dah hahaha #donedakwah.

Macam yang aku cerita dalam post lepas, dah nak dekat dah final sem 2 aku. 5 haribulan rupanya gais aku exam hahaha. Dan hasilnya, blog aku dah berwajah baru!! Macam takde kena mengena kan? Haa memang pun πŸ˜‚ Look what I've done instead of studying πŸ˜” Lepas tu ada hati nak emo, stress pulak hahaha. Apa nak jadi ni Zahidah? Tapi pernah dengar tak satu quote ni...

"Time you enjoy wasting is not wasted" - John Lennon
Hahahaha πŸ˜† Lagipun, anggap je lah aku study Web Programming sambil edit layout blog ni hewhew.

Btw, how does the new look looks? Move on dari theme pastel, aku ganti dengan theme Hologram pulak. Tapi dari segi warna, I don't think ada banyak beza pun dengan theme pastel. Niat asalnya nak stick dengan pastel, just nak tukar header macam header sekarang. Masa cari-cari gambar pastel dekat weheartit, jumpa gambar-gambar homographic, so terrrrinsipired dari situ lah. Daripada nak tukar header je, dah terrrrrrrrtukar almost semua benda.

 

Agak annoying gambar aku dekat sidebar tu besar gedabak but I love myself so why not? πŸ˜‚ And dat quote on the header from zahithegreat aka myself hahahaha k no.

Sebelum aku tukar rupa blog, aku tukar playlist lagu aku kepada playlist K-indie. I really recommend all song on the playlist, melody-wise and lyric-wise. Comel sangat semua lagu tu. Kalau dengar time study pun mood baik je. Tapi kalau korang dengar nasyid ke zikir ke time study janganlah tukar pulak hehe. Ni cadangan je tau πŸ˜‚

Okay tu je nak cerita kali ni. Eh jap, if aku post review manga ada orang berminat nak baca ke? πŸ‘‰πŸ‘ˆ I've been thinking to review this one manga but tak berkesempatan (ye ke?) but I really do wanna share the manga because it was sooooo good for a manga yang aku just randomly pilih berdasarkan cover and short synopsis hehe. Took me quite some time to move on from it πŸ˜…

Tu je kot, kalau korang baca entry ni sebelum sahur, selamat bersahur! Kalau baca dah nak waktu berbuka, selamat berbuka! Selain dari waktu itu, selamat berpuasa dan selamat beramal!

Assalamualaikum 😊

Also, thank you so muchhhh guys yang bagi kata-kata semangat and motivasi on previous entry!! πŸ’—And... look at dat cute airplane when you hover over the blockquote!!!! Comel!!!!!!!!!

Labels: , ,

Personal | This sem sucks real bad
6 Cutiepie(s) | May 19, 2017 4:11 AM


Squaddd πŸ’˜

Assalamualaikum!
Lama gila tak update blog, sumpah rindu. Bukan tak nak update, nak. Tapi rasa macam takde yang menarik nak kongsi and kebanyakkan tersadai dalam draft. Hari ni rasa macam rajin sikit (ekceli bosan dan ada sedikit stress), so nak story sikit.

Sedar tak sedar, dah lebih separuh dah bulan May. To update about my student life: 27/5 ni start cuti study week, then 6/6 ni kot start final. Ke 9 haribulan? Entahlah. Hahaha. Tak habis lagi, but to sum up my sem 2 with one word: teruk (yes-with a bold and italic).

Entahlah. at first, it was okay. Programming II time lab okay, time lecture je lost teruk. Walaupun lecturer kata tak kisah pasal student datang kelas ke tak tapi bila datang lambat 5 minit kena marah, okay, I guess that's her style. Hahaha. Web Programming, dengan the first 3-4 weeks kelas mostly cancel, belajar sampai sekarang pun I don't think we've covered the whole syllabus yet, cuma lecturer ajar cukup-cukup setakat mampu buat projek je. Budak seksyen 1 ada belajar java tapi seksyen 2- which is seksyen aku takde usik pun. And baru je tengok past years punya final paper subjek WP, ada je tanya pasal java. Boleh bayang dah masa depan aku masa jawab final nanti.  Fuhh.

Operating System, time lab okay je sebab ikut je apa madam buat dekat depan, but honestly 30% je kot command yang aku ingat dalam kepala. That's probably my fault sebab tak ulangkaji huhu. Discrete Maths, mula-mula the only subjek yang aku function hahaha lepastu keluar segala jenis simbol ha terkeruk-keruk aku nak fahamkan. Then, ada subjek English for Effective Communication. Madam okay, baik je tapi kelas dia membosankan sangat hahaha. Memang ngantuk teruk. Dengan konflik with groupmates nya, ada sorang chinese dalam group aku, ni bukan racist (ke racist?) tapi you know chinese yang tak biasa kawan dengan malay so agak susah nak communicate and for us to work together.... I'll leave it at there lah.

Last but not least, Data Structure. Ni memang lost teruk. Since day-1 of class, memang tak faham satu apa pun 😭 Aku dapat lecturer from Indonesia for this subject, supposedly tak adalah susah sangat nak faham language beliau kan, sebab ala Indon je pun bukan Zimbabwe. Tapi... aku tak tahu nak describe macam mana, tapi language beliau tu memang kalau dengar memang blur weh apa beliau cakap. Awkward pulak guna beliau, tapi aku still have respect for him as a lecturer. Lagipun beliau baik je. Aku bukan kutuk membenci pun ni. Aku seriously tak pernah lost the whole subject, sepanjang seumur hidup aku belajar. Bukan nak bangga, tapi sebodoh-bodoh aku dalam addmaths, ada lah jugak aku berjaya tangkap. Bebal-bebal aku, boleh lah lagi survive buat latihan calculus sendiri. Tapi data struct ni..... Nak nangis aku cerita ni.

I didn't feel it before, but now aku tengah duduk berdua je dengan Iffah dalam bilik, dua-dua senyap menghadap laptop, aku baru lepas broken (sikit) pasal crush-crush lama yang dah bahagia(lol), lepastu baru nak study tapi tengok soalan final past years susah nak mati and I JUST REALIZED THAT I CANNOT ANSWER THE QUESTIONS KALAU TAK STUDY, LIKE FAHAM TAK MACAM TAKDE SATU APA PUN DALAM KEPALA OTAK NI

I'm stress.

Oh ya, campur homesick lagi. Nak nangis.

More stress when I know that walaupun aku kata lecturer itu, lecturer ini, semuanya salah aku jugak sebab malas study, malas tanya, malas jumpa lecturer, malas tanya kawan, pergi kelas pun kadang-kadang malas. Haih. Apa nak jadi ni???

Please pray for me guys. Bagi kata-kata semangat sikit ke, share experience ke.

Oh satu lagi, remember back then when I was confused about my pointer for last sem? Haa, nak cerita, actually my GPA tak dean list pun, 3.3 something gitu je. My CGPA 3.5 something. So haritu dalam kelas, one of my classmates pergi mintak sign student yang dapat dekan and of course I wasn't included. Idk before tapi dean list ni ikut GPA eh? So bila that happened, I was honestly so heartbroken, and rasa macam ego dicakar-cakar dan tercalar. Rasa down jugaklah masa tu, and every time terfikir balik.

Sekali lagi, pray for me guys. Semoga dapat kutip sisa-sisa semangat yang ada and fight for final.

Thank you for reading this emo entry hahaha.
Bye, Assalamualaikum 😊

Broken jugak sebab sayat.me saya tak mendapat sambutan lollll. Ask.fm is the best!!!


Labels: , ,

Zahi, 19 already?

Cheerful 98% of the time but that 2% of emotional wreck is kinda hard to handle.

A girl who blogs for the sake of her weak memory.

I speak and blog rojak-ly.

UTeM, Melaka | Kuantan, Pahang
Archive

Click Click!

Cbox


Positive vibes

Shout out to the people going through some things but are trying their hardest to be positive. I'm proud of you :)
Basecode by Koala
Inspiration from mymostloved .
Fully edited by Zahi