Experience | Temuduga Masscomm @ UiTM

by - 6:23 PM


Assalamualaikum :)
Yuhuuuuu. Okay macam yang aku dah cerita entry lepas lepas, ada kan aku cakap aku pergi interview course masscomm ni dekat UiTM Jengka. And aku nak post lepas dapat result UPU. Nak tengok dulu dapat ke tak. Baru lah boleh konpiden sikit nak menghapdet, Cewah. So result UPU dah keluar semalam, dan hasilnya.... jeng jeng jeng *drumroll*

Aku fail interview haritu. HAHAHAHHAHAHAHA.

Tapi Alhamdulillah, aku masih ada rezeki dapat sambung belajar dekat tempat lain, course lain. Hmm takde jodoh gamoknya aku dengan masscomm. Tapi, sebagai orang yang fail temuduga (asal cam bangga je fail? hahaha), aku nak share lah sikit point-point, apa yang aku rasa aku silap masa temuduga tu dan jugak tips-tips yang aku rasa berguna untuk korang, so sesiapa yang bakal menghadapi temuduga ni boleh elakkan dari buat kesilapan yang sama. Elakkan, tau. Jangan ko buat silap sama lepastu kata hakak ajar ajaran sesat pulak. Walaubagaimanapun, walaupun ko dah elak apa hakak buat ni, hakak tak jamin 100% ko akan lulus. Ikut pada rejeki masing-masing okay.

1. Make sure ikut arahan pihak UiTM.
    In my case, pihak penemuduga tu dah pesan, susun awal-awal dokumen ikut susunan yang dia tetapkan. Dalam bilik menunggu tu dah ada tulis, dia nak susunan macam mana. IC sape dulu kena letak, lepastu diikuti dengan apa, apa dan apa. Bagi perhatian dekat benda tu. Masa hakak dulu, hakak over confident dan bajet macam ok jap lagi ambik IC dari purse, tetiba sebab cuak dan nervous, terlupa nak ambik bawak masuk dalam bilik temuduga. Bukannya tak boleh pergi bilik menunggu and ambik IC tu, boleh eh takde pun fail sebab macam tu. Cuma, first impression rosak la sikit dah kalau cuai tu. Berbuih mulut orang tu pesan susun gini gini gitu gitu, eh ko terlupa pulak. Lepastu dah cacat la sikit sesi temuduga tu sebab ko kena gi ambik pulak IC tu, buat penemuduga tu tunggu pulak. Adehdehdeh. Jangan buat camni tauuuu.

2. Introduction diri kena menarik 
    Ini... aku rasa so that penemuduga tu boleh tahu extra point pasal personality korang. Contohnya, bagitahu hobi korang apa. Contohnya, aku cakap haritu hobi aku membaca. Jadi penemuduga tu pun carry on tanya buku apa aku suka baca, hobi apa lagi selain tu. Bila kita start cakap pasal diri sendiri-or benda kita minat ni, automatically kita rasa relaxed sikit lah. Kurang sikit nervousnya tu. Especially kalau penemuduga tu took interest in apa kita cakap. Mana tahu dia boleh relate dengan hobi korang contohnya korang suka memancing ke, berkhemah ke, build a snowman ke kan, manalah tahu sama dengan hobi penemuduga tu. hahaha. so first impression baik sikit lah. Sebab penemuduga ni tak kena and tak tahu pun pasal ko selain daripada maklumat yg dia dapat daripada permohona UPU korang tu. Make sure to leave an impact and impress the interviewer.

3. Buat research pasal masscomm
    Jangan gumbira and relaxed sangat kalau baca pengalaman orang lain kena menyanyi ke berjoget ke buat backflip ke masa interview and tuptup dapat masscomm. Jangan ambil mudah. Itu rezeki dia dapat interviewer sporting dan gila-gila, kalau ko dapat interviewer skema yang lebih lurus daripada pipet buret, ko nak jawab apa kalau dia tanya soalan fakta? Aku tak tahu sejauh mana boleh guna cara "jujur je kalau tak tahu" sebab kalau antara 70 orang yang pergi interview tu, ko sorang je yang tak tahu, macam mana? so kaji, buat research kalau ko betul-betul nak lulus interview. Jangan hanya stuck to masscomm peringkat universiti ni je, kena tahu jugak yang berkaitan dengan kerjaya lepas ni. Contoh aku haritu, aku kata aku nak jadi journalist (walaupun aku baru ambik tahu pasal journalism sehari sebelum tu lol). Tetiba interviewer tu tanya, okay, apa yang awak tahu pasal kebebasan akhbar? HAAAAAA? Melopong mulut aku ahhahaha. Kalau rasa banyak sangat kau nak kena kaji sebab masscomm ni banyak bidang, tetapkan awal-awal ko nak jadi apa bila major dalam masscomm ni, and bagitahu lah masa introduction tu apa cita-cita kau. Jadi, ko buat research yang berkaitan je sebab interviewer tu pun insyaAllah akan test apa yg kau tahu pasal kerjaya yang kau nak jadi tu. Takyah cuak sangat, pilih je salah satu kerjaya. Kalau ko tukar cita-cita dari nak jadi journalist kepada tetiba rasa macam nak jadi pelakon drama slot akasia pun, takde sape kisah hahaha.

4. Confident itu penting ya anak-anak
    Ini, aku rasa antara sebab musabab aku fail interview. Sebab aku cuak soalan kebebasan akhbar yang membunuh itu, aku jadi tak confident terus. Ko tengok tak drama DOTS yang Song Joongki berlakon tu? Kan ada scene gempa bumi kan. pastu kan ada scene menara dia tu runtuh kan? Macam tu lah runtuhnya confident aku. Haaa.. Cuma bezanya, takde Song Joongki nak selamatkan aku sobz. hahaha okay mengarut. Disebabkan jawab in full english, dah lah cuak dengan tak tahu nak jawab ape, kena hentam taram dalam bahasa inggeris pulak tu. Ah sudah.... Elakkan guna perkataan "maybe" dalam ayat ko. Satu perkataan tu pun dah menunjukkan ko tak pasti dengan pebenda ko jawab. Lepastu, bila kemukakan pendapat, jangan guna "I think..." , tapi guna "I believe..." sebab sounds more convincing kan? walaupun hakikatnya ko baru tahu info tu 5 minit sebelum interview, guna je "I believe..." sebab acah macam "Saya ni sejak ovum dan sperma ibu dan bapa saya bersatu lagi saya dah pasti saya nak ambil course masscomm dekat UiTM sekiansekian dan saya percaya bahawa ini ialah yang terbaik untuk saya, masyarakat, bangsa, agama dan negara Malaysia yang tercinta dan saya yakin seyakin yakinnya bahawa pendapat saya ni tepat dan benar". Secara ringkasnya, nampak macam kau berminat dan betul-betul confident dengan pendapat kau. Cemtu......

5. Baca ayat 1000 dinar sebelum interview
    Ni, tips dari akak aku. Dia kata, baca banyak-banyak ayat ni, insyaAllah interviewer tu lembut hati. Kalau ko tak hafal, takyah la kalut-kalut, gugel je. hahaha. Baca selawat, doa banyak-banyak, insyaAllah dipermudahkan urusan. In the end, pusing lah kot mana pun, Dia jugak yang tentukan segalanya. Jangan riak berlagak mentang-mentang hafal segala jenis nama menteri nama dekan nama prof nama segala pengertian dari segi bahasa dan istilah pasal masscomm, ko over-confident sampai lupa nak minta pada dia yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki. Lepas interview pun, jangan putus doa. Lulus interview pun, doa jugak lagi supaya ni yang terbaik. Fail interview pun, doa jugak lagi semoga akan ada yang lebih baik :)


Hmm... Itu je aku dapat ingat sekarang. Almaklumlah, interviewnya pun dah hampir sebulan lepas dah pun. Ini je lah aku harap dapat membantu kalau korang pun dapat tawaran temuduga course ni. Pasal ujian bertulis, dekat blog orang lain ada share and soalannya memang sama sebijik. Cuma kalau datang lewat sikit pihak UiTM boleh tolak ansur, bagi masa lebih. And kalau sijil-sijil, surat beranak tu tak disahkan lagi, pihak UiTM boleh tolong jugak. And make sure bawaklah dokumen asal, contohnya surat beranak mak ayah, tu bawak lah yang asal especially kalau korang belum sahkan salinan. Kalau dah sahkan pun, bawak je. Better safe than sorry. Lastly, kalau rasa nama ko Syarifah ke, Syed ke, yang hujung-hujung dalam senarai nama tu, makanlah awal-awal sebab lama nokharom interview nya. Tahan lapar lagi, sejuk lagi. Fuhh. Nanti dah lah nervous, cuak dan segala macam perasaan lah ko rasa nanti. Kang tak pasal-pasal pulak fengsan dekat situ.

Haaa ni serius, tu je. aku dah sakit pinggang dah duduk sambil menaip ni. Dengan borang nak daftar u ni complcated gila. Stress pulak aku rasa. Sape kenal doraemon boleh lah bagi number dia dekat aku. Aku nak tumpang mesin masa dia, nak jadi budak tadika balik. Huwaaaaa.

Ok, sekian terima kasih. hewhew.
Assalamualaikum :)

May Allah ease everything 

You May Also Like

1 comment(s)

Drop your comment here!