D.I.Y Gift Idea | Happiness Jar

by - 2:32 PM

Kolej Kediaman Satria, UTeM 

Assalamualaikum and Hi!!
Betullah orang kata, biasanya kalau plan, tak jadi. Kalau tak plan, jadi pulak. Begitulah juga dengan post ini. Tak plan pun, tetiba je rasa rajin nak update, terus je bukak Blogger. Padahal ada je plan nak update post lain sebelum ni, tapi tak ter-update pun hahahaha.

      So, how's 2018 so far? Untuk aku, Alhamdulillah setakat ni baik lagi. Cuma tadi je lah ada berita sedih sikit, one of my cats, Maru mati kena langgar 😔 Itupun along bagitahu dekat group whatsapp family tadi. Ingatkan dia sakit ke apa sebab Maru memang tak aktif sangat, duduk diam je seketul. Rupanya mati kena langgar and orang yang langgar tu letak dia dekat tepi longkang surau depan rumah huhuhu. Maru baik sangat sangat, you will be missed Maru 😭

      Sedih pulak permulaan post ni hahaha. So, regarding the title, nak share satu hadiah DIY yang paling senang, senang gila, dan lebih senang daripada senang ah senang cerita. Bukan setakat senang je, kos nak buat pun murah sangat sangat sangat. Nama gift ni Happiness Jar


Tadaaaa!! Comel ke tak comel Happiness Jar ni? Rasanya sekali tengok pun korang tahu kan nak buat macam mana? Kalau tak tahu aku bagitahu lah tapi tak ada gambar step by step tau.

      So, apa yang korang perlukan pertama sekali, kalau ada kereta, ambil kunci kereta. Kalau tak ada kereta, boleh book Uber atau Grab and pergi ke Mr. DIY yang berdekatan. Lepas tu boleh cari jar macam dalam gambar tu, ada banyak size and warna, korang pilih je nak yang mana. Yang macam dalam gambar tu kalau tak silap lah harga dia RM 2.10 je. Lepastu, kertas bunga-bunga dekat dalam tu korang beli kertas origami je. Yang aku beli tu size dia besar sikit so sehelai tu boleh belah empat. Dah jimat dah situ and dapat buat banyak.


Yang belah kiri tu tak ingat exactly berapa tapi paling mahal pun harga dia RM 2.50 camtu je, tapi serius lawa sangat corak galaxy. Imagine a jar full of galaxies 😍 Tapi aku guna yang bunga-bunga sebab sayang, yang galaxy tu nak guna untuk bullet journal sendiri hahahaha. Yang bunga-bunga belah kanan tu pulak RM 1 je gais. Serius tak tipu. Membeli belahlah di Mr DIY. Boleh potong 4 pulak tu. 

       So basically, tu je barang yang diperlukan. Baru spend RM 3~RM 5. Cara-cara dia, korang boleh potong kertas tu ikut sesedap rasa dan sesedap mata memandang. Agak-agaklah korang nak letak dalam jar nanti dia jadi besar ke kecik ke. Lepastu, bawak keluar pen yang korang ada. Pen merah pen biru you marah I love you pun boleh 😁 Korang boleh tulis apa-apa pun yang korang nak, kalau aku, aku tulis pickup-lines and motivation quotes dekat kertas tu. Idea lain, boleh tulis apa yang korang suka pasal orang yang korang nak bagi Happiness Jar ni, idea yang lebih Islamik, boleh letak fav verse dari Quran, boleh letak jokes kalau member jenis #mudahterhibur. Banyak lagilah! Anything yang boleh buat si penerima tu happy, sesuai dengan nama jar ni. Jangan la pulak kutuk member tu dekat kertas tu. Boleh murung kawan tu hahahaha.

        Lepastu, lipat-lipat, or gulung-gulung sesuka hati korang. And then, SIAP! Simple kan? Dalam jar size yang macam dekat atas ni, muat 30~40 kertas jugak lah haa. Cukup untuk sebulan tu. Tapi, orang yang aku bagi jar ni baca dalam masa 2 minggu je habis 😂 Mungkin dia sedih sangat atau suka sangat dapat pickup-lines so dia asyik ambik je daripada jar, tu aku pun tak pastilah hahahaha. Tapi seriously, rasa macam berbaloi sangat effort bila orang appreciate hadiah kita bagi 💖

         Tambahan kalau korang nak hias-hias jar tu, boleh letak stickers, or macam aku ada letak sticky note dekat jar tu, boleh letak tali or anything! Guna kreativiti korang. Pusing je Mr. DIY tu insyaAllah akan dapat inspirasi. Ada satu book of stickers ni cantik sangat, harga lebih kurang RM 6.50 macam tu lah. 




Cantik gila kan???? Please cakap cantik sebab aku beli semata-mata nak tepek 'Happy Birthday' atas jar tu hahahaha. By the way, hadiah ni aku bagi sekali dengan notebook yang aku ada lah handletter sikit atas tu hehe. Rasa macam nak bagi diri sendiri A+ untuk effort hahaha.

       So, korang kalau tengah kekeringan idea dan duit untuk beli hadiah untuk kawan-kawan, boipreng, gelpreng, family, bolehlah consider cadangan aku ni. Yang penting, hadiah ikhlas dari hati 💓 Kalau ada yang betul-betul buat nanti boleh post and comment dekat sini tau! Nak tengok jugak! Takpun boleh follow aku dengan twitter ke and kita mention-mention, borak-borak dekat situ eh!

That's all for this time. Thank you and selamat ber D.I.Y!

Assalamualaikum 😊

I swear this post isn't sponsored by Mr. DIY but they really should consider sponsoring me since I'm literally promoting them everywhere 😆 Sampai kawan-kawan pun panggil duta Mr. DIY hahahaha

You May Also Like

4 comment(s)

  1. Whatta great idea! Sticker tu comel teruks XD

    ReplyDelete
  2. OMG this is so cute and you are super creative. Haha. Kalau sy, jar jak kali terbeli. Isinya sama sticker2 nya ke laut sebab pemalas AH. haha.

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete
  3. Comelnya! Dulu pernah buat tapi lepas tu tak ingat letak mana lol

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  4. MB pun suka buat macam ne. lagipun sticker tu so cute! masuk mr Diy mesti nak beli. hehehee

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete

Drop your comment here!