notyouralien
home TWITTER INSTAGRAM TUMBLR follow DASH

Rants | Friendship
0 Cutiepie(s) | Mar 22, 2016 11:54 AM




Assalamualaikum :)
Waktu Malaysia 01:54 a.m, lampu bilik off, ruang tamu off, semua dalam rumah ni dah tidur (kecuali kucing sekalian), kipas bukak nombor 4, battery 59%, and aku sekarang nak membebel.

Pernah tak bila kawan korang post something sedih-sedih, touching, sentap level terox lagi dari tarbiah sentap, pasal friendship, and korang terasa?

Kalau tak terasa maknanya korang tak anggap dia kawan la tu.

Ini nak kata random, tak jugak. Memang ada yang triggering sampai rasa nak post entry. Sebab dah banyak kali kena kot and dah banyak kali pejam mata buat tak nampak. Bila kawan update macam tu, tbh, tak marah, sedih je. Hawauhawau.

         Aku tak tahu nak mula dari mana. hmm. Ok lah, firstly, sebagai kawan, aku mintak maaf kalau ada yang kurang. Mintak maaf kalau ada masa terlepas pandang or pandang tapi buat-buat tak pandang bila korang ada masalah. Mungkin sebab aku ingat semua orang macam aku? Aku tak suka share problem dengan orang. Aku rasa macam....... eh tak suka lah. Hahaha. sebab aku ni ego tinggi orangnya jadi aku tak suka orang rasa kesian dekat aku. Lagipun aku ni jenis sekejap je marah, kejap je sedih pe semua ni. Tak semua orang macam aku kot? Haha ampun maaf ya. Kalau orang tanya aku kenapa pun aku payah nak jawab. Eh, kenapa cerita pasal aku pulak ni?

Jadi, pada aku, aku tak buat something yang aku rasa aku tak suka kalau orang buat kat aku. Haa camtu. Kalau orang paksa aku cerita ke, tanya banyak-banyak kali, aku rimas. Aku taknak orang lain rasa macam tu bila aku buat benda yang sama. Jauh dalam hati aku risau. kalau aku tak tanya direct dekat tuan punya badan aku tanya dekat orang yang mungkin tahu. Cuma, ye lah, manusia kan. Kadang-kadang tu ada jugak rasa malas nak kisah.

          Secondly, dalam pada kita rasa 'takde orang kisah pasal aku' ni, berapa banyak effort kita pulak untuk share apa kita rasa? Kalau kita sendiri sorok perasaan sebenar kita, sedih ke, marah ke, terasa ke, celah mana yang kita boleh expect orang lain nak tahu? Friends are no superheroes or pakar psikologi lah. Takde super power yang boleh analisis disebalik emoji sengih gelak menari tu sebenarnya tuan punya diri tengah sedih menangis terduduk tepi bucu katil.

Bila bab macam ni, aku rasa dah masalah kau sendiri, sejauh mana kau percaya, yakin dengan keikhlasan kawan-kawan kau. Kalau rasa you need someone, bagitahu. Jangan pernah rasa, "eh diorang nak tolong ke kalau aku bagitahu?" , "bagitahu pun kang dapat bluetick je", "bagitahu kang ingat main-main pulak". Tak, kalau kau betul rasa dia kawan kau, dan kau percaya dia pun anggap kau kawan dia, kawan tu akan automatically jadi orang yang kau cari waktu susah senang. Bukan pendam sorang-sorang. Kalau macam tu, apa makna kawan pada kau? Macam mana kau fikir diorang cuma ada waktu kau senang, macam tu lah jugak kau sebenarnya hanya cari diorang bila kau senang .

          Lastly, sebanyak mana kau betul-betul ada masa kawan kau susah? Yakin ke masa susah yang kau ada dengan kawan kau tu, dah betul-betul masa susah dia? Entah-entah, dia pun ada masalah lagi besar dia sorok? Kau pernah tanya? Pernah ambik tahu tak?

Friendship ni macam relationship jugak. Effort kena ada.

Everything requires effort, and bak kata quote fav kawan aku, "efforts will never betray you".

         Aku pun tak sempurna sebagai kawan. Aku ni lagi lah, kadang-kadang kawan aku bercerita pun aku tak kenal sape diorang cakapkan tu. Punyalah tak ambik tahu. Hahaha. Disebabkan tu, aku pun tak expect lah diorang ambik tahu pasal aku. Kalau aku ambik tahu sekali pun, aku tak expect jugak diorang ambik tahu sebab expectations will lead to dissapointment. Haa, mungkin sebab jadi rasa macam 'tak ada orang kisah' ni sebab expectation tinggi sangat kot?

Mintak maaf la kalau ada yg terasa jugak tapi aku taip ni pun sambil reflect pada diri aku sendiri. Jujur cakap aku pun jarang tanya pasal problem kawan aku sebab aku ni tak reti nak comfort orang. Huhuhuhu. Buat lawak bodoh dengan pickup line aku reti la hahahaha.

Apapepun, aku nak tido 😂
Bye, Assalamualaikum.

I'm always here. 

Labels: , ,

Zahi, 19 already?

Cheerful 98% of the time but that 2% of emotional wreck is kinda hard to handle.

A girl who blogs for the sake of her weak memory.

I speak and blog rojak-ly.

UTeM, Melaka | Kuantan, Pahang
Archive

Click Click!

Cbox


Positive vibes

Shout out to the people going through some things but are trying their hardest to be positive. I'm proud of you :)
Basecode by Koala
Inspiration from mymostloved .
Fully edited by Zahi